Keikeu ‘syurga’ manisan baru yang wajib anda kunjungi!
Keikeu iaitu ‘kek’ atau lebih tepat lagi ‘sepotong kek’ dalam bahasa Korea menawarkan pilihan lebih 45 jenis sajian pencuci mulut tempatan dan Korea.
Foto – Arkib Wanista
Keikue, yang merupakan rangkaian cawangan sajian pencuci mulut Korea, mula diperkenalkan di Malaysia kurang daripada setahun yang lalu. Hasil inspirasi daripada sebuah kedai kek di Jinju, Korea, para pengasas Keikeu memperkenalkan konsep unik kedai sajian pencuci mulut dari negara itu ke Malaysia dan sehingga kini sudah mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Klang.
Foto – Arkib Wanista
Variasi Pencuci Mulut Keikeu
Memandangkan sajian pencuci mulut dihasilkan sendiri, pelanggan mungkin melihat variasi dari segi saiz atau reka bentuk pada beberapa sajian pencuci mulut kami. Antara sajian popular ialah macaron berinti krim dihias unik, kek cawan unicorn berwarna pelangi, choux puff berintikan jem yang pasti menawan kalbu dan kek keladi Korea asli.
Tidak ketinggalan juga kek berperisa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kek gula Melaka, kek pandan dan kek bandung yang juga disaji di Keiku. Dengan harga mampu beli walaupun kesemua sajian pencuci mulut ini dihasilkan dengan penuh teliti dan berkualiti, kami menjualnya antara RM6 – RM7 setiap satu.
Foto – Arkib Wanista
Bagaimanapun, untuk menikmati pelbagai jenis sajian pencuci mulut Keikue, ia perlu dibeli dalam bentuk pakej dan tidak dijual secara berasingan.
Pakej sajian pencuci mulut Keikeu termasuk:
Pek Solo – RM19.90 untuk 5 jenis pencuci mulut
Pek Sukaria – RM29.90 untuk 8 jenis pencuci mulut
Pek Parti – RM39.90 untuk 12 jenis pencuci mulut
Foto – Arkib Wanista
Keikeu juga melancarkan sajian terbaharu dalam senarai pilihan pencuci mulutnya – Keikeumisu. Kek cawan Tiramisu yang diilhamkan daripada Korea ini ditampilkan dalam 7 citarasa berbeza – perisa asli, pic, bri biru, matcha, oreo dan mangga pada harga hanya RM14.90 setiap satu.
Kalau nak rasa manisan Keikeu, datang saja ke cawangan di 1 Utama, My Town Shopping Centre, Aeon Shah Alam, Aeon Maluri, Paradigm Mall dan Keikeu Bakery (Akan Dibuka Di KLIA2).
Foto – Arkib Wanista
Untuk maklumat lanjut, semak laman web rasmi [SINI] atau Facebook [SINI].
Adakah anda sedang berjuang menurunkan berat badan, tapi perut tidak memberi kerjasama kerana sering lapar?
Nah, ada super food yang boleh buat anda kenyang lebih lama, iaitu edamame. Ya, manfaat makan edamame – snek yang kita makan di restoran Jepun bisa membantu anda kenyang lebih lama sekaligus menjaga nafsu makan. Meski enak dijadikan kudapan, tapi tidak ramai yang tahu edamame miliki manfaat kesihatan yang tinggi. Mempunyai tahap makanan berkhasiat tinggi, edamame adalah sumber makanan yang kaya dengan serat dan protein serta sejumlah vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Malah, kandungan protein dalam edamame jauh lebih tinggi daripada telur.
Bagus Untuk Tulang
Edamame juga berguna untuk kesihatan tulang. Ini kerana edamame mengandungi pelbagai bahan penting yang berguna untuk mengekalkan pembentukan tulang dan kepadatan seperti kalsium, besi, magnesium, dan asid folik.
Melancarkan Pencernaan
Edamame sarat dengan serat yang membantu pencernaan. Sembelit dan kembung perut yang anda alami boleh dihalang dengan memakan edamame.
Foto – Sutton Seeds
Sumber Protein
Edamame mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi. Edamame mempunyai kandungan protein 36% lebih tinggi daripada kacang soya biasa. Disebabkan itu, masyarakat Jepun menjadikannya sebagai snek sihat, malah edamame rendah lemak.
Mengurangi Risiko Penyakit Jantung
Selain melakukan senaman rutin, anda boleh mengambil makanan sihat dan salah satunya adalah edamame. Kacang soya kegilaan Jepun ini mempunyai asid lemak omega 3 dan 6. Di samping itu, kandungan antioksidan juga boleh memecah lemak terkumpul dan mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Program Diet
Bagi anda yang berada dalam program diet, maka edamame boleh dijadikan makanan ringan yang tepat. Ini kerana edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi tetapi miliki kandungan lemak yang rendah. Selain itu, edamame juga membuatkan anda merasa kenyang dan tidak mudah lapar.
Bukan sahaja ia membuatkan kita ketagih tapi edamame ternyata hebat untuk penurunan berat badan, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, malah, edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kurang kalori, menjadikannya makanan ringan yang ideal.
Foto – alibaba.com
Nak menyediakan snek kudapan ini, anda hanya perlukan minyak zaitun, garam dan lada hitam untuk rasa tambahan.
1 cawan kacang edamame
1 sudu minyak zaitun
garam dan lada, secukup rasa
Caranya
Letakkan edamame dan air dalam kuali dan biarkan mendidih.
Keluarkan edamame. Tabur minyak, garam, dan lada hitam ikut rasa.
Jadi, daripada makan potato chips, apa kata bertukar ke edamame sebagai snek kudapan.
Lepas mengeluarkan rangkaian hijab ‘Neelofar’dan beg tangan ‘Lofar Bag’, kini artis yang juga merangkap model antarabangsa dan usahawan wanita yang berjaya ini, mula berjinak-jinak di dalam industri makanan pula!
Wanita berbakat besar ini bukan sahaja memiliki perniagaan yang kukuh dalam industri tudung dan beg tangan, kini usahawan terkenal ini mula meneroka bidang perniagaan dalam industri makanan pula.
Foto – Beautiful Nara
Industri makanan merupakan bidang yang berpotensi tinggi untuk pergi lebih jauh dan produk makanan yang dihasilkan dapat di pasarkan dalam negara dan juga luar negara jika dirancang dengan betul.
Kini Neelofa secara perlahan-lahan mula menuju ke arah tersebut, dengan memperkenalkan produk keluarannya iaitu susu pisang bernama ‘Nilofa’.
Rasa susu pisang yang lemak-lemak manis ini merupakan minuman popular dan kegemaran masyarakat Korea. Dan kini Neelofa memperkenalkan minuman popular ini di Malaysia, boleh dikatakan rata-rata pengikut Neelofa tidak sabar menunggu mendapatkan susu pisang ini menerusi stokis dan agen Neelofa di akaun Instagram dan Facebook Nilofa!
Susu pisang ini di jual pada harga RM4.90 bagi satu pek, manakala harga untuk satu kotak pula di jual pada harga RM27 di mana di dalam kotak tersebut terdapat enam pek susu pisang yang lazat!
Sudahlah teroka bidang makanan, kini Neelofa buka peluang pekerjaan bagi yang ingin menambahkan pendapatan diri dan keluarga dengan menjadi stokis serta agen perniagaan susu pisang ini. Ramai juga yang dah jadi stokis dan agen Neelofa ni!
Bagi yang ingin merasai minuman susu pisang dari Neelofa ini, kamu boleh menghubungi stokis atau agen penjual susu pisang Nilofa yang sah diInstagramatau di lamanFacebook.
Sempena musim cuti sekolah serta hari krismas yang bakal tiba pada hujung tahun ini, Nobu Kuala Lumpur menyediakan menu istimewa buat anda dengan sentuhan rasa masakan dari Jepun. Pelbagai pilihan menu yang lazat dan menarik sedia di hidang bagi menyambut kedatangan krismas dan juga meraikan kedatangan tahun baru.
Bermula pada 21 sehingga 25 Disember 2019, Nobu Kuala Lumpur menawarkan harga istimewa untuk Krismas Omakase dengan harga RM560++. Hidangan yang di reka khas oleh Chef Ekskutif Philip Leong bersama kumpulannya bakal memberikan pengalaman sambutan krismas dengan twist masakan dari negara matahari terbit ini.
Foto – Arkib Nobu KL
Manakala bagi tawaran untuk Tahun Baru Omakase pula akan bermula pada 28 Disember sehingga 1 Januari 2020 dengan 7 hidangan menu istimewa pada harga RM628++. Nikmati makanan yang lazat sambil melihat pancaran bunga api sempena sambutan tahun baru di Nobu Kuala Lumpur akan memberikan pengalaman berharga buat anda!
Seleksi Menu Krismas Omakase (21 – 25 Disember 2019)
Santenmori
Hidangan Santenmori bersama beberapa seleksi makanan laut premium yang segar seperti botan ebi dan truffle lazat! Bukan itu sahaja, oyster yang di balut bersama toro serta kepingan emas caviar bersama shiso salsa membuatkan kecur air liur di buatnya!
Foto – Arkib Nobu KL
Braised Wagyu Cheek
Daging pipi lembu wagyu yang lembut di masak dengan teknik masakan yang unik serta kreativiti hidangan yang menarik menambahkan rasa selera. Hidangan daging pipi wagyu ini di temani bersama epal salsa, puri labu dan jus.
Foto – Arkib Nobu KL
Christmas Tree
Hidangan menu Christmas Tree ini tampil bersama mousse teh hijau, tofu bavarian dan juga sos butterscotch yang lazat!
Foto – Arkib Nobu KL
Seleksi Menu Tahun Baru Omakase (28 Disember 2019 – 1 Januari 2020)
Steam Abalone
Menu steam abalone ini di hidangkan bersama salad kale dengan dressing bijan hitam yang istimewa khas untuk sambutan tahun baru 2020.
Foto – Arkib Nobu KL
Seared Lobster
Menu hidangan udang karang yang di masak bersama ponzu pedas, yacon dan minyak cilantro memberikan rasa segar dan unik.
Foto – Arkib Nobu KL
Kagami
Bagi hidangan kagami ini pula ia di datangi dengan coklat putih, mousse karamel, kek span putih bersama aiskrim labu yang lazat.
Foto – Arkib Nobu KL
Jika anda ingin membawa ahli keluarga mahupun rakan-rakan untuk menyambut krismas ataupun tahun baru, restauran Nobu KL adalah tempat yang terbaik untuk di kunjungi. Bukan saja pelbagai menu hidangan yang lazat-lazat menanti, malah anda akan di temani bersama panorama Kuala Lumpur yang memukau mata.
Untuk tempahan di Nobu KL, telefon 03-2164 5084 atau WhatsApp 019-389 5085.
Untuk memasak daging steak dengan betul, bukan semua orang dapat lakukannya. Pasti ramai yang menyangka untuk memasak daging steak ini sangat mudah, tetapi sebenarnya terdapat kesilapan-kesilapan yang biasa kamu lakukan ketika memasak daging steak.
Untuk memasak daging steak dengan betul dan enak, kamu perlu elak lakukan kesilapan ini apabila memasak steak di dapur!
#1Tak Letak Bahan Perasa
Foto – New York Times
Untuk memasak steak, kamu tidak perlu play safe kerana ia tidak membawa manfaat langsung. Letak garam atau bahan perasa pada kedua-dua belah daging steak dan tinggalkan daging diantara 35 minit hingga ke 40 minit sebelum memasak.
#2 Masak Daging Steak Sejuk
Foto – MSN
Kamu perlu bersabar jika hendak memasak daging steak! Jangan terus masak daging steak yang kamu keluarkan dari peti sejuk, ini akan membuatkan daging steak kamu menjadi separuh masak.
Apa yang perlu kamu lakukan selepas keluarkan daging steak dari peti sejuk, biarkan daging seketika dalam satu jam setengah hingga dua jam (bergantung pada jenis potongan steak dan ketebalan) sebelum mula memasak.
#3 Tidak Keringkan Daging Steak
Foto – iStock
Ramai yang tidak keringkan daging steak sebelum memasak. Untuk dapatkan daging steak yang garing di luar dan lembut di dalam, kamu perlu keringkan daging steak dengan menggunakan tuala kering atau tisu bagi menghilangkan kelembapan pada daging.
#4 Salah Potong Daging Steak
Foto – Serious Eats
Memilih daging steak bukannya mudah tambahan lagi, pelbagai variasi untuk memasak steak seperti contoh T-bones sesuai di masak dengan kaedah memanggang manakala rib eye sesuai di menggunakan pan.
Oleh itu, kamu perlu belajar potongan steak serta stail memasak steak.
Jika kamu rasa leceh, ingat daging steak yang di jual dengan harga yang mahal biasanya sesuai untuk di goreng. Kamu juga boleh bertanya kepada penjual daging untuk dapatkan nasihat dan jawapan tentang teknik masakan yang betul.
#5 Buat Potongan Lurus
Foto – Reader’s Digest
Bukan semua daging perlu membuat potongan lurus pada permukaan daging dan steak tidak perlukan potongan lurus tersebut kerana ia akan menjadikan daging steak kering dan keras. Masak steak tanpa sebarang potongan lurus, kerana lemak yang terdapat pada steak akan membuatkan daging lebih juicy dan lembut.
#6 Membalikkan Steak Sekali Sahaja
Foto – The New Daily
Jika kamu memasak steak dengan hanya membalikkan daging hanya sekali sahaja, jawapannya salah! Cara memasak daging steak yang betul adalah dengan membalikkan daging banyak kali, terutama pada suhu yang tinggi.
Dengan membalikkan daging banyak kali, daging akan cepat masak sehingga 30% dan menjadikan daging steak lebih juicy serta daging masak sama rata.
#7 Hanya Memilih Set Steak Sedia Ada Di Supermarket
Foto – Meat Cut App
Jika kamu memasak seperti chef profesional, jadi kamu perlu dapatkan daging steak dengan potongan yang terbaik di kedai penjual daging. Dapatkan potongan daging steak yang terbaik dari penjual daging dan dalam masa yang sama kamu boleh meminta tips untuk memasak daging steak dengan betul.
#8 Potong Steak Terlalu Awal Selepas Masak
Foto – Insider
Apabila daging steak telah siap masak, pastinya kamu tidak dapat menahan rasa lapar dan ingin segera makan daging steak yang telah siap di masak betul tak. Tahan seketika rasa tersebut dan biarkan daging steak yang telah siap di masak selama 5 hingga 15 minit, agar serat yang terdapat pada daging dapat menyerap segala jus yang ada.
#9 Tidak Guna Termometer
Foto – Wired
Kamu rasa dah profesional dan handal memasak daging steak tanpa perlu guna termometer atau meter suhu. Tindakan sebegitu adalah salah, tidak kira betapa handal dan hebatnya kamu memasak steak, kamu tidak dapat kiraan masa yang tepat.
Daging steak perlu di masak dalam suhu 60°c hingga 65°c untuk medium rare dan 70°c untuk medium well steak. Jadi dengan menggunakan termometer, kamu dapat menentukan jenis masakan daging yang kamu inginkan.
#10 Guna Minyak Masak Bersama Titik Asap Yang Rendah
Foto – Health Hub
Jika kamu memasak daging steak pada suhu dan titik asap yang rendah sekitar 160 darjah, daging kamu akan menghasilkan aroma yang kurang menyenangkan serta toksik akan terhasil. Malah jika kamu guna minyak yang salah juga akan memberi kesan terhadap daging steak kamu.
Apa yang perlu kamu lakukan adalah, masak daging steak pada suhu yang tinggi dengan titik asap yang banyak serta untuk pilihan minyak masak, kamu boleh gunakan minyak masak canola, minyak masak kacang dan minyak masak buah zaitun dara (extra light olive oil).
#11 Tidak Bersihkan Tempat Pemanggang
Foto – The Daily Meal
Untuk memasak daging steak yang sedap dan sihat, kamu perlu bekerja keras sedikit. Setiap kali kamu masak daging steak, bersihkan tempat pemanggang barulah daging steak di masak dengan sempurna.
Pemanggang yang masih panas boleh di bersihkan dengan menggunakan berus dawai bersama sedikit minyak yang di sapu pada pemanggang dan kamu telah boleh guna untuk panggang daging steak yang seterusnya.
Apabila terfikir tentang makanan segera pastinya ramai terfikir tentang McDonald’s dengan pelbagai menu pilihan makanan yang lazat dan enak! Tetapi dalam banyak-banyak menu pilihan yang terdapat di McDonald’s, perasan tak menu Filet-O-Fish sentiasa ada di dalam senarai rangkaian menu makanan popular yang lain.
Menu Filet-O-Fish yang merupakan roti sandwich ikan goreng ini sentiasa ada di senarai makanan bar kaunter dan telah menjadi menu tetap di McDonald’s sejak tahun 1960 lagi.
Tidak kiralah musim promosi atau tidak, menu Filet-O-Fish tetap setia tertera dalam senarai menu di kaunter McDonald’s.
Kenapa agaknya, McDonald’s masih mengeluarkan menu Filet-O-Fish yang kurang popular berbanding menu makanannya yang lain. Mungkin terdapat kisah unik di sebalik kewujudan menu burger ikan goreng ini.
Filet-O-Fish Untuk Penganut Agama Katolik?
Foto – Smith Sonian Magazine
Siapa sangka di sebalik kewujudan menu tetap Filet-O-Fish di McDonald’s ini sebenarnya adalah untuk pelanggan yang merupakan penganut agama katolik yang tidak dapat memakan daging pada hujung minggu.
Di Sebalik Sejarah
Kembali menerusi sejarah perjalanan McDonald’s, Lou Groen mula bekerja seawal usinya 17 tahun dan menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai jenis kerja sebelum berjaya membuka restaurannya sendiri dan menjadi presiden Cincinnati Restaurant Group.
Foto – Biz Journals (Lou Groen)
Menerusi jawatan yang di sandangnya membantu dirinya untuk berhubung dengan Ray Kroc yang merupakan tulang belakang McDonald’s. Menerusi bantuan dari Kroc, Groen dapat membuka restauran francaisnya yang merupakan restauran pertama McDonald’s pada tahun 1959.
Restauran McDonald’s yang pertama tersebut terletak di kawasan Ohio pada tahun 1959, restauran ini terletak di kawasan lebih kurang 87 peratus penduduknya adalah pengikut agama katolik. Dan kebanyakan penganut agama katolik ini tidak makan daging pada hari Jumaat melainkan menu ikan.
Demi Meneruskan Perniagaan, Terciptalah Menu Veggie-Friendly
Foto – seabassfish.com
Oleh kerana restauran McDonald’s yang pertama terletak di kawasan dengan majoriti penduduknya adalah pengikut agama katholik, Groen mula menghadapi cabaran besar di mana restaurannya tidak mendapat keuntungan jualan bermula pada hari Jumaat.
Ini adalah kerana majoriti penduduk di Ohio pada ketika itu menganuti agama katolik, yang mana mereka tidak akan makan daging pada hari Jumaat melainkan menu ikan sahaja. Dan di restauran McDonald’s pada ketika itu tidak mempunyai menu veggie-friendly yang merupakan masalah utama kemerosotan perniagaan pada waktu itu.
Mula Mencari Jalan Penyelesaian
Foto – USA Today (Lou Groen)
Dengan cabaran yang dihadapi, Groen mula mengusulkan cadangan kepada Kroc untuk mengeluarkan menu makanan berasaskan makanan laut seperti mana restauran lain (Big Boy Restaurant) mula beralih kepada sandwich ikan dan menu tersebut mendapat tempat di kalangan pelanggan yang beragama katolik.
Idea Burger Ikan Mendapat Tentangan
Groen mula mengusulkan cadangan untuk menghasilkan burger ikan kepada Kroc tetapi mendapat tentangan dan bercadang untuk membuat pertandingan di antara burger ikan ciptaannya dengan burger Hula hasil ciptaan Kroc yang merupakan roti burger tanpa daging bersama nenas dan juga keju di atas roti ban sejuk.
Burger Ikan Mendapat Pengikhtirafan!
Foto – New York Post
Menerusi pertandingan yang juga ujikaji antara dua burger tersebut, lebih dari 350 burger ikan berjaya di jual pada hari Jumaat tersebut. Dan Kroc mengakui bahawa Groen memenangi pertaruhan tersebut dan menu Filet-O-Fish menjadi menu tetap hidangan di McDonald’s sehingga ke hari ini.
Hasil Burger Ikan Murah Dan Sedap Dimakan
Foto – Sora News24
Dengan kejayaan menempatkan menu burger berasaskan ikan di restauran McDonald’s, Kroc ingin burger tersebut di jual pada harga 25 sen. Dan burger ikan pada ketika itu menggunakan ikan halibut yang membuatkan kos burger tersebut di jual 30 sen pada waktu itu.
Oleh itu, Groen mengubahsuai resepi dengan menggantikan ikan yang lebih murah pada ketika itu iaitu ikan kod dengan meletakan kepingan keju sebagai penambah rasa beserta sos tartar. Dan sejak dari itu, perniagaannya pada hari Jumaat kian meningkat naik.
Sehingga hari ini menu burger ikan tetap ada dalam senarai menu makanan McDonald’s yang lain dan menjadi menu pilihan makanan bagi penganut agama yang tidak boleh memakan daging pada hari-hari tertentu.
Tidak di nafikan penghasilan menu Filet-O-Fish adalah untuk pelanggan katolik yang mana restauran McDonald’s yang pertama di bina di kawasan majoriti penganut katolik. Tetapi kini menu ini juga telah menjadi menu pilihan buat si penggemar menu ikan!
Pernah cuba “Butter Chicken” di The Chicken Rice Shop?
Wanista dah cuba, memang sedap tak terkata! Ada rasa lemak pada mentega, ayam rangup di luar dan juicy di dalam, kuah juga pekat memang menyelerakan.
Untuk pengetahuan anda, kerana permintaan ramai menu tahunan Grilled Butter Chicken kini kembali dari November 2019 – Januari 2020 di The Chicken Rice Shop.
Grilled Butter Chicken. Foto – Arkib Wanista
Keenakan Grilled Butter Chicken Yang Authentic
Paha ayam tanpa tulang yang dipanggang sempurna, empuk lagi enak disaluti sos mentega yang ditaburi cili padi dan daun kari, Grilled Butter Chicken sudah lama menawan hati ramai rakyat Malaysia dan menu ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai pelanggan TCRS.
“Hidangan Grilled Butter Chicken kami tidak mungkin mampu meraih populariti sebegini tanpa sokongan pelanggan kami. Kami memastikan bahawa kualiti dan citarasa hidangan ini kekal konsisten dan lazat setiap tahun kerana kami tidak mahu mengecewakan pelanggan kami yang menunggu sekian lama untuk menikmatinya, ” kata June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd.
Menu Grilled Butter Chicken hanya tersedia dalam masa yang terhad, November hingga Januari 2020. Foto – Arkib Wanista
Dengan menu yang berinspirasikan resipi tradisional Hainan dimesrakan dengan resipi asli Nyonya Penang, ditambah lagi dengan banyak lagi resipi tempatan, The Chicken Rice Shop merupakan rangkaian restoran keluarga Halal terkenal yang menawarkan hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan dengan lebih daripada 100 outlet di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang boleh didapati di The Chicken Rice Shop, sila layari laman web [SINI] atau halaman Facebook [SINI].
Ikan antara menu makanan harian kita semua, rasa ikan yang lembut dan enak membuatkan siapa saja akan terliur melihat pelbagai jenis masakan yang berasaskan ikan. Tetapi lain pula ceritanya jika ikan yang beracun dijadikan hidangan istimewa untuk di makan!
Siapa yang tidak tahu di Jepun, ikan fugu merupakan makanan istimewa buat mereka. Sudahlah ikan tersebut beracun, harganya pula sangatlah mahal tapi kenapa orang Jepun ini sanggup dan berani makan ikan fugu. Mereka tak takut ke jika termakan bahagian yang beracun tu.
Punya Nilai Yang Tersendiri
Foto – trecetv.es
Semua jenis ikan fugu mempunyai kandungan racun yang tersendiri, salah satu jenis ikan fugu yang mempunyai kandungan racun yang tinggi dikenali sebagai ikan torafugu atau ikan buntal harimau.
Ikan torafugu liar ini sering ditemui di restoran-restoran mewah Jepun, yang mana ikan tersebut dihidangkan dengan cara dihiris nipis sebagai sashimi.
Bagi orang Jepun ikan fugu yang beracun ini mempunyai nilai yang tinggi dan rasa isi ikan yang sangat enak menjadikan ia hidangan yang ezotik.
Chef Jalani Latihan Seni Penyediaan Ikan Fugu Selama 10 Tahun
Foto – odprtakuhinja.delo.si
Orang Jepun berani makan ikan fugu adalah kerana chef atau tukang masak yang menyediakan ikan tersebut telah menjalani latihan seni penyediaan ikan fugu tujuh hingga sepuluh tahun.
Jadi semua tukang masak yang menghidangkan menu ikan fugu ini adalah orang yang pakar dan boleh dipercayai.
Setiap ikan yang disiang seratus peratus bebas racun, kebanyakan isinya boleh di makan kecuali bahagian insang, kepala, gigi, pipi dan permukaan kulit ikan fugu yang mesti dikikis dengan menggunakan alat khas.
Kawalan Lesen Yang Ketat
Foto – thetimes.co.uk
Bukan saja tukang masak perlu jalani latihan penyediaan sehingga 10 tahun lamanya, malah kerajaan Jepun juga mempunyai kawalan lesen yang ketat. Untuk mendapatkan lesen dari kerajaan, tukang masak perlu lulus peperiksaan lesen buntal yang mana ia melibatkan ujian bertulis dan praktikal tentang bagaimana memisahkan bahagian beracun agar selamat di makan.
Ada tukang masak dapat lesen tersebut selepas lima tahun, jadi bukan mudah untuk kerajaan Jepun meluluskan lesen tukang masak yang menduduki peperiksaan lesen buntal tersebut.
Bagi tukang masak yang berjaya dapatkan lesen tersebut boleh menghidangkan menu ikan fugu kepada pelanggan. Jadi sebab itu, orang Jepun berani makan ikan buntal beracun ni kerana bukan senang chef nak dapat lesen kelulusan dari kerajaan mereka.
Sudah Sebati Dalam Budaya Jepun
Foto – Savor Japan
Seorang penyair Jepun terkenal Yosa no Buson, menulis haiku (sajak) mengenai ikan fugu
Aku tidak dapat melihat dia malam ini
Aku harus lepaskan dia
Jadi aku akan makan fugu
Rakyat Jepun telah mula makan ikan fugu sejak berkurun yang lalu. Semasa zaman Edo iaitu di bawah pemerintahan Tokugawa Shogunate (1603-1868), rakyat telah mula makan ikan fugu tetapi tidak lama kemudian ikan fugu di ban dan rakyat tidak boleh makan ikan tersebut.
Tapi selepas pemerintahan Tokugawa mula lemah, rakyat Jepun kembali makan ikan fugu tersebut. Jadi memang dah berabad lagi orang Jepun makan ikan fugu ni dan telah menjadi sebati dalam budaya orang Jepun.
Jadi tidak hairanlah orang Jepun je yang berani makan ikan fugu ni kerana di negara mereka sahaja yang kawal ketat cara penyediaan ikan fugu dan tukang masak pula perlu berlatih bertahun-tahun serta nak lulus peperiksaan lesen fugu pun bukan senang.
MyGroser merupakan platform kedai dalam talian yang mana anda dapat membeli barangan runcit, keperluan asas dan makanan dengan cepat, mudah dan segar. Bukan itu saja, dengan membeli-belah secara dalam talian di MyGroser anda juga dapat jimatkan duit, elak dari menghadap kesesakan lalu lintas dan cuaca buruk.
Serta anda juga tidak perlu beratur panjang pun untuk membuat pembayaran dan tidak perlu membawa barang tersebut yang sudah tentunya banyak dan berat.
Tambahan lagi apabila anda menggunakan MyGroser, anda akan mendapat ganjaran apabila membeli-belah menerusi aplikasi MyGroser atau di laman sesawang MyGroser bersama promosi dan pulangan wang tunai yang hebat!
Foto – MyGroser
Bagi yang ingin membeli barang dapur yang segar bersama barang keperluan harian yang lain dengan cepat, berkualiti dan mudah adalah menerusi aplikasi MyGroser jadi tunggu apa lagi muat turun sekarang.
Di MyGroser anda dapat memilih pelbagai produk yang terbaik dan berkualiti dalam 17 kategori yang disediakan.
Antara kategori produk yang MyGroser sediakan untuk anda:
Ready to Cook
Fresh & Chilled
Fruit & Vegetables
Meat & Seafood
Frozen Food
Freshly Baked
Food Cupboard
Snacks & Chips
Drinks
Home Baking
Organic
Baby & Child
Household
Kitchen, Dining & Home
Toiletries, Health & Beauty
Non-Halal
Pet Care
Promosi Istimewa, Pra Pesanan untuk Tahun Baru, Krismas dan Cuti Sekolah
Foto – MyGroser
Sempena menyambut hari krismas pada hujung bulan ini, MyGroser menawarkan perkhidmatan MYFEAST di mana anda semua dapat membuat pra-pesanan untuk hari krismas bermula dari 11 Disember hingga 31 Disember. MyFeast menjadikan setiap sambutan dapat diraikan dengan mudah.
Tawaran pra-pesanan seperti ini dapat membantu anda untuk merancang barang yang ingin dibeli sehingga 30 hari lebih awal. Pada bulan Disember ini, semua perkhidmatan penghantaran adalah percuma apabila berbelanja RM100 atau lebih.
Barangan Runcit Yang Segar Dan Berkualiti
Foto – MyGroser
Bagi anda yang ingin membeli barang dapur seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bahan basah dan sebagainya, pasti mahu barang yang di beli berada dalam keadaan segar dan berkualiti. Membeli-belah dengan MyGroser, anda dapat menikmati produk yang segar dan terjamin.
MyGroser membekalkan barangan runcit yang segar dan berkualiti dengan harga yang berpatutan serta berbaloi untuk anda semua. Malah sambil membeli-belah, anda juga dapat menikmati pulangan tunai setiap kali membeli produk di MyGroser.
Kos Penghantaran Murah Dan Servis Terbaik
Foto – MyGroser
MyGroser memberi servis terbaik dalam menjaga produk yang di pesan oleh anda dan serahkan produk yang di pesan dalam keadaan baik dan di pek secara rapi. Tambahan lagi MyGroser melakukan penghantaran pesanan setiap hari dari 9 pagi sehingga 9 malam.
MyGroser juga menawarkan kos penghantaran yang sangat murah di kawasan sekitar Lembah Klang. Dapatkan produk yang di pesan dalam keadaan baik dan segar dengan kos penghantaran yang murah!
Sign-Up, Dapat Baucer Bernilai Sehingga RM80!
Foto – MyGroser
MyGroser menawarkan ganjaran lain daripada yang lain, jika anda telah memuat turun aplikasi MyGroser dalam telefon pintar jangan lupa untuk terus sign-up dalam aplikasi tersebut. Ini kerana pengguna yang sign-up akan berpeluang mendapat baucer bernilai sehingga RM80.
Selain itu, jika anda memperkenalkan aplikasi MyGroser kepada kawan-kawan dan ahli keluarga, anda akan menerima RM5 yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya di MyGroser!
Rakan Perbankan Yang Diyakini Dan Selamat
Ini merupakan isu penting yang sering menjadi bualan ramai pembeli dalam talian, adakah kaedah perbankan yang digunakan boleh dipercayai dan selamat. MyGroser juga menitik beratkan isu perbankan agar urusan pembayaran menjadi lancar dan mudah. MyGroser jamin dengan rakan perbankan yang dipilih, oleh itu anda tidak perlu risau dan boleh membeli-belah dengan tenang!
Anda boleh layari laman sesawang rasmiMyGroseratau terus mengikuti akaunInstagramdanFacebookMyGroser bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap produk yang di tawarkan. Jom beli barang runcit di MyGroser!
Bagi seorang pencinta makanan sejati, menu makanan yang viral pastinya menjadi pilihan yang wajib untuk dirasai. Tapi adakah kamu telah mencuba semua makanan yang viral pada tahun 2019 ini. Jika tak pasti, Wanista senaraikan 10 kompilasi makanan yang viral sekitar tahun 2019 untuk kamu.
Bagi yang belum pernah mencuba makanan viral ini, nah senarai ini dapat membantu kamu memenuhi hasrat foodie yang terpendam dalam diri kamu!
#1 Air Boba
Foto – Arkib Wanista
Pada awal tahun 2019, air boba menjadi air minuman yang paling sensasi dengan kemunculan boba yang berbentuk seperti bola mutiara berwarna hitam. Menu air boba menjadi pilihan wajib untuk di cuba pada tahun 2019.
Antara jenama terkenal yang menaikkan menu air boba ini adalah, Daboba, Tealive, Xing Fu Tang, KOI, Family Mart, Tiger Sugar dan banyak lagi. Bagi yang belum berkesempatan untuk mencuba tu, boleh cuba rasa air boba ini nanti!
#2 Ais Kepal Milo
Foto – Arkib Wanista
Selepas air boba, makanan ais kepal milo pula menjadi perhatian ramai. Kombinasi milo dan ais menjadi menu pilihan viral oleh orang ramai. Rasa malt coklat yang manis dan berkrim menjadikan ia makanan kegemaran ramai terutama penggemar desserts!
Tambahan lagi, menu viral ini juga sangat mudah untuk dibuat di rumah dan disajikan kepada ahli keluarga ataupun sahabat handai.
#3 Coconut Briyani
Foto – Arkib Wanista
Ini bukan sembarangan nasi briyani tau. Menu viral yang cukup unik ini memiliki cara sajian nasi briyani yang pelik, di mana nasi briyani tersebut di letakkan dalam buah kelapa. Ya buah kelapa, bukannya atas daun pisang tau.
Pendek kata, cara hidangannya memang menarik perhatian ramai. Malah rata-rata yang telah mencuba makanan viral dan unik ini menyatakan rasa nasi briyaninya juga sangat enak dan lazat!
Alamat: Tengga Briyani 1, Jalan Cempaka SD 12/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
#4 Family Mart
Foto – Arkib Wanista
Kemunculan Family Mart pada tahun 2016 menjadikan ia tersenarai sebagai makanan viral pada tahun 2019. Kedai runcit serbaneka dari Jepun ini menarik perhatian netizen dengan menu oden dan airkrim lembut yang sedap.
Setiap kali ingin membeli oden atau aiskrim dari Family Mart ini, kamu akan melihat barisan yang panjang hanya semata-mata untuk membeli oden atau aiskrim!
#5 Chicken Milani
Foto – Arkib Wanista
Chicken Milani ini merupakan menu makanan pilihan yang wajib cuba apabila makan nasi briyani, roti naan atau di makan begitu sahaja. Buat pencinta nasi kandar, menu Chicken Milani ini tersenarai dalam senarai makanan viral tahun 2019 ini.
Kafe La Fleur X Uniqorn ini menawarkan pelbagai pilihan dessert yang viral dan sedap-sedap. Malah pilihan toppingnya yang unik seperti aiskrim bubblegum, Unicorn Sh*t atau Unicorn Niple menjadi pilihan kegemaran yang viral pada tahun 2019 ini.
Alamat: La Fleur E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Selangor
#7 Avocado Choc Klebang
Foto – Arkib Wanista
Air Avocado Choc Klebang ini menjadi pilihan orang ramai tatkala berkunjung ke Klebang, Melaka. Minuman viral ini memang cukup popular di Klebang dan rata-rata ada yang datang dari jauh semata-mata untuk mencuba air avocado coklat ini. Bagi yang ingin mencuba keenakan air Avocado Choc Klebang yang viral ini, bolehlah berkunjung ke Jalan Limbongan, Kampung Limbongan. Kedai tersebut bersebelahan dengan kedai kuih keria Limbongan.
#8 Daging Harimau Menangis
Foto – Arkib Wanista
Menu makanan popular dari Thailan ini menarik pencinta makanan sejati di Malaysia. Menu daging bakar yang lembut ini menjadi viral kerana namanya dan juga keenakan rasanya. Bagi yang ingin mencuba daging harimau menangis ini, kamu boleh berkunjung ke Signature Bangkak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Alamat: Signature Bangkok Kitchen, 83 Persiaran Mahsuri 1/3, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
#9 Rojak Tonggek
Foto – Arkib Wanista
Rojak tonggek ini menjual aneka rojak seperti buah, bebola dan sayur-sayuran yang dicucuk pada batang lidi kemudian celupkan makanan yang dipilih dalam mangkuk yang berisi kuah rojak. Memang santai habislah gaya sajian rojak tonggek ini.
Alamat: Jalan Pantai, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
#10 Chun Malaysia
Foto – Arkib Wanista
Chun ini merupakan roti sosej bersalut cheese yang datang dari Korea. Menu makanan viral ini mendapat perhatian ramai dengan rupa roti sosej yang ala seperti maggi dengan pilihan isi yang pelbagai seperti cheese cheddar, mozzarella atau sosej.
Chun Malaysia ini mempunyai banyak cawangan seperti di Paradigm Mall PJ, Pavilion KL, Times Square, Gardens Mid Valley, Petronas Bentong, Toppen Shopping Centre, IOI City Mall Putrajaya, KLIA 2, MyTown Shopping Centre dan juga DPulze Shopping Centre.
Anda perasan orang Korea lebih menggunakan minyak bijan berbanding minyak yang lain. Dalam semua jenis masakan, mereka mengatakan minyak bijan lebih sedap nak dibandingkan dengan minyak lain.
Agaknya apa kelebihan minyak bijan, selain menyedapkan makanan, adakah ia berkhasiat? Tahukah, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan miliki pelbagai manfaat untuk kecantikan.
Foto – Pinterest
Minyak bijan merupakan hasil yang diperoleh dari proses menekan biji bijan. Ia diketahui mengandungi paras antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat.
Mengurangkan Tekanan Darah
Minyak bijan mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah. Kajian Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah di minta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini adalah kerana, minyak bijan bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.
Manfaat Untuk Kulit
Kandungan antioksidan dalam minyak bijan memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan yang lain. Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan dari antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat dalam minyak bijan.
Foto – Dr Justin Boey
Kaya Antioksidan
Minyak bijan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik. Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.
Baik Untuk Hati
Penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan lemak tak tıpu adalah baik untuk kesihatan jantung. Minyak bijan terdiri daripada 82% asid lemak tak tepu. Ia kaya dengan asid lemak omega-6. Ia kaya dengan asid lemak omega-6. Asid lemak Omega-6 adalah sejenis lemak tak tepu yang penting untuk diet dan memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit jantung. Penyelidikan pada tikus menunjukkan bahawa minyak bijan boleh membantu mencegah penyakit jantung dan juga melambatkan perkembangan plak di arteri anda.
Foto – Medical News Today
Pencegahan Diabetes
Menurut kajian, minyak bijan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
Membantu Sembuhkan Luka
Selain dimakan untuk faedah kesihatan, minyak bijan juga boleh digunakan secara topikal untuk luka. Keupayaan minyak bijan uituk mempercepatkan penyembuhan luka mungkin disebabkan sifat-sifat antioksidan dan anti-radang.
Melindungi Daripada Sinaran UV
Kajian menunjukkan bahawa minyak bijan boleh melindungi daripada kerosakan sinar UV, yang boleh membahayakan kulit anda. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi. Beberapa sumber menyatakan bahawa minyak bijan boleh menjadi pelindung matahari semula jadi yang baik dan mempunyai SPF semula jadi.
Foto – UV
Jadi, mulai sekarang mungkin anda boleh bertukar kepada minyak bijan uituk mendapatkan manfaat kesihatan yang lumayan, yang selama ini tidak ada dalam minyak lain.
Mungkin sekarang ramai yang dah tak pandang Secret Recipe. Manakan tidak dengan kebanjiran kafe Korea dan Jepun serta ala-ala hipster, jadi sesiapa yang pergi ke Secret Recipe nampak macam tak ‘up to date.’
Tak kisahlah lain orang lain caranya. Nak tanya, bila ke Secret Recipe, korang singgah makan atau sekadar cari kek? Pada yang nak cari kek, penulis senaraikan pilihan kek popular dan sedap sepanjang zaman di Secret Recipe yang dikongsikan netizen.
#1 Chocolate Indulgence
Kek lemak berkrim yang kaya dengan coklat Belgian dan dilapisi coklat putih.
Foto – Facebook sedakdoohMY
#2 Black Forest
Kek coklat yang dipenuhi dengan ceri dan ditaburi kepingan coklat serta rasa krim.
Foto – Facebook sedakdoohMY
#3 Chocolate Brulee
Yang menjadi kegemaran kerana ada tiga layer (mud, coklat mousse, brulee) dengan rasa tersendiri dan enak.
Foto – Facebook sedakdoohMY
#4 Red Velvet
Kek span dengan lapisan cream cheese dan apricot bits.
Foto – Facebook sedakdoohMY
#5 Hokkaido Triple Cheese
Mempunyai tiga lapisan keju (mascarpone, cream cheese, parmesan) yang memikat.
Foto – Facebook sedakdoohMY
Yang mana korang paling suka? Kalau tanya penulis, all time favorite tentu sekali blueberry cheesecake. Rasa manis tak keterlaluan, dan ada sedikit masam, itu yang best!
Yang pening bila kita ke pasaraya, berdiri di depan rak keju dan mahu membelinya. Tak tahu mana satu cheddar, mana pula brie, yang mana sesuai untuk carbonara, atau mungkin juga pizza. Aduh boleh stres jadinya.
Baiklah, edisi kali ini Wanista kupaskan perbezaan kesemua jenis keju serta khasiat yang terkandung.
Brie
Brie adalah keju berkrim, tinggi lemak dengan rasa lembut dan ringan. Selalunya dipadankan bersama minuman keras dan dimakan bersama buah-buahan.
Foto – Cheesemaking
Kalori – 334 kcal
Karbohidrat – 0.5g
Lemak – 27.7g
Protein – 20.7g
Cheddar
Merupakan keju paling dikenali seluruh dunia. Keju jenis cheddar mempunyai pelbagai jenis dengan rasa yang berbeza, dari ringan sehinggalah berat. Sedap jika dibuat mac n cheese.
Foto – Crafty Cooking Mama
Kalori – 403 kcal
Karbohidrat – 1.3g
Lemak – 33.1g
Protein – 24.9g
Camembert
Camembert mempunyai rasa yang lebih kuat dan lebih dalam. Ia lebih beraroma dan adakalanya sedikit berbau masam. Kerana bau yang kuat menyebabkan keju ini kurang disukai orang.
Foto – South China Morning Post
Kalori – 300 kcal
Karbohidrat – 0.5g
Lemak – 24.3g
Protein – 19.8g
Cottage Cheese
Cottage cheese adalah keju lembut yang dibuat dari dadih dan miliki rasa masam. Keju ini miliki banyak kegunaan, terutama dalam masakan dan sebagai pengganti keju ricotta.
Foto – New England Cheesemaking
Kalori – 98kcal
Karbohidrat – 3.4g
Lemak – 4.3g
Protein – 11.1g
Cream Cheese
Rasanya lembut dan lemak berkrim, enak dimakan plain atau dengan tambahan bawang putih dan chives.
Foto – Wikipedia
Kalori – 342kcal
Karbohidrat – 4.1g
Lemak – 34.2g
Protein – 5.9g
Feta Cheese
Feta mempunyai rasa yang unik, ia sangat lembut dan berkrim dengan rasa masin dan tajam juga. Walau bagaimanapun, rasa boleh berbeza-beza bergantung kepada cara disedia atau dimasak. Feta boleh dimasak, dimakan mentah dalam salad, atau diperap bersama minyak zaitun dan beberapa herba.
Foto – Coral Restaurant
Kalori – 264 kcal
Karbohidrat – 4.1g
Lemak – 21.3g
Protein – 14.2g
Gorgonzola
Berwarna kekuningan dan putih dengan hijau kebiruan. Dipanggil juga blue cheese mempunyai rasa yang agak ringan dan sedikit manis. Boleh dimakan begitu sahaja atau makanan lain.
Foto – South China Morning Post
Kalori – 353 kcal
Karbohidrat – 2.3 g
Lemak – 28.7 g
Protein – 21.4 g
Gouda
Warna kuning cair ke kuning pekat. Rasa bergantung kepada jenis dan tekstur keju – dari ringan hinggalah ke sedikit tajam.
Foto – Taste Atlas
Kalori – 356 kcal
Karbohidrat – 2.2 g
Lemak – 27.4 g
Protein – 24.9 g
Gruyere
Gruyere boleh dimakan sendiri, tetapi selalunya diparut sebagai topping pada kebanyakan makanan. Ia juga merupakan ramuan biasa dalam sandwic bakar, dan pelbagai sup dan stews.
Foto – Think Eat Save
Kalori – 413 kcal
Karbohidrat – 0.4 g
Lemak – 32.3 g
Protein – 29.8 g
Parmesan
Keju paling biasa dan popular diguna. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan ramuan dalam masakan. Mempunyai rasa yang sangat kaya dan sedap.
Foto – Lovefood
Kalori – 431 kcal
Karbohidrat – 4.1 g
Lemak – 28.6 g
Protein – 38.5 g
Mascarpone
Makanan yang menggunakan mascarpone termasuk pencuci mulut tiramisu dan risotto, dan juga cheesecake. Dari segi rupa, mascarpone berwarna putih krim, dan kelihatan seperti yogurt atau versi krim masam yang lebih tebal. Mascarpone mempunyai rasa yang lemak berkrim dan agak ringan, tidak terlalu muak.
Foto – New England Cheesemaking
Kalori – 429 kcal
Karbohidrat – 0 g
Lemak – 46.4 g
Protein – 7.1 g
Mozzarella
Mozzarella datang dalam dua jenis, segar dan kering. Versi segar sedap dimakan begitu atau dengan minyak zaitun dan herba. Ia juga sering dijadikan bahan dalam pelbagai salad. Sebaliknya, jenis kering adalah untuk tujuan masakan seperti pizza, lasagna dan pelbagai hidangan bakar lain.
Foto – Cultured Palate
Kalori – 318 kcal
Karbohidrat – 2.5 g
Lemak – 24.6 g
Protein – 21.6 g
Roquefort
Rupanya sama sahaja seperti gorgonzola. Roquefort adalah blue cheese yang enak dan beraroma dari Perancis.
Foto – Pinterest
Kalori – 369 kcal
Karbohidrat – 2 g
Lemak – 30.6 g
Protein – 21.5 g
Havarti
Havarti adalah keju lembut dan berkrim dari Demark. Pasangan hebat dengan wain, stik, buah-buahan, dan ada juga yang suka membakarnya.
Foto – Informa
Kalori – 292 kcal
Karbohidrat – 1.4 g
Lemak – 18.5 g
Protein – 30.1 g
Wensleydale
Wensleydale adalah keju British yang popular dan ia sering mengandungi buah kering seperti cranberi dan aprikot.
Foto – UK
Kalori – 385 kcal
Karbohidrat – 0.1 g
Lemak – 31.8 g
Protein – 23.7 g
Ricotta
Terkenal kerana mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Ia lebih rendah kalori daripada kebanyakan pilihan keju lain dan kaya dengan sumber protein. Versi ricotta rendah lemak sangat popular dikalangan atlet dan ahli bina badan kerana ketumpatan proteinnya yang mengagumkan.
Foto – Epicurious
Kalori – 174 kcal
Karbohidrat – 3.0 g
Lemak – 13.0 g
Protein – 11.3 g
Dah kenal, jadi mana satu yang sedap? Sebenarnya ia agak subjektif kerana setiap individu miliki deria rasa yang berbeza.
Jadi, keju yang terbaik adalah yang paling anda enjoy makan!
Biasalah setiap kali tiba hujung minggu, kita mahu makan luar. Adakalanya sanggup berjalan jauh semata-mata mahu mencari lokasi tempat makan yang sedap dan best.
Bagi sesiapa yang turun ke Seremban, ini Wanista senaraikan beberapa port baru atau mungkin tidak baru tapi masih belum cukup dikenali.
So far 5 yang Wanista pilih selepas melihat respon orang ramai ialah:
Restoran Ikhwan Delights, Seremban 2
Penulis sendiri pernah mencuba Restoran Ikhwan Delights ini, memang sedap dan tak rugi datang dari jauh. Ada makanan tradisional orang Negeri Sembilan, barat, ada sedikit gorengan, semuanya dimasak oleh orang tempatan kita. Lagi satu yang penulis suka, portion besar dan banyak serta harga teramatlah murah. Walaupun dikendalikan oleh orang Melayu tapi bangsa lain seperti Cina dan India juga ramai.
Foto – Google Image
Nak ke sana, Waze sahaja Restoran Ikhwan Delights, Seremban 2.
Hayyan Huda Opah’s Kitchen, Temiang
Ini diberitahu oleh rakan penulis selepas datang makan tengahari di sana. Katanya menyediakan makanan orang Melayu jati – biasalah lauk pauk tempatan, pelbagai ulaman serta makanan laut yang dibakar. Ditambah pula aneka pencuci mulut, segar dari resepi mereka sendiri. Lagi satu, bila dilihat dari luar, restoran ini seperti sebuah rumah dan anda perlu membuka kasut untuk memasukinya.
Foto – FB
Hayyan Huda Opah’s Kitchen sangat aktif di media sosial sepertiFacebookdan Instagram.
Restoran Selera Nogori, Seremban 2
First impression bila makan di sana ialah tempatnya sangat penuh, dengan bermacam aneka juadah sampaikan tak tahu nak makan apa. Ada dua tingkat, atas untuk pengunjung yang mahu duduk di bawah hawa dingin. Sama seperti Restoran Nelayan, di sini juga popular dengan masakan lemak cili api dan bermacam jenis ikan bakar, memang sedap dan segar.
Foto – FB
Nak ke sana, Waze sahaja nama restoran.. tibalah nanti!
99 Kebab, Lavender Heights
Penulis masih belum cuba tapi ramai yang syorkan tempat makan ini kerana sedap dan harga juga berpatutan. 99 Kebab menawarkan pelbagai menu makanan barat, dari daging lembu hinggalah ke kambing, serta pelbagai aneka kebab yang menyelera serta mengenyangkan.
Foto – FB
Cuba Waze 99 Kebab, Lavender Heights jika ingin ke sana ye..
Lagi tempat makan mana lagi yang best, kongsi dengan team Wanista.
Bila lihat terung, terus terbayangkan goreng tepung, terung sambal, dalca terung dan bermacam-macam lagi. Jangan asyik makan sahaja tapi langsung tak tahu khasiat tersembunyi.
Tahukah, terung kaya dengan nutrien. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin, mineral dan serat dalam beberapa kalori. Terung juga mengandungi sedikit nutrien lain seperti niacin, magnesium dan tembaga. Oleh itu, ia membantu dalam penurunan berat badan, memberi manfaat kepada wanita hamil serta banyak lagi.
Foto – Nature
Jadi, sebaiknya tambah sayuran ini dalam pelan diet anda untuk mendapat manfaat lumayan.
Kaya Dengan Antioksidan
Terung mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Ia membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Malah boleh juga menghalang banyak penyakit kronik seperti jantung dan kanser.
Mengawal Gula Dalam Darah
Terung juga membantu mengekalkan tahap gula anda. Hal ini kerana terung kaya dengan serat, yang melalui saluran sistem penghadaman. Serat boleh menurunkan gula darah dengan melambatkan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam tubuh. Penyerapan yang lebih perlahan akan mengekalkan tahap gula dalam darah dan menghalangnya daripada meningkat.
Penurunan Berat Badan
Terung kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, sayur boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain.
Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Oleh kerana kandungan antioksidan, terung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Terung mempunyai tahap kolesterol dan trigliserida LDL yang lebih rendah.
Jadi, siapa yang tak makan terung, sebaiknya mula amalkan dari sekarang.
Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia suka makan pedas, rasa pedas membara membuatkan deria rasa dikunci dengan rasa kepuasan apabila menjamah makanan!
Cuba bayangkan jika kamu menikmati Nasi Lemak tanpa sambal atau Mihun Sup tanpa kuah cili kicap. Dan bayangkan jika masakan tanpa menggunakan serbuk cili atau rempah ratus untuk memberi rasa pedas, pasti rasa masakan tidak memberi kepuasan maksimum pada lidah!
Jadi apa sebenarnya yang terdapat pada cili sehingga membuatkan ramai orang begitu mengidamkannya. Kenapa mulut seolah-olah rasa di bakar apabila memakan cili padi dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kepedasan.
Apa Itu Kepedasan
Untuk menjawab semua persoalan ini, perkara pertama yang harus kita kenal pasti adalah apa itu sebenarnya yang di maksudkan dengan kepedasan. Kepedasan bukanlah rasa seperti masin atau manis, ianya merupakan sebatian yang menjadi pengera kepada deria neuron yang dikenali sebagai polymodal nociceptors.
Deria ini akan menjadi aktif apabila mengalami rasa panas atau haba yang kuat. Jadi apabila kita memakan cili padi, otak akan tertipu dengan berfikir ianya terbakar dan membuatkan mulut kita berasa seperti di bakar dengan api.
Bukan cili sahaja, kalau kita makan menthol atau gula-gula getah yang berangin atau manis, ia akan menjadi penggera kepada deria kita.
Maka tidak hairanlah jika kita memakan sesuatu yang pedas, ia akan membuatkan tubuh percaya bahawa ia adalah sumber haba yang berbahaya dan mencetuskan tindakbalas terhadap sistem.
Adakah Semua Jenis Rempah Punya Tahap Kepedasan Yang Sama?
Foto – Hindustan Times
Adakah rempah ratus yang terdapat di pasaran mempunyai tahap kepedasan yang sama, jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana ia bergantung kepada jumlah sebatian yang terkandung dalam rempah ratus tersebut. Setiap jenis rempah ratus mempunyai jumlah sebatian yang berbeza-beza.
Seperti contoh lada hitam dan cili mengandungi sebatian seperti capsaicin dan piperine yang mana ia terbentuk dalam molekul yang kemudian molekul tersebut tinggal di lidah kerana saiznya yang besar. Jadi tidak hairanlah lidah akan berasa seperti terbakar kerana molekul tersebut berada pada lidah!
Foto – Arkib Wanista
Manakala molekul yang terdapat dalam mustard, horseradish dan wasabi pula memiliki molekul bersaiz kecil dan mudah terapung sehingga ke hidung! Sebab itu hidung kamu akan berasa tidak selesa.
Para penyelidik menggunakan skala Scoville bagi mengetahui tahap kepedasan sesuatu makanan. Skala tersebut di ukur menerusi jumlah capsaicin yang terdapat dalam makanan. Bagi petani dan gastronomi, mereka telah lama mencari rempah ratus yang memberikan tahap kepedasan yang kuat.
Dan menerusi pencarian, di dakwa dua nama ini Trinidad Moruga Scorpion dan Carolina Reaper memiliki tahap kepedasan seperti cili dan lada. Kalau dah pedas macam cili dan lada, memang pedas betullah rempah ni.
Sejarah Rempah Ratus
Foto – MasterClass
Menurut sejarah, ianya tidak dapat diketahui bila manusia pertama yang mula-mula menanam cili tetapi sekitar 23,000 tahun yang lalu, sebuah tapak arkeologi lama menemui kewujudan rempah ratus dan tujuan rempah tersebut tidak di ketahui.
Manakala sebuah artifak berusia 6,000 tahun ditemui dan menunjukan bahawa rempah merupakan sumber yang boleh di makan dengan penemuan ikan yang di awet dan daging yang bersalut dengan mustard. Segelintir penyelidik mempercayai rempah ratus digunakan sebagai bahan pengawet.
Jadi Apa Sebab Utama Manusia Suka Pada Kepedasan?
Ianya bergantu bagi individu tersebut, ada yang suka makan makanan pedas kerana inginkan rasa panas seperti terbakar pada lidah dan tekak. Ada yang ingin merasai kepuasan haba dan membuatkan diri tidak berhenti mencari makanan pedas.
Foto – Xinhuanet
Selain itu, ada juga kajian berpendapat bahawa orang yang menyukai makanan pedas juga menikmati, melakukan aktiviti yang mengujakan sehingga berasa sel adrenalin dalam diri menggelegak!
Dan ada juga yang menyatakan genetik juga mempengaruhi diri seseorang sama ada menggemari makanan pedas atau sebaliknya. Jadi sebenarnya banyak faktor yang boleh menjadi sebab mengapa kita semua suka makanan makanan pedas.
Kamu suka makan makanan pedas? Kalau suka kita geng!
Rakyat Malaysia baru sahaja menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan mood perayaan masih dirasai di kalangan rakyat Malaysia.
Jadi rasanya tidak lewat bagi Marrybrown untuk turut bersama-sama memeriahkan suasana perayaan dengan kenikmatan yang melimpah ruah dengan set hidangan terbaru, khas untuk sambutan musim perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Marrybrown ingin berkongsi kemewahan dan tuah bersama rakyat Malaysia dengan hidangan Fortune Burger. Burger ini didatangi dengan dua jenis sos pilihan iaitu sos savouri dan sos berempah yang mewah dan lazat!
Fortune Burger Sos Keju
Foto – Arkib Wanista
Hidangan Fortune Burger Marrybrown ini diperbuat daripada 100% daging paha ayam yang empuk dan di masak sehingga rangup serta memberikan kepuasan untuk setiap gigitan. Fortune Burger Marrybrown ini di saluti dengan sos keju yang berkrim dan lazat serta ia juga ditemani dengan sayur salad segar yang rangup!
Serius terliur tengok burger ‘mewah’ dengan limpahan sos keju yang menggiurkan ni.
Fortune Burger Sos Lada Hitam
Foto – Arkib Wanista
Bagi Fortune Burger Marrybrown yang kedua ini pula tampil dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas, sesuai bagi yang inginkan rasa kepedasan maksimum! Burger ini di saluti dengan sos lada hitam yang pedas serta ditemani dengan hirisan sayur cendawan dan bawang.
Mmph, telan liur tengok menu kedua ni. Bagi kaki pedas wajib cuba Fortune Burger Marrybrown dengan sos lada hitam. Comfirm puas hati!
The prosperous taste of rich, creamy cheese and the peppery tingle of our signature black pepper sauce is here to usher in a New Year filled with fortune! Enjoy the taste of our MB Fortune burger as you kongsi the fortune with family and friends at your nearest Marrybrown! #Marrybrown #SomethingDifferent #MBFortuneBurger #KongsiFortune
Pasti ramai tertanya-tanya berapa agaknya harga set hidangan burger Fortune Marrybrown ni kan. Harganya bermula daripada RM14.60, rakyat Malaysia juga boleh membeli set kombo yang dihidangkan dengan Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange yang lazat.
Bagi yang ingin mengetahui apa lagi promosi-promosi yang ditawarkan oleh Marrybrown, kamu boleh ikuti laman Facebook dan Instagram Marrybrown.
Jom ke Marrybrown hari ini dan rasai burger Fortune dengan dua pilihan sos yang lazat ini.
Tidak tahu pada anda, tapi penulis spesis yang kerap memanaskan nasi berulang kali. Bila rasa nak makan, penulis akan panaskan nasi tanpa mengira waktu. Ada ke sesiapa yang macam penulis?
Tapi tahukah memanaskan semula nasi akan mengundang kepada masalah keracunan makanan. Bukan penulis pandai-pandai tapi ini laporan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut perkongsian di laman sosial Twitter rasmi kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nasi yang dipanaskan semula boleh jadi punca keracunan makanan.
Foto – Twitter
Pun begitu, ia bukan disebabkan oleh proses pemanasan semula nasi itu tetapi ia berpunca dari cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan. Menurut KKM lagi, nasi yang ditinggalkan lebih 4 jam dalam suhu bilik akan menyebabkan spora yang wujud di dalam nasi itu menjadi aktif semula lalu mungkin mengakibatkan keracunan makanan jika dimakan.
Untuk pengetahuan anda, beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora bernama Bacillus cereus. Ia boleh bertahan hidup walaupun selepas beras itu dimasak menjadi nasi. Jika nasi itu sudah terbiar sejuk pada suhu bilik, bakteria ini boleh membiak kembali lalu menghasilkan racun yang jadi punca keracunan makanan.
Semakin lama nasi dibiarkan pada suhu bilik (lebih dari 4 jam) sebelum dipanaskan kembali, semakin banyak racun yang akan dihasilkan oleh bakteria ini sehingga menyebabkan nasi tersebut tidak lagi selamat untuk diambil. Walaupun anda memanaskannya berkali-kali, bakteria ini tidak akan mati ekoran ketahannya yang sangat tinggi terhadap suhu yang tinggi.
Jadi, bagaimana jika anda memakan atau termakan nasi yang mengandungi bakteria? Anda mungkin akan mengalami keracunan makanan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.
Untuk pengetahuan anda juga, simptom-simptom ini mungkin akan berlaku sekitar 1 hingga 5 jam selepas anda makan nasi yang tercemar itu. Namun, anda mungkin tidak perlu terlalu risau kerana simptomnya agak ringan dan biasanya berlangsung selama 24 jam.
Jadi hati-hati sebelum anda mengalami keracunan makanan. Nasihat Wanista, nasi yang tidak lagi mahu dimakan, sebaiknya diletak dalam tupperware dan disimpan dalam peti sejuk. Namun, penting untuk diingat bahawa anda boleh simpan ia tidak lebih dari 1 hari.
Bukan mudah untuk menjadi wanita ‘superwomen’, wanita perlu menggalas pelbagai identiti diri iaitu sebagai seorang anak, isteri, ibu yang hebat dan pekerja yang berdedikasi, sangat sibuk dengan pelbagai tugasan yang harus dilakukan dalam rutin seharian.
Demi merealisasikan semua tugas itu, wanita perlu memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa.
Tapi boleh ke semua ini di capai dengan mudah? Jawapannya boleh, Vit’s ada cara dan tips untuk para wanita moden masa kini mengecapi ke semua tugasan dengan jayanya tanpa perlu mengendahkan kesihatan dan pemakanan diri sendiri. Wah, hebatnya!
Foto – Vit’s
Vits’s menawarkan rangkaian produk makanan yang mampu membuatkan wanita mempraktikkan pengurusan masa yang lebih bijak, dalam mengurus keluarga, kerja atau waktu peribadi dengan mudah!
Vit’s bukan saja menawarkan produk makanan yang lazat dan menyihatkan malah ia juga menggunakan sumber bahan dan cara memproses serta premis yang menepati piawaian syarak dan halal. Sudah tentunya kriteria utama sebegini amat di pandang berat oleh para wanita bukan, dalam mencari makanan yang terbaik, halal dan menyihatkan.
Foto – Facebook Vit’s
Dengan Vit’s wanita tidak perlu risau lagi jika kekurang masa untuk menyediakan hidangan untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga, kerana Vit’s mengeluarkan produk makanan yang mudah dan cepat di masak.
Malah, produk makanan yang dipasarkan di pasaran adalah berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun lalu dan mengikuti piawaian syarak dalam Islam dalam cara pemprosesan, bahan dan premis.
Tambahan lagi, Vit’s juga telah berusia 45 tahun serta telah lama bertapak di Malaysia dan produk-produknya sangat mudah di cari, sama ada di pasaraya, kedai runcit atau kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Fave, Superbuy, Lelong.my, Superdeals dan banyak lagi!
Memang mudah sangat nak cari produk makanan Vit’s ni!
Dapatkan Produk Bihun Vit’s Yang Terbaru
Foto – Arkib Wanista
Antara produk makanan terbaru oleh Vit’s pada tahun ini adalah Vit’s Bihun Sup Sayur dan Vit’s Bihun Sup Ketam Pedas dalam cawan, yang mendapat sambutan hebat sejak dipasarkan di pasaran awal tahun ini.
Bihun Sup Ketam Pedas dan Bihun Sup Sayur ini dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa bahan pengawet serta diperbuat 100% dari beras.
Bukan saja rasa kedua-dua bihun sup ini sangat mudah disediakan, ianya juga sangat lazat dan juga mengenyangkan, semestinya menu makanan yang menyihatkan. Tambahan lagi, Bihun Sup Ketam Pedas dan Bihun Sup Sayur ini juga di jual dengan harga yang berpatutan.
Vit’s Kan Ada !!!! ….. Korang dah cuba Bihun Cawan Segera Pertama di Malaysia.. lengkap dengan bihun, isi ketam dalam sup pedas yang akan membuka selera korang.. Sedap, Mudah, Berkhasiat dan yang penting Halal..
Bagi yang ingin mengetahui apa lagi produk-produk terbaru, kamu boleh ikuti lamanFacebook Vit’s. Selain itu, Vit’s juga telah menlancarkan kempen terbaru iaitu “Vit’s Kan Ada”khas untuk mereka yang mencari produk makanan yang lazat, sihat dan menjimatkan masa.
Jom Makan-Makan Bersama Vit’s!
Ingin tahu cara masakan istimewa dan menarik, jom tonton video masakan yang dikongsikan oleh Vit’s ni. Comfirm terliur tengok.
Makan-Makan Bersama VitsHari ini kita nak kongsikan menu masakan Bihun Goreng TomYam dengan menggunakan Bihun Segera Perisa Ketam dan sayuran Vits bersama produk masakan tajaan Buffalo.Share dan tag Live ini untuk dapatkan produk percuma dari Vits… Klik di bawah untuk belian
Kamu penggemar kopi tegar adakah kamu yakin, kamu telah mencuba kopi yang betul-betul kaw dan power? Jika ya, fikir semula!
Qulu-Qulu menawarkan pelbagai aneka pilihan rasa kopi yang bukan saja enak dan penuh rasa kaw. Malah Qulu-Qulu tampil dengan pilihan menu kopi monster yang sangat comel dan menarik. Idea twist yang unik ini telah menjadi trademark kopi Qulu-Qulu.
Qulu-Qulu kini telah memiliki tiga cawangan iaitu di Dataran Cascades, MyTown Kota Damansara, Kuala Lumpur dan juga di Pusat Membeli-Belah Toppen, Johor Bahru. Kopi monster ini bakal memberikan rasa kaw kopi yang unik buat pelanggan yang ingin merasai kopi unik dan lazat!
Qulu-Qulu memahami kehendak serta keperluan pelanggan yang mencintai rasa serta aroma kopi, dengan aneka rangkaian pilihan menu yang kreatif dan inovatif pastinya dapat memberi rasa serta kenikmatan buat penggemar kopi segar!
Tambahan lagi, Qulu-Qulu telah mula berada di pasaran sejak tahun 2019 lagi, mereka tahu apa minuman popular yang terdapat di pasaran dan lalu menjadikan ia sebagai idea dalam menghasilkan kopi Malaysia dengan keunikan yang tersendiri.
Foto – Arkib Wanista
Qulu-Qulu Tampil Dengan Aneka Pilihan Kopi Kaw!
Qulu-Qulu menggunakan bahan-bahan tempatan seperti gula melaka, halia, jagung, susu, buah buahan dan banyak lagi sebagai bahan dalam menghasilkan menu kopi yang kreatif dan lazat! Dengan menggunakan bahan-bahan tempatan, Qulu-Qulu mampu menghasilkan menu air kopi yang mewah untuk penggemar kopi tegar di Malaysia.
Jangan ketinggalan untuk mencuba air kopi dari Qulu-Qulu, comfirm akan buat kamu rasa kaw teruk dan berbaloi!
Ini antara menu kopi monster Qulu-Qulu yang popular dan wajib cuba:
Cornella – kombinasi jagung dan karamel
Haliya – gabungan unik antara kopi, halia dan gula melaka
Chokado – menampilkan rasa unik buah avokado dan juga coklat
Lemona – kombinasi segar antara kopi, buah lemon, timun dan soda
Kopi Monster Qulu-Qulu Hantar Kopi Kepada Kamu!
Hantu kopi ada berita baik untuk kamu yang tinggal dalam lingkungan 5km di tiga lokasi seperti Dataran Cascades, MyTown Kota Damansara, Kuala Lumpur dan juga di Pusat Membeli-Belah Toppen, Johor Bahru, kerana kamu dapat menikmati kopi lazat ini dari rumah!
Foto – Arkib Wanista
Kerana pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 5km dari tiga lokasi outlet Qulu-Qulu ini, akan membuat perkhidmatan penghantaran kopi secara terus ke tempat kamu! Wah, bestnya.
Apa yang kamu perlu lakukan untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran ini adalah dengan mendail nombor hotline011-62136992. Dan kamu juga boleh memesan menu pilihan kopi menerusi aplikasi WhatsAppatau WeChat pada nombor hotline tersebut. Selesai membuat pesanan, tunggu kopi monster untuk hantar kopi kegemaran secara terus ke tempat kamu!
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Qulu-Qulu ini, kamu boleh layari lamanweb Qulu-Quluatau ikuti lamanFacebookdanInstagrammereka untuk mengetahui promosi yang dijalankan oleh kopi monster Qulu-Qulu ini!