Quantcast
Channel: Makanan Archives | Miss Murai
Viewing all 695 articles
Browse latest View live

Tukar Kerak Nasi Jadi Keropok Yang Rangup!

$
0
0

Biasa kalau kerak nasi tu korang buat apa? Bagi ayam makan atau buang terus?

Tak baik membazir, kerak nasi tu kamu boleh tukarkannya jadi hidangan keropok yang rangup tau! Terliur pula penulis, bila bayang keropok dari kerak nasi yang rangup dengan warna kuning keemasan. Menu makanan terbaik pada waktu petang atau kudap-kudap seharian.

So, lepas ni jangan buang atau bagi ayam makan kerak nasi tu sebab kamu boleh tukar kerak nasi tersebut jadi keropok yang rangup dan sedap. Cara nak jadikan kerak nasi menjadi keropok pun mudah je, yang penting kena rajin sikit. 

Dua Cara Hasilkan Keropok Kerak Nasi Yang Sedap!

Untuk menghasilkan keropok kerak nasi yang sedap sebenarnya sangat mudah, kita hanya perlu jemur dan goreng. Ya, dua cara ini saja yang akan digunakan bagi menghasilkan keropok kerak nasi yang rangup.

Bahan:

  • Kerak nasi
  • Garam
  • Dulang
Foto – Arkib Wanista (Keluarkan kerak nasi dan kemudian jemur kerak nasi sehingga betul-betul kering)

Cara-cara:

#1 Sesi menjemur

  1. Perkara pertama yang harus kamu lakukan adalah, keluarkan kerak nasi dari periuk ke dalam pinggan lebar atau dulang. Potong kerak nasi tersebut dengan saiz sederhana besar atau ikut saiz yang kamu ingini.
  2. Kemudian jarakkan kerak nasi yang telah di potong tersebut.
  3. Selepas itu, jemur kerak nasi di bawah sinaran matahari yang terik di luar rumah. Jemur sehingga kerak nasi betul-betul menjadi kering. (Dalam dua hingga tiga jam)
  4. Selepas kerak nasi betul-betul kering, bawa masuk kerak nasi ke dalam rumah dan bermulalah kerja-kerja menggoreng!
Foto – Arkib Wanista (Setelah kerak nasi betul-betul kering, bolehlah mulakan sesi menggoreng. Masak sehingga kerak nasi menjadi kuning keemasan)

#2 Sesi menggoreng

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana panas.
  2. Kemudian taburkan sedikit garam di atas kerak nasi tersebut sebelum menggoreng. Tapi ada juga seetengah orang tabur garam selepas kerak nasi di goreng, jadi mana-mana pun boleh. Ikut citarasa dan selesa masing-masing.
  3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan kerak nasi satu persatu secara perlahan-lahan. 
  4. Goreng sehingga kerak nasi menjadi kuning keemasan. Siap dan sedia untuk di hidang!

Selain itu, ada juga resepi keropok nasi yang lain iaitu dengan menjadikan nasi lebihan semalam menjadi keropok yang sedap. Malah caranya juga sangat mudah, kamu masak keropok nasi ini dengan menggunakan kaedah memasak seperti membakar dalam oven atau ketuhar!

Guna Nasi Lebihan Semalam, Hasil keropok Untuk Anak-Anak

Foto – Arkib Wanista

Bagi ibu-ibu yang tak tahu nak bagi makanan kudap-kudap apa untuk anak-anak, maka keropok nasi ni adalah menu yang menyihatkan dan sesuai untuk seisi keluarga. Dan caranya juga sangat mudah serta menjimatkan masa kamu di rumah!

Bahan:

  • Nasi atau lebihan nasi semalam
  • Minyak kelapa
  • Garam

Cara-cara:

  1. Blender nasi atau lebihan nasi semalam bersama minyak kelapa dan garam sehingga lumat selama 15 saat.
  2. Kemudian nasi yang telah dikisar tersebut dikeluarkan dan dibentuk untuk dijadikan doh. Biarkan seketika.
  3. Selepas itu, letakkan kertas minyak pada dulang pembakar dan panaskan ketuhar atau oven pada suhu 180 darjah selsius.
  4. Kembali semula pada doh, buat bentuk bebola kecil-kecil dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Setelah semua doh siap dijadikan bebola, kemudian penyetkan atau tekan bebola nasi tersebut sehingga menjadi leper.
  6. Apabila semua bebola nasi menjadi leper, masukan ke dalam ketuhar dan bakar selama 20 minit atau sehingga nampak kekuningan dan rangup.
  7. Setelah siap dibakar, biarkan seketika dan sejuk sendiri. Kemudian simpan keropok nasi dalam bekas kedap udara dan boleh di makan sehingga dua-tiga hari!
Foto – Arkib Wanista Foto (Ambil lebihan nasi semalam kemudian blender bersama minyak kelapa dan garam sehingga hancur. Selepas itu, bahan-bahan yang diblender dijadikan doh dan buat ketulan bebola kecil-kecil. Setelah siap bebola tersebut, leperkan bebola tersebut)
Foto – Arkib Wanista (Setelah doh bebola nasi menjadi leper, susun dengan elok di atas tulang membakar dan bakar di dalam oven atau ketuhar selama 20 minit. Keropok nasi siap di masak dan boleh dihidangkan!)

Serius sedap rasa keropok nasi ni, memang tak rugi masak! Jadi apa tunggu lagi jom ke dapur sekarang dan tukar kerak nasi atau nasi lebihan semalam menjadi keropok yang rangup dan enak untuk di makan bersama seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Rujukan: 1, 2

The post Tukar Kerak Nasi Jadi Keropok Yang Rangup! appeared first on Wanista.com.


Paling Rare! Kek Birthday Versi “Noodle”, Eh Sedap Ke?

$
0
0

Boleh bayangkan tak, macam mana bentuk kek hari lahir yang diperbuat daripada ‘noodle’?

Pelik tapi benar, kini kek hari lahir yang diperbuat daripada mee segera merupakan kek yang paling trendy dan juga paling rare di Indonesia.

Rata-rata ramai yang menggemari kek versi mee segera ini kerana bukan saja rasanya yang lazat, malah reka bentuknya juga sangat menarik terutama di kalangan kanak-kanak.

Selain kek hari lahir, ada juga bakal pengantin di Indonesia memesan kek perkahwinan mereka dalam versi mee segera dan hasilnya, cukup memukau!

Idea Inspirasi Dari Ibu-Ibu Indonesia

Kek hari lahir dan juga kek perkahwinan versi mee segera ini, merupakan hasil tangan kulinari Tot Aw (Totally Awesome), yang terletak di Jakarta, Indonesia. Kafe ini menggunakan mee segera jenama ‘Mi Goreng’ dalam menghasilkan kek noodle yang unik ini.

Menurut pembuat kek Tot Aw, mereka mendapat idea untuk menghasilkan kek versi mee segera ini menerusi ibu-ibu Indonesi. Di mana kebanyakan ibu-ibu di Indonesia gemar menghasilkan bekal makanan berisi mee segera goreng untuk anak-anak mereka, dan dari situlah munculnya idea kek versi mee segera.

Tot Aw menggunakan sebaik mungkin idea berkenaan dan menghasilkan pelbagai jenis kek versi mee segera dengan pelbagai piliha topping kek yang hebat dan luar biasa.

Pilihan Topping Bukan Biasa-Biasa!

Biasa kalau kek hari lahir ini, pastinya topping kek seperti berperisa coklat, buah-buahan, badam atau gula-gula merupakan antara topping kegemaran orang ramai. Tapi bagaimana pula dengan kek yang diperbuat dari mee segera ini, ada ke topping yang sesuai?

Tot Aw menawarkan topping yang sesuai dengan kombinasi kek mee segera yang mereka hasilkan seperti topping daging rendang, gulai ayam, serunding ayam, serunding daging dan ada juga topping cheese berserta coklat. Wow, serius terliur!

Jom Buat Kek Birthday Mee Segera!

Sebenarnya tak susahpun nak buat kek menggunakan mee segera ni. Nak tahu macam mana ikut step-by-step macam dalam video di bawah.

Serius kek versi mee segera ni sangat menarik dan ianya juga sangat sedap di makan beramai-ramai.

Selamat mencuba!

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Paling Rare! Kek Birthday Versi “Noodle”, Eh Sedap Ke? appeared first on Wanista.com.

Mula Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Hidup Lama!

$
0
0

Pernah makan ubi keledek yang berwarna ungu seperti di atas?

Ubi keledek ungu atau selalu kita lihat dilabel sebagai Japanese Sweet Potato. Katanya lebih sedap, malah berkhasiat. 

Satsuma-imo, atau Japanese sweet potato, atau ubi keledek ungu, bentuknya ungu di luar dan kuning di dalam. Secara tradisional ditanam di Jepun dan Okinawa. Ia adalah makanan ruji masyarakat Okinawa, yang merupakan penduduk paling sihat dan paling lama hidup di muka bumi ini.

Kesihatan dan jangka hayat hidup dikaitkan dengan rutin pemakanan yang diamalkan masyarakat ini, dan salah satunya dipengaruhi oleh ubi keledek.

Foto – Wiki

Baca : Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Diakui mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi, ubi keledek ungu kaya dengan serat, kalium dan vitamin A dan C, malah dikhabarkan baik untuk kulit wajah. Kajian menunjukkan daun ubi keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink.

Ubi keledek merupakan makanan yang sangat mudah – boleh dikukus, direbus, atau dibakar. Boleh diambil ketika sarapan, makanan tengahari, makan malam atau snek di malam hari.

#1 Sokong Sistem Pencernaan

Ubi keledek adalah sumber serat yang sangat baik, terutama apabila anda makan kulitnya. Serat adalah penting untuk kesihatan pencernaan anda, mencegah sembelit dan penyakit serius, seperti kanser kolon. Satu ubi keledek yang bersaiz sederhana mempunyai kira-kira enam gram serat makanan.

#2 Pastikan Jantung Sihat

Kandungan serat ubi keledek yang tinggi boleh menurunkan tahap kolesterol LDL (buruk), membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Foto – Pinterest

Ubi keledek yang manis ini juga tinggi kalium, yang berfungsi seimbang dengan natrium dalam badan anda untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat. Ia juga tinggi tembaga, logam penting untuk membuat sel darah merah dan menjaga jantung anda sihat. Tahap rendah tembaga telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, dan paras kolesterol LDL yang tinggi.

#3 Meningkatkan Kekebalan

Ubi keledek kaya dengan antioksidan yang menghalang kerosakan radikal bebas dalam tubuh anda. Satu cawan ubi keledek mengandungi 52% nilai harian anda untuk vitamin C, yang penting untuk penyembuhan luka dan pembaikan tisu.

Vitamin A dalam ubi keledek membantu tubuh anda membuang sel-sel imun yang menghalang jangkitan dan penyakit dan mempunyai kesan anti-tumor.

#4 Baik Untuk Mata

Ubi keledek ungu mengandungi beberapa nutrien yang dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mata. Antara yang paling berkuasa adalah karotenoid, termasuk juga alpha-karotena, beta-karotena, lutein, dan zeaxanthin.

Foto – favy

Beta-karotena, apabila diambil sebagai suplemen tambahan secara berasingan dari karotenoid lain, boleh menyebabkan ketidakseimbangan. Tetapi apabila diambil dengan betul, dan seimbang dengan keseluruhan serat karotenoid, ia telah terbukti mempunyai ciri anti-kanser dan penglihatan yang terang.

#5 Tajamkan Minda

Ubi keledek mengandungi komponen yang membantu fungsi otak dengan baik, antaranya choline dan manganese. Chroline adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Mangan pula penting untuk kesihatan otak. Ia mengikat kepada neurotransmitter dan membantu menggerakkan impuls elektrik melalui badan anda dengan lebih cepat. Anda boleh menemui 43% nilai harian mangan anda dalam satu cawan ubi keledek bakar.

#6 Melegakan Tekanan dan Anxiety

Ubi keledek boleh membantu anda berehat. Kandungan magnesium yang tinggi memainkan peranan untuk menenangkan otak. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kemurungan, gangguan mood, dan sakit kepala.

Foto – Mel Joulwan

#7 Meningkatkan Kesuburan

Vitamin A adalah nutrien penting untuk pembiakan sihat. Dan seperti yang kita ketahui, ubi keledek adalah sumber yang hebat. Ubi keledek juga menawarkan bekalan besi yang penting dalam menyokong kesuburan.

#8 Melawan Kanser

Ubi keledek adalah sumber antioksidan yang melawan kanser, terutamanya pada kulit. Lebih 80% protein dalam ubi keledek adalah sejenis protein penyimpanan yang dikenali sebagai sporamin. Protein unik ini telah dikaji untuk keupayaan anti-kanser dan didapati berkesan dalam beberapa jenis penyakit.

#9 Menstabilkan Kandungan Gula

Kandungan karbohidrat dan serat dalam ubi keledek dapat membantu menjaga gula darah anda stabil. Dan ia dapat membantu anda merasa lebih kenyang daripada biasa. Satu kajian pada tahun 2004 yang diterbitkan Diabetes Care, ubi keledek secara semulajadi mengurang dan menguruskan glukosa darah pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2.

Mungkin anda boleh mengamalkan ubi keledek dari sekarang.

RUJUKAN : 1234

The post Mula Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Hidup Lama! appeared first on Wanista.com.

Stres Sampai Boleh Bawa Maut, Ubati Dengan 6 Jenis Makanan Ini

$
0
0

“Sesetengah orang ingat dia tiada stres, tetapi degupan jantung laju. Tak cukup tidur, asyik mimpi, naik baran. Stres sukar dikesan, bukan seperti penyakit kronik lain.” – Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad.

Ingat jangan sesekali pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.

Sesetengah orang suka makan apabila dilanda masalah atau tertekan dengan pelbagai situasi yang mendesak. Perkara ini sememangnya benar-benar terjadi. Atas sebab itu, ada yang naik berat badan ketika melalui detik-detik sukar.

Tidak salah untuk makan, tetapi pilihlah makanan yang menyihatkan dan menenangkan seperti berikut:

Oat bersama serbuk kayu manis dan madu

Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan sedikit serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan juga madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

Foto – Healthline

Coklat gelap bersama kacang badam

Makan coklat gelap dapat menggalakan perembesan hormon yang mencetus rasa gembira. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan enak ini dapat membantu anda kekal tenang dan paling penting, tidak menggemukkan!

Foto – Medical News Today

Kekacang dan bijirin

Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci! Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kekacang dapat menurunkan tekanan dan menggalakkan perembesan hormon yang baik.

Foto – Healthy Eating Concept

Keledek

Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan juga sedap!

Foto – Budget Bytes

Yogurt dengan buah beri

Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia merupakan sumber protein yang memberi tenaga dan merembeskan hormon anti stres. Anda juga boleh tambahkan buah-buahan manis untuk menambah rasa, sekaligus mencetus sistem imuniti badan.

Foto – Brod & Taylor

Teh hijau

Asid amino yang ada dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda untuk kekal fokus dan tenang.

Foto – Republic Lab

Bila rasa tertekan, cuba bawa bertenang. Kalau boleh yang Islam, dekatkan diri dengan Yang Maha Esa, bawa banyak berdoa dan amalan Quran. Inshallah baik-baik sahaja kamu!

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

The post Stres Sampai Boleh Bawa Maut, Ubati Dengan 6 Jenis Makanan Ini appeared first on Wanista.com.

Penjelasan Sains Kenapa Ramai Sangat Orang Benci Daun Ketumbar

$
0
0

Daun ketumbar atau dalam English coriander.

Pasti ramai tidak menyukai bau dan rasanya, bukan? Cepat mengaku?

Penulis mengaku, penulis sendiri tidak menyukai malah membencinya. Memikirkan daun ketumbar sahaja buat penulis rasa pening dan loya apatah lagi jika makan secara tidak sengaja.

Dalam masakan, daun ketumbar sering digunakan dalam bentuk segar atau dimasak terlebih dahulu. Daun ini ditemui secara meluas dalam masakan Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, Mexico dan Rusia. Hampir semua jenis masakan Thai menggunakan daun, batang dan akar sebagai rempah.

Ramai Benci Hingga Wujud Komuniti Di Media Sosial

Rupa-rupanya bukan penulis seorang sahaja yang tidak menggemarinya. Sebelum ini ada laporan lebih daripada 240,000 orang berkumpul dalam komuniti Facebook yang dipanggil ‘I Hate Coriander‘, di Twitter juga telah wujud hashtag #Ihatecoriander. Sampai begitu sekali kebencian orang ramai pada daun ketumbar ini ye…

Bagi yang tidak menyukainya merasa daun ketumbar seperti sabun pahit. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput! Walhal jangan tidak tahu, daun ketumbar mengandungi antioksidan dan antibakteria.

 

View this post on Instagram

How to correctly prepare Coriander 🚮 #ihatecoriander #inthebin

A post shared by IHC (@i.hate.coriander) on

Tahukah sains ada menjelaskan kenapa ramai orang benci daun ketumbar.

Penjelasan Sains…

Bau ketumbar dipengaruhi oleh kompaun kimia yang digelar linalool. Daun ini sebenarnya memberikan persepsi bau dan rasa yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar dan mempunyai rasa sitrus.

Ini adalah kerana daun ketumbar mengandungi kompaun aldehid tinggi yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal. Aldehid merupakan zat kimia yang menyebabkan daun ketumbar beraroma khas.

Foto – Health

Ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mempengaruhi persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.

Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid. Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.

Jadi anda tergolong dalam gen yang mana?

RUJUKAN : 1234

The post Penjelasan Sains Kenapa Ramai Sangat Orang Benci Daun Ketumbar appeared first on Wanista.com.

Sumpah Cantik Trend Kek Dekat Korea Sekarang!

$
0
0

Anda tahu baking kek tapi tidak pandai untuk merias atau buntu idea.

Jangan risau sebab Wanista ada terlihat satu kompilasi cara hias kek paling ringkas tapi serius cantik… cantik sampaikan terasa sayang nak potong dan makan. Dikongsikan oleh pengguna Facebook Ct Norzanizan, trend kek ini dikatakan popular di Korea Selatan sekarang. Tidak memerlukan hiasan yang rumit, memadai serba ringkas menggunakan whipped cream yang berwarna tapi masih mampu menarik perhatian orang ramai.

Ini idea boleh anda jadikan inspirasi untuk kek hari jadi, ulang tahun atau apa sahaja hari istimewa yang anda sambut.

#1

Foto – Facebook Ct Norzanizan

#2

Foto – Facebook Ct Norzanizan

#3

Foto – Facebook Ct Norzanizan

#4

Foto – Facebook Ct Norzanizan

#5

Foto – Facebook Ct Norzanizan

#6

Foto – Facebook Ct Norzanizan

#7

Foto – Facebook Ct Norzanizan

Baca : Idea Mudah Hias Kek Putih Cara Pro!

Cantikkan semua.. Apa lagi selamat mencuba!

The post Sumpah Cantik Trend Kek Dekat Korea Sekarang! appeared first on Wanista.com.

Peminat Matcha Ada Port Baru Boleh Lepak, #InstagramWorthy Tau!

$
0
0

Siapa peminat matcha? Atau dalam bahasa kita teh hijau.

Wanista nak beritahu ada port baru yang serius cool dan berbaloi untuk anda semua singgah. Oh Cha Matcha sebuah kafe yang memfokuskan kepada pencinta teh hijau.

Pintu masuk Oh Cha Matcha Kafe. Foto – Arkib Wanista

Berada di kawasan yang sibuk dengan barisan kedai runcit dan restoran, dari luaran terlihat sebuah kafe dengan dekorasi indah berserta permainan warna hijau dan peachy pink memenuhi ruang, membuatkan kita tertawan.

Itulah dia Oh Cha Match, sebuah kafe unik yang terletak di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bukan Setakat Sedap Tapi Berkhasiat

Bukan kafe biasa-biasa, Oh Cha Match menyajikan barisan minuman gred premium yang lazat dan sihat untuk untuk pencinta matcha. Dimiliki oleh dua orang jejaka kelahiran Kuala Lumpur, Oh Cha Matcha menawarkan minuman klasik dan inovatif sesuai dengan citarasa tempatan.

Barisan minuman Oh Cha Matcha. Foto – Arkib Wanista

Sebagai contoh, kombinasi matcha dengan kesihatan di bawah kategori Drink Your Colours and Beauty Series (diselitkan sekali dengan khasiat kolagen).

  • Bentong Ginger, Turmeric Matcha – Mengurangkan kesakitan otot, anti-radang dan mengurangkan kesakitan haid
  • Pandan, Lemongrass, Matcha – Menurunkan tekanan darah tinggi, anti-radang, meredakan loya
  • Chrysanthemum Matcha – Mengelakkan Osteoporosis, menghalang penyakit kronik, melegakan saraf
  • Purple Sweet Potato, Blue Spirulina, Matcha – Meningkatkan regulasi darah, detoksifikasi, boleh mengurangkan risiko kanser
  • Beetroot, Blue Spirulina, Matcha – Meningkatkan stamina, menyokong sistem imun, meningkatkan kesihatan pencernaan
  • Charcoal, Matcha – Racun toksin, boleh meningkatkan fungsi buah pinggang
Mango Matcha – Kombinasi ekstrak buah mangga, matcha dan stevia (pengganti gula). Foto – Arkib Wanista

Minuman yang dicampur dengan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit, melegakan kesakitan sendi, meningkatkan jisim otot, menggalakkan kesihatan jantung dan mencegah sakit tulang.

  • Rose Collagen Matcha
  • Purple Sweet Potato, Blue Spirulina, Collagen, Matcha
  • Beetroot, Blue Spirulina, Collagen, Matcha
Menu Oh Cha Matcha. Foto – Arkib Wanista

Dekorasi Indah Yang #InstagramWorthy

Dengan kombinasi warna-warna pastel seperti hijau muda dan peachy pink memberi gambaran yang cantik serta comel. Sekali menjejakkan kaki ke dalam kafe, terus rasa nak bergambar. Kafe butik telah dirancang dengan sengaja untuk menjadi syurga yang tenang dengan kecanggihan reka bentuk yang dipersembahkan.

Daun lalang memenuhi deko kafe. Foto – Arkiv Wanista
Pantri terbuka yang sangat minimalist. Foto – Arkib Wanista
Ruang meja makan yang tersusun kemas. Foto – Arkib Wanista

Untuk setiap minuman harga yang ditawarkan sekitar RM10 hingga RM15 sahaja. Susu yang digunakan hanyalah organik vegetarian seperti soy milk, almond milk, susu segar tidak diguna melainkan permintaan pelanggan sendiri.

7am hingga 11pm setiap hari

130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail

03-77320397

Facebook: ohchamatcha.kl

Instagram: @ohchamatcha.kl

Selamat Berkunjung!

The post Peminat Matcha Ada Port Baru Boleh Lepak, #InstagramWorthy Tau! appeared first on Wanista.com.

10 Makanan Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!

$
0
0

Gara-gara penularan Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara, rata-rata ramai yang mencari alternatif lain yang boleh meningkatkan sistem imunisasi diri bagi mencegah diri dari dijangkiti virus. Dan cara terbaik meningkatkan imunisasi diri adalah menerusi makanan.

Ini antara beberapa senarai makanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi diri kamu dari serangan virus dan penyakit.

Bawang Putih

Foto – Medical News Today

Bawang putih sangat berkesan dalam membantu mengurangkan masalah tekanan darah dan juga melambatkan saluran darah menjadi keras.

Bukan itu saja, bawang putih juga membantu meningkatkan imun sistem diri kerana kaya dengan sebatian sulfur yang dikenali sebagai allicin yang dapat melindungi diri dari terkena penyakit selesema dan penyakit lain.

Kunyit

Foto – New Food Magazine

Kunyit sangat terkenal dalam dunia perubatan kerana fungsinya yang berkesan sebagai anti radang, yang dapat merawat penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juga mengurangkan kecederaan otot. Oleh itu, tingkatkan imunisasi dengan menggunakan kunyit dalam masakan di rumah.

Shellfish

Foto – Bon Appetit

Shellfish merupakan menu terbaik bagi meningkatkan sistem imun dalam tubuh, ini kerana shellfish dapat membekalkan kandungan zinc yang diperlukan oleh tubuh kita. Antara jenis-jenis shellfish yang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi diri adalah ketam, kerang, udang karang dan juga kupang.

Bayam

Foto – Majalah Sains

Sayur bayam sangat bagus bagi meningkatkan sistem imun diri kerana ianya kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin E, beta carotene dan juga flavonoids.

Halia

Foto – Healthline

Rasa nak muntah, kulit merah-merah kerana radang, sakit tekak, mempunyai penyakit kronik dan sebagainya, maka halia adalah ubat terbaik bagi mengurangi masalah yang dihadapi. Halia merupakan sumber alam semula jadi yang dapat memanaskan badan dan bagus untuk kesihatan.

Kekacang

Foto – Cooking Light

Kekacang seperti badam, almond dan biji benih matahari sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun diri, kerana ia kaya dengan vitamin E, phosphorous, magnesium, dan vitamin B-6.

Untuk miliki daya imunisasi diri yang kuat dan dapat menentang dari serangan bakteria dan virus, makanan bersumberkan kekacang ini dapat membantu melindungi diri kamu.

Buah-Buahan Sitrus

Foto – University of Washington

Fungsi buah-buahan sitrus dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih dan juga dapat membekalkan vitamin C pada tubuh bagi melawan penyakit dan virus. Ini antara beberapa jenis buah-buahan sitrus yang bagus untuk kamu makan seperti buah lemon, limau kasturi, buah anggus, buah oren, dan buah limau.

Lada Merah

Foto – Old Farmer’s Almanac

Lada merah pula mengandungi dua kali ganda jumlah kandungan vitamin C dan ia juga sangat kaya dengan kandungan beta carotene. Kedua-dua kandungan ini dapat membantu menyihatkan kesihatan kulit, mata dan juga sistem imunisasi diri.

Yogurt

Foto – Live Eat Learn

Yogurt mengandungi bakteria kultur hidup yang bagus bagi meningkatkan sistem imunisasi diri dan ia juga sangat kaya dengan vitamin D yang berfungsi meningkatkan benteng pelindung diri dari serangan penyakit dan virus dari dalam.

Ubi Keledek

Foto – First Person Blog

Suka makan ubi keledek yang berwarna oren, kamu beruntung kerana ubi-ubi keledek tersebut sangat bagus dan berkesan bagi meningkatkan sistem imun diri. Ubi keledek kaya dengan beta carotene yang merupakan sumber vitamin A, yang dapat membantu menyihatkan kulit dan juga melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (UV).

Ekoran penularan Covid-19, ramai yang mencari ubat-ubatan dan vitamin bagi menguatkan sistem imun diri. Namun bekalan ubat-ubatan dan vitamin di pasaran akan semakin berkurangan, oleh itu dengan sumber bahan semula jadi seperti yang disenaraikan di atas kamu dapat gunakan sebagai alternatif meningkatkan imun diri.

Semoga maklumat dikongsikan membantu, selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,

The post 10 Makanan Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus! appeared first on Wanista.com.


Nak Tempah Kek Kahwin, Hari Jadi? 10 Bakeri Nampak Macam Best!

$
0
0

Wanista mengakui dalam dunia yang serba moden dan sibuk, merancang perayaan seperti hari jadi, perkahwinan atau acara keramaian memerlukan banyak masa dan komitmen malah fokus juga.

Tetapi tidak semua orang mampu melakukan ini semua – lagi pula mempunyai masa pergi ke bakeri dan menempah kek lebih awal.

Bagi memudahkan anda tidak perlu keluar rumah, pejabat atau di mana sahaja anda berada, Wanista cadangkan beberapa bakeri di Lembah Klang. Mereka boleh mendapatkan pesanan anda dalam tempoh 4-5 hari, make sure anda deal jadual mereka supaya tidak kalut nanti.

Big Cookie Theory

CakiesKL

Sarah Bakes

Sugar Bites KL

Baker Bee

Comel Bakery

That Last Slice

Vilka-Designer Baked

Cutter Cakes

Rambang mata melihat kek di atas kan… Buat tempahan sekarang, takut nanti melepas!

The post Nak Tempah Kek Kahwin, Hari Jadi? 10 Bakeri Nampak Macam Best! appeared first on Wanista.com.

Starbucks Cegah Covid-19 Guna Konsep ‘To-Go’

$
0
0

Sebagai tanda sokongan, Starbucks mengikuti saranan kerajaan agar melakukan jarak sosial demi mencegah penularan Covid-19. Starbucks telah mengeluarkan notis senarai cawangan-cawangan yang di tutup dalam dalam tempoh 14 hari, yang bermula semalam 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini.

Manakala bagi yang cawangan yang masih beroperasi, Starbucks menggunakan konsep ‘To-Go’ bagi mengurangkan interaksi antara pekerja Starbucks dan pelanggan.

Dengan konsep ini, pelanggan hanya dibenarkan membuat pesanan di Starbucks untuk di bawa pulang (takeaway), membuat pesanan menerusi Grab Food dan Food Panda serta menerusi pandu laju (drive-thru) bagi cawangan yang terpilih.

#Announcement Dear customers and friends, please take note of the latest update. Drive-Thru stores, takeaway*, GrabFood…

Posted by Starbucks Malaysia on Tuesday, March 17, 2020

Ini adalah senarai cawangan yang di tutup oleh Starbucks sepanjang tempoh 14 hari perintah kawalan dijalankan, bagi nama-nama yang tidak dinyatakan di dalam senarai di bawah bermaksud cawangan tersebut beroperasi seperti biasa.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Starbucks dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, layari laman sesawang Starbucks dan laman Facebook untuk maklumat lanjut.

Amalkan jarak sosial, bersama kita cegah penularan Covid-19 dengan #StayAtHome semoga wabak ini segera reda.

The post Starbucks Cegah Covid-19 Guna Konsep ‘To-Go’ appeared first on Wanista.com.

Kaya Dengan Kolagen, Sebab Kamu Kena Mula Amal Makan Kaki Ayam

$
0
0

Ada sesiapa di sini yang makan kaki ayam? Kalau anda makan, syabas. Tetapi pada yang tidak, inilah masa mencubanya.

Tak sanggup sebab bentuknya yang pelik dan kotor? Tahukah anda kaki ayam punya banyak kelebihan untuk kulit wajah kita. No wonder orang Cina, Korea, Vietnam dan Filipina amalkan makan kaki ayam, lihat sahaja kulit mereka yang bersih, berkilat dan awet muda. Bukan orang Asia saja yang makan kaki ayam, masyarakat Jamaica, Afrika Selatan, Trinidad dan Amerika Syarikat juga mempunyai resepi kaki ayam mereka yang tersendiri.

Apa Yang Istimewa Tentang Kaki Ayam?

Foto – Seonkyoung Longest

Ada yang berpendapat untuk mengelakkan pembaziran. Ini mungkin benar kerana kebanyakan kumpulan etnik yang makan kaki ayam secara tradisinya daripada kumpulan berpendapatan rendah. Yang lain pula menjelaskan kaki ayam baik untuk kesihatan dan kecantikan. Tetapi, bolehkah anda makan kaki ayam jika diberi peluang?

Kaki Ayam & Kolagen

Salah satu faedah positif yang berkaitan dengan kaki ayam adalah kulit yang bersih dan awet muda.

Kajian oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Kolagen yang kita ketahui adalah sumber untuk kulit awet muda.

Foto – Cookpad

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate. Asid hyaluronik boleh menghalang kesan penuaan. Chondroitin sulfate adalah baik untuk osteoartritis, orang yang mengalami masalah sendi.

Kolagen & Kebaikannya

Kolagen digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘menyatukan badan kita bersama’. Faedah bukan hanya untuk kulit tetapi juga untuk jantung.

  • Kulit lebih sihat dan muda
  • Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).
Foto – Giphy

Yang pasti kebanyakan kolagen atau suplemen kolagen mahal. Jadi, mengapa bayar begitu banyak jika anda mempunyai alternatif yang murah atau dijamin? Gunakan kaki ayam sebaliknya.

Untuk menikmati faedah kolagen dalam kaki ayam, gunakannya dalam sup, digoreng kilas atau dalam sebarang masakan.

RUJUKAN : & 2

The post Kaya Dengan Kolagen, Sebab Kamu Kena Mula Amal Makan Kaki Ayam appeared first on Wanista.com.

Kourtney Kardashian Ajar Masak Mac n Cheese Cara Sihat

$
0
0

Terkenal dengan mengamalkan diet organik yang sihat, Kourtney Kardashian berkata comfort food pilihannya adalah Mac and Cheese.

“Saya hanya menggunakan kesemua bahan-bahan organik, pasta bebas gluten, sebaiknya keju bukan dari tenusu, kerana anak-anak dan saya tidak makan gluten atau tenusu,” kata ibu kepada Mason, Penelope dan Reign.

Kourtney memilih untuk memberi sentuhan sihat dan menambah daging bakon dari turkey, susu badam untuk rasa manis, keju kalau boleh organik dan pasta bebas gluten.

“Saya bakar di rak bahagian atas ketuhar supaya ia mempunyai rasa rangup di atasnya. Saya suka campuran rasa dan tekstur Mac and Cheese,” jelasnya lagi.

Foto – Samantha Gutierrez

Hidangan untuk 8 ke 10 orang

  • 6 sudu besar mentega organik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 3 cawan organic pepper jack cheese
  • 3 cawan keju cheddar organik
  • 1 paket makaroni bebas gluten
  • 1 sudu kecil mustard
  • 5 cawan susu badam
  • 1/2 cawan tepung organik
  • 1 paket daging bakon (Kourtney menggunakan turkey, anda boleh gunakan jenis yang lain ikut suka)

Cara membuat

1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.

2. Sediakan pasta mengikut arahan pada paket.

3. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, garam, mustard, lada hitam dan susu.

4. Kacau selama 10 minit sehingga pekat, di atas api sederhana.

5. Masukkan keju dan biarkan cair sepenuhnya.

6. Tuangkan keju ke dalam pasta. Kacau serata yang boleh.

7. Letak dalam kuali, masuk dalam ketuhar dan bakar sehingga garing, kira-kira 45 minit.

Foto – Samantha Gutierrez

Tips – Sebagai pilihan, anda boleh gunakan keju biasa jika tidak menggemari yang jenis organik.

Selamat Mencuba.

RUJUKAN

The post Kourtney Kardashian Ajar Masak Mac n Cheese Cara Sihat appeared first on Wanista.com.

Sedap & Relax! 4 Youtube Masakan Cara ASMR Terapi Korang Sepanjang PKP

$
0
0

Buat apa sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)? Belajar memasak?

ASMR atau namanya Autonomous Sensory Meridian Response merupakan satu teknik untuk merangsang telinga dan otak untuk menenangkan seluruh organ badan termasuklah jantung.

Video ASMR adalah video yang menggunakan suara rendah dan bunyi-bunyian melalui pergerakan berulang seperti berbisik, bermain slime, mengunyah makanan, memotong sabun buku, air mengalir, memasak, atau bunyi ketukan. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan terhadap penontonnya.

Dilaporkan, ia membantu golongan insomnia (kesukaran tidur malam) dan meredakan tekanan. Hal ini disebabkan video ASMR dibuat dengan nada yang sangat rendah dan menjadikan setiap pendengar berasa tenang. Suara individu yang mengendalikan video itu berkesan untuk memperlahankan degupan jantung dan membuat penonton tidur dengan tenang.

Sekarang banyak video masakan di Youtube yang dibuat cara ASMR mendapat sambutan. Mereka memasak dalam keadaan yang minimalis tanpa sebarang percakapan, cukup hanya perbuatan seperti memotong, menguli, menggoreng, air mengalir serta banyak lagi – yang kedengaran cukup tenang dan langsung tidak semak.

Bukan setakat ASMR, tapi mereka juga berkongsi masakan yang sedap-sedap, di samping menggunakan peralatan masakan yang comel dan memikat, malah video juga sangat aesthetic.

Ini 4 yang best paling penulis suka.

Nino’s Home – 1.09M Subscribers

하루한끼 one meal a day – 2.74M Subscribers

꿀키honeykki – 2.07M Subscribers

HANSE – 2.24M Subscribers

Sambil menonton boleh belajar memasak sekali.

The post Sedap & Relax! 4 Youtube Masakan Cara ASMR Terapi Korang Sepanjang PKP appeared first on Wanista.com.

6 Jenama Mi Segera Korea Jenis Sup Sumpah Memang Sedap!

$
0
0

Sekarang di pasaran banyak mi segera kelahiran negara ginseng, Korea Selatan menguasai pasaran tempatan.

Rata-rata orang kita menggemari mi segera Korea kerana mi yang tebal dan kenyal malah mengenyangkan, ditambah lagi serbuk perisa yang enak, memang sekali makan tak pandang lain. Macam tu la penangannya.

Pada sesiapa yang nak beli mi segera Korea, di bawah ada beberapa jenama yang langsung tak mengecewakan. Memang sedap dan mengenyangkan, semestinya Halal!

So far 6 di bawah paling Wanista suka..

Samyang Yukgaejang Hot Mushroom Flavour

Foto – Oriental Mart

Nongshim Shin Ramyun

Foto – Amazon

Samyang Hot Chicken Flavour Ramen Stew Type

Foto – Zing Asia

Samyang Sutah Ramen

Foto – Carousell

Nongshim Neoguri Spicy Seafood Udon

Foto – Dun Yong

Nongshim Soon Veggie Ramyun Gourmet Mild

Gvado

Kalau tak suka yang goreng, jenis sup di atas antara yang terbaik. Serius, penulis dah cuba semua. Memang berbaloi beli!

The post 6 Jenama Mi Segera Korea Jenis Sup Sumpah Memang Sedap! appeared first on Wanista.com.

Ketepi Dalgona Coffee, Sekarang Ada Milk Tea Pula!

$
0
0

Sepanjang perintah kawalan pergerakan, netizen Malaysia sakan membuat kopi viral Dalgona Coffee. Katanya ramai yang suka tapi ada juga kurang berkenan kerana rasa manis melampau sehingga tidak boleh tidur malam.

Baca : Sekarang Tengah Popular ‘Dalgona Coffee’, Wanista Ajar Cara Buat

Sekarang muncul pula Milk Tea. Yang best, Milk Tea ini ada dua resepi – versi susu dan bukan susu. jadi tiada siapa yang rasa tersisih.. gitewww.

Ini cara membuatnya:

1. Untuk resepi bukan tenusu, kamu perlukan lima beg Black Tea, air panas, separuh cawan brown sugar, dua putih telur, pilihan susu sendiri dan ais.

2. Pilihan susu lebih mudah dibuat, kamu hanya memerlukan 250ml krim serba guna, dua bungkus serbuk teh susu dan ais.

Kesemuanya kamu whisk sampailah betul-betul jadi krim.

Selamat Mencuba!

RUJUKAN

The post Ketepi Dalgona Coffee, Sekarang Ada Milk Tea Pula! appeared first on Wanista.com.


10 Makanan Sihat Yang Memang Confirm Buat Korang Kurus

$
0
0

Semua orang nak kurus. Tapi tak semua orang rajin berolahraga dan mengamalkan pemakanan sihat.

Mereka ‘bantai’ makan apa sahaja tanpa mempedulikan kalori setiap makanan. Mereka juga tidak bersenam atau olahraga bagi mengeluarkan peluh atas alasan malas dan tidak mempunyai masa, macam mana tu? Lagi pula sekarang dalam perintah kawalan pergerakan, semua orang dikehendaki duduk rumah bagi menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian penyakit wabak Coronavirus. Pagi petang, siang malam hanya melakukan aktiviti makan, tengok tv dan tidur… memang tak produktif.

Foto – New Mum Hubs

Jadi, apa initiatif yang korang boleh lakukan untuk mula menjalani kehidupan sihat di samping mendapatkan bentuk badan ideal? Setiap kali nak keluar rumah beli barang dapur, cari 10 makanan ini.

Menurut seorang jurulatih sukan dari Fitstyle_NJ, makanan sihat di bawah yang diakui keberkesanan dalam menurunkan berat badan seseorang.

Telur rebus – Telur putih yang hanya 50 kalori dan ada 11 gram protein dan sikit lemak yang selamat.

Roti wholemeal – 2 keping roti wholemeal dalam 80 kalori dan tinggi kandungan serat dan kurang dari 10 gram karbo (boleh diganti sebagai nasi putih).

Ubi kayu manis (sweet potato) – 100 gram sekitar 90 kalori tapi kaya dengan serat dan sangat rendah glecymix index dan buatkan anda akan rasa kenyang lebih lama.

Ubi kentang – Seketul yang besar 150 gram baru sekitar 150 kalori tetapi ianya kategori karbohidrat yang sihat dan padat perut.

Oat – 166 kalori untuk satu hidangan. *saiz hidangan 1 sudu besar atau bersamaan 14 gram = 10 kalori saiz hidangan 100 gram = 71 kalori dan ada serat.

Salmon dan tuna – Protein yang sangat bagus dan mengandungi lemak baik omega 3 dan ianya membantu mengurangkan lemak bahagian perut.

Protein shake – Salah satu meal replacement yang lengkap dan tinggi micro nutrition dan rendah kalori sekitar 90-150 kalori hidangan dan senang dicerna (liquid meal).

Sayur ulaman segar dan salad – Makanan terbaik untuk yang betul-betul inginkan rasa segar dan kalori yang rendah dan karbo sihat. Dan sayuran segar sangat membantu penghadaman.

Pisang – Senang didapati dan ada karbo tenaga yang cukup terutama untuk snacking dan pre workout meal sebelum exercise.

Spaghetti dan pasta – Masak kosong digaul dengan olive oil dan goreng tanpa minyak dan mungkin boleh letak sikit perasa prego sebagai perasa tambahan.

Jadi, siapa kata nak kurus kena makan makanan tak sedap. Ambil makanan di atas dan praktikkan cara masakan.

Selamat Mencuba!

The post 10 Makanan Sihat Yang Memang Confirm Buat Korang Kurus appeared first on Wanista.com.

Pergi Korea, Jangan Lupa Singgah 5 Kafe Oppa Korang Ni

$
0
0

K-pop, k-drama, fesyen dan aneka makanan lazat yang terdapat di jalanan antara beberapa sebab yang menarik berjuta-juta pelancong melawat Korea Selatan setiap tahun.

Fangirls, fanboys, siap sedia! Adakah kamu seorang yang suka travel? Suka makan? Di sini, Wanista senaraikan beberapa kafe yang dibuka oleh bintang Korea. Kafe yang Wanista pilih ini bukan calang-calang, kebanyakan memiliki hiasan dalaman berserta dekorasi yang cukup menarik dan lari daripada kebiasaan.

Selain menikmati hidangan enak, selfie juga berbaloi.

Monsant Cafe – G-Dragon

Foto – jejutourism.wordpress.com

Banyak diperkatakan pelancong adalah kafe milik ketua kumpulan BigBang, G-Dragon. Kafe GD terletak di kawasan Pulau Jeju yang dipanggil Aewol, ianya betul-betul di sebelah laut.

Foto – jejutourism.wordpress.com

Monsant Cafe mempunyai banyak tingkap kaca jadi dengan mudah anda dapat menikmati pemandangan lautan sambil menghirup secawan kopi panas. Jika anda pilih tempat duduk di luar, anda tidak hanya dapat melihat pemandangan yang mendamaikan bahkan merasa lembut dan cahaya matahari terik.

Foto – jejutourism.wordpress.com
Foto – thatxxrin

Menerapkan elemen vintaj, Monsant Cafe melengkapi setiap ruang dengan perabot kayu dan penggunaan warna-warna hangat.

Foto – jejutourism.wordpress.com
Foto – Pinterest

Menu terdiri daripada aneka kopi, pastri, piza dan salad tetapi signature mereka sudah tentu kopi.

Foto – Pinterest

89 Mansion – Lee Jong Suk

Foto – Preview

Lee Jong Suk membuka kafe di Seoul tahun lepas. Ia terletak di Garosu-gil dan dipanggil 89 Mansion. Menjadi impian Jong Suk untuk membuka sebuah kafe, bukan hanya mengeluarkan modal bahkan dia juga menghiasi keseluruhan kafe dengan sendiri, setiap  deko merupakan idea dan stail Jong Suk.

Foto – Instagram nikki.park.777
Foto – IG gim0914
Foto – IG gim0914

Tingkat pertama adalah untuk sesiapa yang hanya ingin menikmati kopi dan beberapa hidangan ringkas, tetapi jika anda ingin makanan berat, maka anda harus menuju ke tingkat dua.

Foto – IG cafe.89mansion
Foto – IG cafe.89mansion
Foto – IG cafe.89mansion

Jika bertuah, anda mungkin dapat berjumpa dengan Lee Jong Suk kerana aktor 29 tahun ini sering datang singgah ke kafe.

And Here – Seungri

Foto – Pinterest

Seterusnya satu lagi kafe yang mesti singgah adalah milik penuh BigBang Seungri – And Here. Terletak di Jongno-gu, kafe ini mengekalkan dekorasi yang chic dan cozy, membuatkan anda seperti berada di rumah.

Foto – Pinterest

Popular dengan signature dish aneka wafel yang lazat, kafe ini juga menjual beberapa merchandise seperti mug, buku, keychain dan pelbagai lagi.

Foto – Instagram
Foto – Instagram
Foto – Instagram

TMI. Too Much Information – Yoo Ah In

Foto – Modcreature

Dimiliki oleh pelakon Yoo Ah In, TMI mengetengahkan elemen minimalis yang moden, bermain dengan rona hitam dan putih menjadi kafe tersebut cukup mempersona.

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Apa yang Wanista tahu, di sini mereka menawarkan aneka burger dan milkshake yang lazat. Di samping itu, TMI berubah menjadi bar pada waktu malam.

Foto – Pinterest

Yogorino – Zico

Foto – www.modcreature.com

Yogorino adalah français yogurt beku Ireland yang dibawa oleh rapper Zico. Terletak di Hongdae adalah satu-satunya kafe yang ada di Korea.

Foto – Visit Seoul

Yogorino menyediakan pelbagai yogurt untuk dipilih oleh pelanggan. Bukan sahaja ia menarik tetapi ia juga membantu dalam pencernaan anda. Pastikan anda datang beli frozen yogurt di kafe Zico.

Foto – Facebook Yogorino
Foto – Facebook Yogorino
Foto – Facebook Yogorino

Jangan lupa datang singgah makan di sini okay…

The post Pergi Korea, Jangan Lupa Singgah 5 Kafe Oppa Korang Ni appeared first on Wanista.com.

Mark & Spencer Hantar Makanan Ke Rumah Dengan ‘Grocery Box’!

$
0
0

Mark & Spencer kini telah melancarkan perkhidmatan penghantaran produk makanan ke rumah kamu dengan mudah dan cepat. Bagi yang mengidam inginkan kerepek, biskut atau mana-mana produk Mark & Spencer ni, dah boleh tarik nafas lega sebab lepas ni boleh terus buat pesanan menerusi ‘Grocery Box’ ni saja!

Grocery Box ini merangkumi enam jenis seleksi pilihan makanan yang menarik dan paling penting ianya menyihatkan.

Foto – Mark & Spencer

Setiap kotak makanan mengandungi pelbagai pilihan makanan seperti pasta, bahan-bahan membuat pasta, menu sarapan pagi seperti bijirin, bubur, madu, jem dan banyak lagi pilihan makanan yang terdapat di dalam setiap seleksi Grocery Box ini.

Grocery Box 1 RM209

Foto – Mark & Spencer
  • Malted Milk 200g
  • Ginger Snaps 250g
  • Plain Chocolate Digestive 300g
  • All Butter Pistachio & Almond Cookies 200g
  • Nachos Cheese Tortilla 175g
  • Crunchy Peanut Butter 340g
  • Triple Chocolate Crunch 500g
  • 20 Pure Green Teabags 50g
  • Gold 80 Teabags 50g
  • Italian Beans R&G Coffe 227g
  • Pitted Black Hijiblanca Olives 330g
  • Cream of Mushroom Soup 400g
  • Four Cheese Pasta Sauce 340g
  • Italian Spaghetti 500g

Grocery Box 2 RM209

Foto – Mark & Spencer
  • Digestives 400g
  • Jam Sandwich Creams 150g
  • Milk Chocolate Digestives 300g
  • Dutch Shortcake Promo Pack 300g
  • Nacho Cheese Tortilla 175g
  • Strawberry Jam 454g
  • Deliciously Nutty Crunch 500g
  • 20 Jasmine Green Teabags 50g
  • Earl Grey Teabags 125g
  • Colombian R&G Coffee 227g
  • Pitted Hijiblanca 330g
  • Minestrone 400g
  • Four Cheese Pasta Sauce 340g
  • Italian Wholewheat Spaghetti 227g

Grocery Box 3 RM159

Foto – Mark & Spencer
  • Orzp Pasta 500g
  • Penne 500g
  • Simply Spaghetti 500g
  • Wholewheat Spaghetti 500g
  • Four Cheese Sauce 340g
  • Tomato & Basil Sauce 340g
  • Messicani 500g
  • Green Pesto Sauce 190g
  • Florida Orange High Juice 1L

Grocery Box 4 RM199

Foto – Mark & Spencer
  • British Summer Berry Soft Set Jam 250g
  • Strawberry Conserve 340g
  • Strawberry Jam 454g
  • Reduced Sugar Strawberry Jam 415g
  • Pure Honey 340g
  • New Zealand Clover Honey 340g
  • Wild Flower Honey 340g
  • Plant Kitchen Golden Syrup Flavour Porridge 70g
  • Maple Syrup Flavour Porridge 70g
  • Deliciously Nutty Crunch 500g
  • Triple Chocolate Crunch 500g

Grocery Box 5 RM109

Foto – Mark & Spencer
  • Chunky Vegetable & Chicken Soup 400g
  • Vegetable & 3 Bean Soup 400g
  • Butternut Squash and Sweet Potato Soup 400g
  • Chunky Vegetable Soup 400g
  • Tomato & Basil Soup 400g
  • Cream of Asparagus Soup 400g
  • Cream of Tomato Soup 400g
  • Cream of Mushroom Soup 400g
  • Minestrone Soup 400g

Grocery Box 6 RM179

Foto – Mark & Spencer
  • All Butter Pistacio & Almond Cookies 200g
  • Chocolate Chips Cookies 400g
  • Cheese Twists Banded Pack (2x 125g)
  • Double Chocolate Dutch Shortcake Promo Pack 150g
  • All Butter Scottish Shortbread Fingers 210g
  • Malted Milk Biscuits 200g
  • Digestive Biscuits 200g
  • Ginger Snap Biscuits 250g
  • Milk Chocolate Digestive 300g
  • Redcurrant Puff Banded Pack 200g
  • Dutch Shortcake Banded Pack 300g

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Grocery Box ini, kamu boleh layari laman sesawang Mark & Spencer [SINI] dan bagi yang inginkan idea memasak harian, kamu boleh layari laman resepi Mark & Spencer [SINI]. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan Grocery Box pilihan kamu sekarang!

The post Mark & Spencer Hantar Makanan Ke Rumah Dengan ‘Grocery Box’! appeared first on Wanista.com.

Agar-Agar Jepun Paling Cantik, Hanya Guna 5 Bahan

$
0
0

Muncul lagi resepi baru.

Kali ini dari negara matahari terbit, Jepun pula. Resepi agar-agar versi Jepun yang serius cantik dan aesthetic. Agar-agar cantik penuh sempurna ini mendapat perhatian sehingga tular di media sosial.

Dibuat oleh pengguna Twitter Tsunekawa boleh dilakukan dalam masa setengah jam atau lebih dan hanya memerlukan lima bahan sahaja. Serius mudah!

Foto – Twitter

Ini cara membuat agar-agar jernih di bawah dan warna-warni di atas.

  • Kanten (agar powder)
  • Air
  • Gula Pasir
  • Susu
  • Air Sirap (atau jus buah)
Foto – Twitter

Langkah-langkah menyediakan

#1 Dalam periuk, gabungkan 4 gram (0.14 auns) serbuk agar, 150 ml (5.07 auns) air, dan 60 gram (2.12 auns) gula pasir. Panaskan periuk di atas dapur sehingga kandungannya mendidih, kemudian matikan api.

#2 Kacau susu 300 ml (10.14 auns) ke dalam campuran. Letakkan campuran di dalam peti sejuk untuk keraskan.

#3 Dalam periuk yang berasingan, ulangi #1

#4 Aduk tambahan 300 mililiter (10.14 auns) air ke dalam periuk kedua, tambah 20 mililiter (0.68 auns) ais sirap, lebih cerah warna lebih baik. Sekali lagi, masukkan campuran di dalam peti sejuk untuk sejukkan.

#5 Pilihan – Ulangi langkah #3 dan #4 untuk sebarang warna tambahan yang anda mahu.

#6 Setelah semuanya dibekukan dengan baik (yang sepatutnya mengambil kira-kira 30 minit atau lebih), ambil campuran dari peti sejuk. Potong agar-agar berwarna-warni ke dalam kiub kecil dan susun di atas gelatin susu putih.

Foto – Twitter

Makan masa sejuk, memang sedap.

RUJUKAN

The post Agar-Agar Jepun Paling Cantik, Hanya Guna 5 Bahan appeared first on Wanista.com.

Oh Dalgona Coffee Ambil Inspirasi Daripada Gula-Gula Ni Rupanya

$
0
0

Siapa lagi yang masih mengikuti trend membuat Dalgona Coffee? Okay penulis nak tanya, korang suka tak rasa Dalgona Coffee? Jujurnya penulis kurang menggemari… rasanya seakan latte sahaja, nothing new!

Baiklah, penulis nak kongsi satu info baru… Nak tahu Dalgona Coffee sebenarnya inspirasi daripada gula-gula tradisional Korea yang cukup popular disebut ppopgi, yang serupa dengan honeycomb.

Foto – Korean Culture

Baik gula-gula dan kopi Dalgona menggunakan bahan utama kopi tetapi ia dimakan secara berbeza dan mempunyai bahan yang sedikit berbeza juga.

Gula-gula Dalgona yang selalu dijual di jalanan di Korea dibuat dengan gula dan baking soda yang digabungkan dan masak atas api, sementara kopi pula dibuat dengan nisbah kopi segera, gula dan ais panas pada ratio 1: 1: 1, dikacau semuanya hingga kembang.

Gula-Gula Dalgona

Kopi Dalgona

Senangkan cara membuatnya. Selepas ni korang pun boleh cuba bersama anak-anak.

The post Oh Dalgona Coffee Ambil Inspirasi Daripada Gula-Gula Ni Rupanya appeared first on Wanista.com.

Viewing all 695 articles
Browse latest View live