Quantcast
Channel: Makanan Archives | Miss Murai
Viewing all 696 articles
Browse latest View live

KFC Keluarkan ‘Ayam’ Goreng Berasaskan Tumbuh-Tumbuhan!

$
0
0

Rangkaian restauran makanan terkenal KFC kini mengeluarkan ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan. Menariknya menu ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan ini hanya didapati di Atlanta sahaja. 

Menurut KFC, mereka akan melihat maklum balas daripada pelanggan sebelum membuat keputusan untuk menguji menu tersebut di lokasi yang lain.

Tambahan lagi Presiden KFC United States, Kevin Hochman berkongsi tentang pilihan menu eksklusif ini apabila dirinya bertemu dengan pembuat daging berasaskan tumbuhan dan ia menarik minat terhadap alternatif daging.

Foto – VegNews

Jika anda bertanya kepada saya enam bulan yang lalu, saya akan berkata tidak dan berterus terang dengan anda yang kami bercakap tentang ayam goreng. – Presiden KFC United States, Kevin Hochman

KFC membuat ujian yang dikenali Beyond Fried Chicken dengan kolaborasi bersama Beyond Meat ini, akhirnya membuahkan hasil apabila mereka mengeluarkan menu ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan di KFC di Atlanta.

Idea menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan alternatif pengganti daging di pelbagai rangkaian restoran pengeluar makanan segera bukan lagi idea yang pelik atau janggal.

Sebagai contoh, sejak tahun lepas lagi KFC di United Kingdom telah mencari alternatif menggantikan daging ayamnya dek kerana masalah kekurang stok daging ayam dan mereka ingin menggunakan tumbuhan sebagai bahan asas ayam goreng di KFC United Kingdom.

Foto – Chew Boom

Ironiknya masalah sebegini sering dihadapi oleh restauran-restauran makanan segera, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kebanyakan pengusaha restauran mencari alternatif lain bagi menggantikan kekurangan stok ayam.

Isu menggantikan daging ayam kepada tumbuh-tumbuhan bukanlah isu yang mengejutkan atau pelik. Ini kerana rangkaian makanan terkenal seperti Burger King, Del Taco dan TGI Fridays masing-masing telah mengeluarkan menu berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai alternatif pengganti daging ayam.

Mungkin tak lama lagi KFC di Malaysia akan mengeluarkan menu ini, siapa tahu bukan?

The post KFC Keluarkan ‘Ayam’ Goreng Berasaskan Tumbuh-Tumbuhan! appeared first on Wanista.com.


Ketahui Makanan Yang Bagus Ketika Diserang Anxiety & Depresi

$
0
0

Sains setuju bahawa makanan merupakan alat yang berkuasa dalam menangani individu yang depresi atau tertekan dan penuh dengan rasa kebimbangan. Bagi individu yang mengalami masalah tekanan dan kebimbangan mereka akan tertarik untuk memakan makanan yang dapat menghilangakn rasa tertekan dan bimbang tersebut.

Tetapi bukan semua makanan yang di makan itu bagus untuk individu yang memiliki masalah sebegini. Penting untuk anda ketahui jenis pemakanan yang bagaimana serta apa yang perlu di lakukan.

Pakar nutrisi menyarankan gaya pemakanan yang sesuai mengikut jenis masalah yang dialami oleh individu seperti anxiety dan depresi. Malah dengan gaya pemakanan yang betul, tubuh serta mental individu yang bermasalah akan beransur-ansur pulih dan tenaga dalaman diri juga akan meningkat naik.

Foto – donegaldaily.com

Apabila diri menjalani gaya pemakanan yang betul, kesihatan mental akan menjadi lebih positif, bersemangat dan tubuh fizikal pula kembali cergas. Meskipun bukan mudah untuk melawan masalah anxiety dan depresi tetapi dengan gaya pemakan yang betul ia dapat di pulihkan dan kehidupan menjadi baik seperti sedia kala.

Gaya Pemakanan Melawan Anxiety & Depressi

“Atasi masalah dengan solusi yang betul”

Inilah ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya diet atau gaya pemakanan yang betul dalam usaha memulihkan masalah tekanan mental yang di hadapi.

Anika Knüppel merupakan seorang pengkaji dan pelajar PhD di University College London dan juga salah seorang penyumbang program Eropah MooDFOOD. Program ini memfokuskan bagaimana makanan dapat mengatasi masalah depresi.

Foto – Viva Eve

Menurut Anika, terdapat dua gaya pemakanan yang pakar nutrisi reka untuk membantu mengatasi masalah mental. Iaitu dengan meningkatkan habit kesihatan dan mengurangkan habit yang tidak sihat.

Sebenarnya para pengkaji telah mengkaji jenis diet atau gaya pemakanan yang sesuai untuk masalah sebegini iaitu:

  • Diet Mediterranean – Memfokuskan tentang pengambilan lemak sihat.
  • Diet DASH – Memfokuskan tentang pengurangan pengambilan gula.

Diet Pemakanan Mediterranean

Gaya pemakanan Mediterranean ini memfokuskan tentang pengambilan lemak yang sihat di dalam pemakanan seharian seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, ikan berlemak (lemak asid omega-3), minyak zaitun dan pengambilan makanan yang kaya dengan protein.

Para pengkaji telah menemui selepas 12 minggu individu mengamalkan diet Mediterranean, masalah anxiety yang dialami menurun sebanyak 20% hingga 50%.

Foto – sepalika.com

Ini kerana pengambilan lemak asid omega-3 dapat membantu menurunkan anxiety dan sekaligus gaya hidup mereka yang mengamalkan diet pemakanan ini secara perlahan-lahan kembali pulih dari masalah depressi yang dialami.

  • Mulakan hari anda dengan pengambilan kanji daripada bijirin dan kekacang.
  • Banyakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Fokus pengambilan pemakanan dengan ikan berlemak seperti ikan Salmon atau ikan Tuna Albacore sebagai ganti daging merah.
  • Ambil pemakanan dari lemak sihat seperti kekacang dan minyak zaitun.
  • Kawal pengambilan makanan dan minuman manis yang bersederhana.

Diet Pemakanan DASH

Diet pemakanan DASH memfokuskan tentang pengurangan pengambilan gula. Penyelidik telah menganalisa pengambilan gula oleh 23,000 orang dan menemui lelaki yang mengambil gula yang banyak menunjukan lebih 23% menunjukan peningkatan masalah depressi.

Sukatan pengambilan gula daripada kajian ke atas 23,000 orang.

  • 67 gram gula atau lebih.
  • 17 sudu teh gula.
  • 2 tin air Coke
Foto – indiatoday.in

Diet pemakanan DASH ini telah di lihat dapat mengurangkan masalah depresi yang di alami oleh individu. Nah berikut adalah amalan gaya pemakanan diet DASH yang boleh anda ikuti.

  • Mulalah mengamalkan pengambilan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Dapatkan protein yang sihat menerusi ayam, ikan dan kekacang.
  • Guna produk makanan rendah lemak atau dairy yang tidak berlemak.
  • Limitkan pengambilan manisan, air manis, lemak tepu (saturated fats) dan guna alkohol.

Sugar-Free Melawan Depressi Dan Anxiety!

Selain mengikuti gaya pemakanan yang disarankan oleh pakar nutrisi, anda juga boleh melawan masalah depressi dan anxiety dengan beralih kepada sugar-free!

Menukar gaya pemakanan akan mempengaruhi gaya hidup anda, percaya atau tidak dengan menghentikan pengambilan gula, anda akan melihat sendiri peningkatan mood anda ke arah yang lebih baik, positif dan seimbang.

Foto – NiT

Antara gaya pemakanan yang boleh diikuti adalah seperti berikut:

  • Biskut bersama teh atau kopi tanpa gula.
  • Bubur bersama air suam.
  • Salad bersama minyak zaitun dan jus lemon.
  • Buah beri biru dan raspberi.
  • Makanan yang memiliki lemak sihat.
  • Daging berprotein.

Dan banyak lagi menu pemakanan yang boleh anda amalkan untuk menghentikan pengambilan gula. Apa yang penting adalah, anda tidak pernah berhenti.

Apa Hubung Kait Diantara Makanan Dan Kesihatan Mental Pada Manusia?

Secara ringkasnya pengaruh perubahan mental dan gaya pemakanan saling memiliki hubung kait yang tersendiri. Pengambilan makanan yang tertentu akan memberikan kesan secara terus terhadap fizikal dan juga perubahan emosi.

Foto – That Sugar Movement

Diet merupakan langkah yang bagus bagi mengaktifkan rasa sayang dan cinta pada diri sendiri ia merupakan kunci kepada Cognitive Behavioral Therapy (CBT). Di mana kaedah ini sering digunakan dalam merawat individu yang mengalami depressi dan anxiety.

Dengan mempercayai terhadap diri sendiri dan punya nilai serta rasa cinta terhadap diri yang kemudiannya di sokong dengan bantuan gaya pemakanan yang bernutrisi, masalah depresi dan anxiety dapat ditumpaskan.

Foto – Stocksy United

Selain daripada gaya pemakanan yang harus di jaga, pakar nutrisi turut berkongsi bahawa terapi secara tradisional dan meditasi juga dapat membantu individu yang mengalami anxiety dan depresi.

Justeru itu, dalam apa jua masalah yang di hadapi sayangi diri anda dan ikuti diet pemakanan yang sihat untuk mengecapi mental dan fizikal yang sihat.

Di harap maklumat yang dikongsikan kepada anda hari ini, memberi sedikit sebanyak ilmu yang boleh anda ambil.

The post Ketahui Makanan Yang Bagus Ketika Diserang Anxiety & Depresi appeared first on Wanista.com.

Touch ‘N Go eWallet Lancarkan Promosi Jom Makan Bermula Dari RM0.10

$
0
0

Touch ‘N Go eWallet melancarkan promosi Jom Makan dengan hanya serendah RM0.10! Tawaran menarik ini bermula dari Ogos ini sehingga Disember 2019. Promosi hebat ini menawarkan pelbagai aneka hidangan tempatan yang pastinya akan memikat selera pengguna Touch ‘N Go eWallet.

Foto – Touch ‘N Go

Kempen Jom Makan ini sebenarnya telah dilancarkan pada awal minggu menerusi tema makanan yang pertama adalah nasi lemak. Tawaran nasi lemak ini boleh didapati mulai 18 Ogos sehingga 7 September 2019 dan ianya terhad kepada 250 bungkus nasi lemak sehari di setiap lokasi.

Foto – Asian Inspirations

Mana kala dari 8 September sehingga 5 Oktober pula kempen Jom Makan diteruskan dengan tawaran menu cendol yang super cool! Siapa yang tidak menggemari cendol bukan? Bagi yang meminati ais cendol ini anda boleh mendapatkanya mengikut tarikh tawaran yang dilancarkan tersebut.

Foto – goingplacesmagazine.com

Berbelanja dan berurus niaga tanpa tunai, anda hanya perlu menggunakan eWallet untuk menikmati nasi lemak dan cendol yang enak dengan hanya RM0.10 setiap satu. Tambahan lagi pengguna juga dapat pelbagai aneka makanan yang lain seperti sate, nasi kandar dan char kuey teow menerusi kempen Jom Makan bagi bulan-bulan seterusnya!

Foto – Wanista (Promosi Jom Makan bermula 18 Ogos – 7 September 2019)
Foto – Wanista (Promosi Jom Makan bermula 8 September – 5 Oktober 2019)

Promosi Durian Istimewa

Durian dan rakyat Malaysia berpisah tiada, itulah ungkapan yang sesuai di gambarkan rakyat Malaysia yang cintakan raja buah ini. Dan kini menerusi kempen Jom Makan ini, penggemar durian boleh mengunjungi Ken Kua Fruits Trading yang turut dikenali sebagai Ken Kua 3333 Durian King.

Foto – South China Morning Post

Premis Ken Kua Fruits Trading ini terletak di Petaling  Jaya, promosi yang dijalankan ini diadakan dalam masa yang terhad sahaja. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menikmati raja segala buah ini.

Promosi buah durian ini bermula dari 16 Ogos sehingga 16 September 2019 dengan diskaun sehingga 30% ke atas durian kegemaran anda!

Promosi-promosi ini hanya sah di premis peniaga yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan pada tempoh yang ditetapkan sahaja.

Jadi apa tunggu lagi berbelanja tanpa menggunakan tunai dengan hanya eWallet Touch ‘N Go. Untuk mengetahui terma dan syarat bagi semua promosi kempen Jom Makan, anda boleh mengunjungi [SINI] atau anda boleh mendaftar masuk [SINI] atau pun kunjngi laman Facebook Touch ‘N Go [SINI]. 

The post Touch ‘N Go eWallet Lancarkan Promosi Jom Makan Bermula Dari RM0.10 appeared first on Wanista.com.

Rasai Perisa Aiskrim Premium Ben & Jerry’s Yang Lazat Hari Ini!

$
0
0

Syarikat aiskrim terkenal di dunia Ben & Jerry’s kini telah membuka Scoop Shop pertama dalam Malaysia di Sunwa Pyramid (Central Avenue). Jenama aiskrim premium Ben & Jerry’s yang kini telah memasuki pasaran tempatan ini menghidangkan enam belas jenis perisa menarik dan lazat!

Antara enam belas perisa yang ditawarkan ini merupakan perisa yang terlaris di dunia seperti Cherry Garcia, Chocolate Fudge Brownie, Chunky Monkey, New York Super Fudge Chunk, Triple Caramel Chunk dan Tonight Dough beserta dengan beberapa produk makanan lain seperti shakes, sundae, kek aiskrim dan beraneka rangkaian produk makanan yang baru.

Foto – Ben & Jerry’s

Menurut Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal, Ben & Jerry’s memahami bahawa pelanggan semakin peka tentang produk serta kandungan yang di makan oleh pengguna dan nilai ini menjadi pegangan utama bagi Ben & Jerry’s.

Foto – Ben & Jerry’s

Selain itu, Ben & Jerry’s juga telah bekerjasama dengan eat X dignity yang merupakan sebuah inisiatif tempatan dengan menyediakan peluang keusahawanan dalam industri makanan dan minuman kepada pelajar kurang bernasib baik di Malaysia.

Foto – Ben & Jerry’s

Bukan itu saja, Scoop Shop di Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik pakai buang di kedainya dengan menawarkan penyedut minuman kertas biodegradasi dan sudu kayu kepada para pelanggannya.

Aiskrim premium Ben & Jerry’s ini telah mula berada di semua pasaraya utama seperti AEON, Jaya Grocer’s dan Sam’s Groceria.

Untuk mengetahui tentang Ben & Jerry’s serta ingin mengikuti perkembangan jenama aiskrim paling laris di dunia ini, anda boleh melawati laman Facebook [SINI], Instagram [SINI] dan laman sesawang rasmi Ben & Jerry’s [SINI].

The post Rasai Perisa Aiskrim Premium Ben & Jerry’s Yang Lazat Hari Ini! appeared first on Wanista.com.

Ini 7 Menu Makanan Delivery Yang Lazat & Popular Di Shah Alam!

$
0
0

Makanan, satu ungkapan yang sentiasa meniti di bibir manusia tanpa mengira masa dan hari. Tambahan lagi, dek kerana keperluan rantai makanan yang kian meningkat, pelbagai menu makanan yang lazat dan popular menjadi kegemaran ramai. Menyentuh tentang makanan, di Shah Alam pelbagai menu makanan delivery kian meningkat. Mana tidaknya dengan kepadatan penduduk serta permintaan makanan delivery juga semakin popular.

Foto – Facebook Restauran Bisik Bisik

Di Shah Alam pelbagai aneka makanan delivery yang semakin popular dek kerana rasa masakan yang enak, harga yang berpatutan serta masa penghantaran yang bagus menjadi faktor makanan delivery kian menjadi pilihan ramai di Shah Alam kini.

Antara menu makanan delivery yang kian mendapat perhatian ramai adalah seperti berikut.

ANSSHELLBOX

Foto – Picdeer

Bagi penggemar makanan laut, ANSSHELLBOX menawarkan menu makanan laut delivery kepada anda. Kepelbagaian aneka makanan laut yang menggiurkan ini pastinya akan membuatkan anda tidak sabar. Apa yang menarik harga makanan laut yang dijual ini cukup murah berbanding membeli makanan laut segar di pasar.

Tambahan lagi, ia juga sering menawarkan promosi berbaloi khas untuk pencinta makanan laut. Selain itu, menu makanan laut yang dijual menyajikan hidangan masakan yang cukup memikat selera! Paling penting, ANSSHELLBOX ini memiliki krew penghantaran mereka sendiri.

Untuk tempahan, anda boleh layari akaun Instagram ANSSHELLBOX [SINI] dan rasai pelbagai menu lazat yang dihidangkan oleh mereka!

Gangnam Station

Foto – Facebook Gangnam Station

Bagi penggemar makanan Korea, kini di Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam terdapat restauran yang menghidangkan pelbagai menu masakan daripada Korea. Antara menu yang terdapat di Gangnam Station ini adalah siri menu bulgogi, kimchi jjigae, dolsot bulgogi, jajangmyeon dan pelbagai pilihan menu yang terbaru ada di Gangnam Station. 

Pencinta makanan Korea, anda boleh mencuba menu masakan ini di Shah Alam. Malah bagi yang inginkan makanan ini secara delivery, anda boleh menggunakan aplikasi penghantaran makanan seperti Food Panda untuk mendapatkannya. 

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Gangnam Station ini, anda boleh layari akaun Facebook [SINI].

Rumah Makan Cibiuk

Foto – Facebook Rumah Makan Cibiuk

Anda menggemari makanan daripada Indonesia? Nah anda mungkin mahu mencuba masakan daripada Sunda dan ianya juga terkenal dengan nama jolokan “Raja Sambal”. Wow hebat betul! Bukan sahaja masakan dan menunya yang unik, malah rasanya juga cukup menyelerakan.

Tambahan lagi, dek kerana menunya yang unik dan harganya juga murah dan berpatutan ramai pelajar di Shah Alam membuat pesanan makanan delivery menerusi Food Panda. Dan ianya berbaloi untuk mencuba. Jom apalagi, rasai masakan daripada Sunda yang terkenal sebagai Raja Sambal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rumah Makan Cibiuk ini, anda boleh melayari akaun Facebook [SINI].

EAT & REPEAT Cafe Shah Alam

Semangkuk hanya RM1.90! Nah, yang ini memang syok. Sebab apa, segala menu makanan yang disediakan semuanya dijual pada harga yang sama iaitu RM1.90 sahaja. Bukan sahaja menu yang dihidangkan itu menyelerakan dan lazat. Malah ianya juga potion makanannya juga banyak.

Di kafe ini, pelbagai aneka menu yang ditawarkan menepati citarasa pengunjung yang hadir untuk menikmati makanan di kafe tersebut. Tetapi kini Eat & Repeat Cafe Shah Alam juga boleh di pesan menerusi aplikasi Food Panda. 

Bagi kemudahan sebegini, ramai pelajar yang memesan menu di kafe ini dek kerana kemudahan penghantaran, menu makanan yang pelbagai serta harganya yang murah!

Bagi yang ingin mengetahui tentang kafe ini lebih lanjut, anda boleh melayari akaun Instagram Eat & Repeat Cafe Shah Alam [SINI].

CRG Chicken Rice Guys

Nah yang ini satu lagi nama yang cukup popular di kalangan penduduk di Shah Alam. CRG Chicken Rice Guys, kedai nasi ayam ini cukup terkenal dengan menu nasi ayam, nasi itik, mee kicap dan mee kari putihnya. Selain menu makanan yang lazat, potion makanannya juga sangat banyak!

Patutlah ramai yang mengunjung kedai nasi ayam ini. Tambahan lagi harganya juga cukup murah dan berpatutan. Bagi ingin mengetahui tentang Chicken Rice Guys ini anda boleh melayari akaun Instagram [SINI].

Restauran Bisik-Bisik

Foto – Facebook Restauran Bisik Bisik

Ada yang minat makan mee udang atau nasi ayam warisan? Nah ini adalah tempatnya. Bagi yang inginkan makanan ini dihantar ke rumah pun boleh, anda boleh memesan makanan menerusi aplikasi Food Panda. Menariknya di restauran Bisik-Bisik ini, pelbagai aneka menu yang menyelerakan menjadi rebutan dan pilihan orang ramai.

Malah harganya yang bersesuai mengikut menu yang dipamerkan menjadi salah satu faktor ramai yang menunjungi restauran mahupun yang memesan menerusi aplikasi penghantaran makanan.

Bagi yang ingin mengetahui tentang restauran Bisik-Bisik ini lebih lanjut dan ingin melihat rangkaian menu yang ditawarkan anda boleh melayari akaun Facebook Restauran Bisik-Bisik [SINI].

Pulut Kuning Rendang Zarina Zainuddin

Mengidam nak makan pulut kuning? Nah pulut kuning rendang Zarina Zainuddin ini pasti akan membuatkan anda terliur! Rasa rendang yang cukup lazat dengan keenakan pulut kuning yang lembut membuatkan perut kenyang. Tambahan lagi harganya yang berpatutan menjadikan ia pilihan menu makanan yang digemari ramai.

Malah potion makanan ini juga banyak dan berbaloi untuk dicuba! Bagi yang ingin mencuba makanan lazat ini, anda boleh mencari agen rasmi pulut kuning rendang Zarina Zainuddin menerusi akaun Instagramnya di [SINI].

Sekali dah cuba pasti nak lagi!

Bagi yang ingin mencuba menu pilihan delivery di atas, pasti tidak akan berasa rugi. Dengan kepelbagaian menu yang menarik serta dengan harga yang berpatutan, pastinya berbaloi untuk dicuba! Jadi tunggu lagi, jom rasai menu makanan lazat ini hari ini!

The post Ini 7 Menu Makanan Delivery Yang Lazat & Popular Di Shah Alam! appeared first on Wanista.com.

6 Bahan Semulajadi Dalam Suplemen Cantik “T’Neeq” Oleh Dato’ Rizalman Ibrahim

$
0
0

“Kecantikan bukan anugerah, tetapi satu penemuan” – Dato’ Rizalman Ibrahim

Bila melihat pereka fesyen ternama ini dengan mata kasar, kagumnya penulis dengan kulit wajah serta tangannya yang bukan sahaja cerah, bersih malah bersinar. Cukup sedap mata memandang setiap perincian jejaka 48 tahun ini. Nak tahu rahsia Dato’ Rizalman Ibrahim?

Lahirnya Makanan Tambahan T’Neeq

Melahirkan buah tangan baru, produk T’Neeq adalah makanan kesihatan yang diformulasikan daripada kombinasi bahan-bahan berkualiti tinggi dari luar negara dan dikeluarkan dari kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan berdaftar dengan NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency). T’Neeq 100% selamat dan berdaftar di bawah KKM.

View this post on Instagram

@rinetwork.my #tneeq

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Formulasi makanan tambahan ini mengambil khasiat daripada bahan utamanya iaitu tomato yang mana bermanfaat untuk mencantik serta memelihara kulit, memudarkan kesan jeragat, tumit merekah serta dapat menyuburkan dan menyihatkan pertumbuhan rambut dan kuku serta untuk imuniti badan.

Bahan Dalam Suplemen T’Neeq

T’Neeq merupakan produk berasaskan tomato. Ia mempunyai segala kebaikan dalam satu botol, terhasil daripada gabungan beberapa bahan semulajadi yang antaranya L-Glutahione, L–Cysteine, Coenzyme Q 10, Ascorbyl Palmitate dan Vitamin C.

T’Neeq juga berlainan berbanding produk kesihatan yang lain kerana tidak mengandungi gula. Boleh diambil seawal 15 tahun, 99% bahan dalam tablet T’Neeq adalah bahan aktif bukannya sintetik. T’Neeq diformulasikan bukan untuk memutihkan kulit tetapi dapat mencerahkan kulit secara sihat dari dalam.

L-Glutathione

  • Membantu memutihkan kulit dan meningkatkan kualiti kulit agar lebih ‘radiant’
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Melindungi kulit dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit
  • Merawat kerosakan kulit akibat parut jerawat dan jeragat dari dalam

L-Cysteine

  • Membantu meningkatkan penghasilan L-Glutathione dalam badan
  • Bertindak sebagai anti-oksidan
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Membantu proses pencernaan dan detoksifikasi
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah

Coenzyme Q 10

  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Meningkatkan metabolisma tubuh
  • Membantu mengurangkan migraine dan sakit kepala
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Membantu meningkatkan tenaga
Foto – Reader’s Digest

Ascorbyl Palmitate

  • Salah satu Vitamin C yang bersifat fat soluble – boleh menyerap ke dalam membrane sel dan akan kekal dalam tubuh badan untuk tempoh lebih lama
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Melembabkan kulit
  • Membantu dalam penghasilan kolagen kulit
  • Antioksidan yang hebat

Vitamin C

  • Mencerahkan kulit
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Mengandungi protein yang membuatkan kulit kelihatan lebih sihat dan anjal
  • Memberi kelembapan dari dalam kulit
  • Mempunyai kolagen bertindak sebagai penyembuh kulit

Tomato

  • Kaya dengan Vitamin C, Vitamin K, Potassium dan Folate
  • Tinggi serat dan membantu proses pencernaan tubuh
  • Membantu kesihatan kulit
  • Kaya dengan Lycopene

Menurut Dato’ Rizalman Ibrahim dengan mengamalkan 1 tablet 2 kali sehari, kesan penampakan berlaku dengan jelas sekurang-kurangnya lepas 3 minggu. Bukan sahaja kulit kelihatan lebih cerah dan bersinar, nafsu makan juga terkawal daripada biasa.

Giphy

Jika berminat mahu miliki suplemen T’Neeq, sila semak agent berdekatan yang boleh anda dapatkan di [SINI].

The post 6 Bahan Semulajadi Dalam Suplemen Cantik “T’Neeq” Oleh Dato’ Rizalman Ibrahim appeared first on Wanista.com.

Masakan Szechuan Buat Air Mata Mengalir & Lidah Jadi Kelu!

$
0
0

Teringat pada satu ketika dahulu, penulis pernah menonton cerita animasi berkisarkan tentang masakan dan chef muda yang merupakan watak utama dalam cerita animasi tersebut mula menjelajah di seluruh daerah di China dan menunjukan bakat masakannya dalam memasak pelbagai jenis makanan mengikut daerah yang terdapat di China!

Foto – Pinterest

Salah satu daerah yang penulis masih ingat sehingga ke hari ini adalah daerah Szechuan, kerana chef yang dalam cerita animasi tersebut menghasilkan pelbagai jenis menu masakan dari Szechuan yang menggiurkan!

Dek terpengaruh dengan cerita animasi tersebut, penulis ingin berkongsi serba sedikit tentang masakan dari wilayah Szechuan ini dan beberapa menu masakan Szechuan yang boleh kamu cuba masak di rumah nanti.

Sejarah Daerah Szechuan

Pada era tiga kerajaan, Szechuan atau Sichuan berada di kerajaan Shu yang terletak di kawasan barat daya China. Orang-orang di daerah Szechuan pada ketika itu cukup menggemari makanan manis sehingga tibanya dinasti Jin, mereka mula menambah halia, bawang, daun bawang dan biji sawi dalam masakan yang menghasilkan makanan pedas.

Sekitar 200 atau tiga ratus tahun yang lalu, cili di bawa ke China dan masyarakat mereka mula menggunakan cili ke dalam masakan harian dan di rekodkan pengunaan cili adalah sangat popular di kalangan rakyat.

Foto – bbc.com

Dengan penggunaan cili dalam makanan, masakan Szechuan mula berkembang dengan keunikan karakteristik dalam masakannya iaitu pedas dan mati rasa atau kebas. Kedua-dua aspek ini menjadi kunci dalam masakan di daerah Szechuan.

Di tambah pula dengan penghasilan tanaman cili dan juga lada, ia menjadi sumber utama dalam masakan rakyat Szechuan. Dan kini terdapat lebih dari 100 jenis rasa dan makanan dalam masakan Szechuan!

Menu Masakan Szechuan Pedas & Sedap!

Image result for too spicy gif

Bagi pencinta makanan pedas, penulis cadangan kepada kamu untuk cuba memasak masakan dari daerah Szechuan ini. Rasa pedas yang menyengat boleh menyebabkan air mata mengalir dan lidah pula menjadi kelu kebas apabila memakan masakan pedas ini!

Related image

Nah berikut merupakan beberapa masakan Szechuan yang penulis pilih dan mudah untuk di masak di rumah! Dan yang paling penting bahan-bahan untuk memasak masakan Szechuan ini mudah di cari dan tidak sukar, semestinya menepati citarasa rakyat Malaysia. Apa yang penting berani untuk mencuba dan belajar pelbagai jenis masakan.

Minyak Cili Szechuan

Foto – LinsFood

Minyak cili ini sememangnya sangat popular dalam mana-mana masakan di China dan penggunaan minyak cili dalam masakan akan memberikan rasa pedas yang membara dengan bau yang aromatik menusuk deria.

Penggunaan minyak cili ini boleh di letakkan dalam masakan bersup, bergoreng atau sebagai pencicah makanan.

Bahan-bahan

  • 100g cili kering (yang di potong kecil)
  • 1 sudu makan lada Szechuan
  • 1 sudu makan bijan putih
  • 2 cawan minyak masak
  • 2 batang daun bawang
  • Halia sebesar ibu jari
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 helai dau bay
  • 1 biji kayu manis
Foto – Chinese Food Recipes

Cara-cara

  1. Potong cili kering, jika kamu nak kurangkan rasa pedas buang biji cili untuk kurangkan kepedasan
  2. Goreng cili dengan api yang perlahan sehingga cili bertukar menjadi merah gelap
  3. Toskan cili tersebut dan masukan dalam batu lesung dan hancurkan cili tersebut sehingga kasar
  4. Masukan cili yang telah di tumbuk kasar dalam mangkuk dan tambah lada serta bijan putih ke dalam mangkuk
  5. Masukan minyak, daun bawang, halia, bunga lawang, daun bay dan kayu manis ke dalam kuali dan menggunakan api yang perlahan. Masak sehingga menjadi keemasan atau coklat
  6. Selepas masak sehingga bau aroma naik, keluarkan bahan-bahan tersebut.
  7. Masukan 1/2 cawan minyak panas tersebut ke dalam mangkuk cili dan gaul rata. Kemudian masukkan lebihan minyak ke dalam cili flakes tersebut sehingga ia menjadi asap.
  8. Setelah minyak cili di gaul sebati, masukan dalam balang dan tunggu sehingga 1-2 hari sehingga minyak cili menjadi warna merah.

Chongqing Mala Chicken

Foto – Red House Spice

Chongqing Mala Chicken ini merupakan makanan popular di Szechuan dek kerana kepedasan yang lebih tinggi daripada Kung Pao Chicken! Lagi pula nak masak Chongqing Mala Chicken ini mudah saja cuma renyah sikitlah nak menyediakan bahan-bahannya tu.

Bahan-bahan

  • 4 ketul paha ayam
  • Minyak masak
  • 1 cawan setengah untuk cili
  • 1 cawan setengah untuk peppercorn Szechuan
  • 1 batang halia yang di hiris
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 batang daun bawang dan di potong kecil-kecil serta di asingkan bahagian putih dan hijau
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan bijan putih
  • Garam

Bahan-bahan untuk perapan ayam

  • 1 sudu makan sos soya
  • 1 sudu makan jus buah apple atau jus buah anggur hijau
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam
Foto – China Sichuan Food

Cara-cara

  1. Potong cili kering yang di buang biji kemudian rendam dalam air selama 15 minit.
  2. Potong ayam menjadi ketulan kecil dan buang tulang. Masukan ayam yang telah di basuh bersih dan masukan bahan-bahan perapan ke dalam mangkuk berisi ayam tersebut. Perap ayam selama 10 minit.
  3. Panaskan minyak sehingga naik buih dan masukan goreng ayam sehingga menjadi kekuningan.
  4. Bersihkan kuali, masukan setengah sudu minyak dan mula menggoreng cili selama 1-2 minit dengan api yang perlahan, masak sehingga cili bertukar merah gelap. Kemudia masukan peppercorn Szechuan dan teruskan menggoreng selama 1 minit.
  5. Ketepikan cili-cili tersebut dan tambah lagi setengah sudu minyak dan masukan halia, daun bawang (bahagian warna putih) dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
  6. Kemudian masukan ayam, bijan putih, gula, garam dan daun bawang hijau dan kacau rata dan boleh di hidang.

Mapo Tofu

Foto – PBS

Sebut sahaja mapo tofu, pasti terbayang bentuk dan tekstur tofu putih yang lembut itu. Mapo tofu merupakan di antara 10 menu paling terkenal dalam masakan tradisional China. Dan nak masak mapo tofu ini cukup mudah dan pasti kamu tak akan berhenti untuk makan bila dah siap masak nanti!

Bahan-bahan

  • 450g tofu
  • 100g daging cincang
  • 1/2 sudu makan minyak bijan
  • 1 dan 1/2 sudu makan pes kacang
  • 1/2 sudu makan kacang hitam atau kacang soya yang di cincang
  • 1 sudu serbuk cili atau cili kisar kasar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu makan serbuk cili Szechuan
  • 1 sudu makan sos soya
  • 400ml air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 batang daun bawang bahagian putih di hiris
  • 4 batang daun bawang bahagian hijau di hiris
  • 2 biji bunga cengkih
  • 5 hiris halia
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu makan tepung jagung
Foto – Future Dish

Cara-cara

  1. Daging cincang di gaulkan bersama secubit garam dan minyak bijan. Kacau rata dan biarkan seketika.
  2. Masukkan 2 cawan setengah air dan 1 sudu makan tepung jagung untuk buat air tepung jagung.
  3. Potong tofu 2cm kemudian didihkan air, masukan secubit garam dan masukan tofu ke dalam air mendidih tersebut selama 1 minit. Toskan dan buang air didihan.
  4. Panaskan kuali dan masukan 2 sudu makan minyak, goreng daging cincang sehingga garing.
  5. Goreng pes kacang selama 1 minit dengan api perlahan dan kemudian masukan bawnag putih, daun bawang putih, halia dan kacang hitam/soya yang di cincang ke dalam kuali. Masak selama 30 saat sehingga bau naik. Kemudian masukan serbuk cili ke dalam.
  6. Masukan air dan garam, masak menggunakan api yang tinggi. Masukkan tofu perlahan-lahan dan tambah sos soya dan daging cincang. Masak dengan api yang berlahan setelah masakan mendidih. Biarkan seketika sehingga 6-8 minit dan masukan daun bawang hijau.
  7. Masukan separuh air tepung jagung dalam masakan dan gaul rata perlahan-lahan. Tunggu sehingga 30 saat dan masukan lagi separuh air jagung dan kacau rata. Rasa tofu dan tambah garam jika kurang rasa. Jika terlalu pedas, boleh tambah gula untuk kurangkan pedas.
  8. Hidangkan mapo tofu dalam pinggan dan taburkan serbuk cili dan daun bawang di atas.

Apa lagi, jom cuba masak masakan daerah Szechuan di rumah. Bagi yang gila pedas, menu resepi yang penulis kongsikan pasti berguna untuk kamu yang suka pedas!

The post Masakan Szechuan Buat Air Mata Mengalir & Lidah Jadi Kelu! appeared first on Wanista.com.

Ngeri! 10 Jenis Makanan Paling Jijik & Ezotik Wujud Di Dunia

$
0
0

Siapa sanggup makan makanan yang sudah busuk, rosak, berulat apatah lagi bangkai! Tetapi di pelosok  dunia terdapat pelbagai jenis makanan yang ezotik serta menjijikan menjadi hidangan lazat buat penduduk tempatan di situ. Sudahlah makanannya pelik dan jijik, cara menghasilannya pula boleh membuatkan perut tidak teringat menyentuh makanan selama seminggu!

Jika kamu melihat orang makan ulat pokok di anggap menjijikan, ini lebih teruk lagi! Makanan merupakan sumber tenaga untuk melangsungkan kehidupan tetapi bagi di sesetengah tempat makanan yang pelik, jijik dan ezotik menjadi identity bagi masyarakat, etnik dan budaya di tempat tersebut.

Ikuti 10 jenis makanan yang paling jijik dan mengerikan yang terdapat di pelosok dunia di bawah!

#1 Jantung Ular Kobra, Vietnam

Foto – lifepart2.com

Yup, jantung ular Kobra merupakan makanan ezotik masyarakat di Vietnam. Jantung ular yang paling berbisa di dunia ini digunakan sebagai menu makanan, apa yang mengerikan adalah ular tersebut di toreh secara hidup-hidup dan jantung tersebut di masukan ke dalam cawan! Urgh.

#2 Telur 100 Tahun, China

Foto – Rich Moon Co. Ltd

Apa kamu akan buat jika telur menjadi busuk, masak dan makan atau buang jauh-jauh? Di China, telur busuk menjadi salah satu makanan istimewa. Telur yang di kenali sebagai serratus tahun ini di saluti dengan tanah liat, lumpur dan garam yang kemudian di perap selama berbulan-bulan sehingga kuning telur bertukar menjadi hijau gelap dengan bau sulfur yang sangat busuk!

#3 Hakarl, Iceland

Foto – Eared Passport

Hidangan misteri daripada Iceland ini sangat menjijikan, bayangkan ikan jerung di tempatkan dalam satu bumbung dan di tutupi dengan pasir dan batu yang kemudiannya di biarkan selama dua hingga tiga bulan! Selepas itu, ikan tersebut di potong dan di gantung sehingga kering selama beberapa bulan lagi.  Dan barulah boleh di makan! melihat proses makanan ini sahaja sudah cukup memualkan tekak!

#4 Balut, Filipina

Foto – Says

Nah ini salah satu lagi menu telur, tetapi bukan sembarangan telur ya, anak itik di dalam cengkerang telur yang masih lagi dalam fasa embryo di rebus secara hidup-hidup dan di makan bersamapen sos pencicah yang diperbuat daripada cili, bawang putih dan juga cuka. Anak itik yang telah cukup sifat dengan sayap dan bulu di makan sekaligus. Macam manalah mereka boleh terfikir buat menu telur yang macam ni?

#5 Sup Telur Putih, Laos

Foto – The Cook Book

Sup merupakan menu biasa yang sering menjadi kegemaran ramai orang tetapi lain pula ceritanya di Laos di mana mereka menghasilkan sup yang diperbuat daripada telur semut!Ya telur semut, telur semut yang berwarna putih di masak untuk di jadikan sup. Malah di dalam sup tersebut di campur pula dengan anak-anak semut bagi menaikan rasa masam!

#6 Daging Buaya, Asia Tenggara

Foto – 123rf.com

Kamu biasa dengan barangan berjenama yang menggunakan kulit buaya? Bagaimana pula dengan dagingnya, adakah kamu sanggup merasai daging ezotik tersebut? Di asia tenggara, terdapat beberapa buah negara yang memakan daging buaya dan sekaligus menjadikannya satu hidangan istimewa.

#7 Escamoles, Mexico

Foto – languajob.com

Jika di lihat dari jauh hidangan escamoles ini di lihat seperti salad bijirin, tetapi apabila di lihat secara  dekat dan teliti ia merupakan telur larva! Hidangan menggunakan telur larva ini merupakan makanan istimewa masyarakat di Mexico. Malah larva-larva ini juga digunakan di dalam hidangan lain seperti taco, omelet atau di goreng sehingga garing.

#8 Otak Goreng Roti Sandwich, USA

Foto – Reader’s Digest Canada

Biasa dengar kentang goreng, ikan goreng, dan nasi goreng? Di USA terdapat otak goreng yang di jadikan sebagai inti untuk roti sandwich! Otak yang digunakan adalah daripada khinzir yang kemudiannya di goreng garing. Dalam banyak-banyak bahan untuk di jadikan inti roti, otak haiwan juga menjadi pilihan, pelik!

#9 Shirako, Jepun

Foto – All That Interesting

Shirako sebuah nama hidangan yang bermaksud ‘kanak-kanak putih’, hidangan ini diperbuat daripada karung sperma ikan! Karung sperma ikan seperti ikan kod, ikan angler atau ikan puffer. Karung sperma ikan yang berwarna putih ini menjadi pilihan makanan ezotik di Jepun.

#10 Muktuk, Greenland

Foto – rbth.com

Muktuk merupakan daging ikan paus yang di sejuk bekukan, hidangan ini biasa di makan secara mentah ataupun di jadikan jeruk. Tak boleh bayang daging ikan paus yang di potong kecil-kecil di makan secara mentah, euww!

Memang kembang tekak melihat pelbagai jenis makanan yang pelik, jijik dan ezotik ini. Siapa sangka di pelosok dunia terdapat makanan-makanan seperti ini!

Rujukan: 1, 2

The post Ngeri! 10 Jenis Makanan Paling Jijik & Ezotik Wujud Di Dunia appeared first on Wanista.com.


Kompilasi Promosi Makanan 10/10 Yang Wajib Kamu Serbu!

$
0
0

Promosi  10/10 menjelma kembali dengan tawaran serta pilihan yang lebih murah dan menarik buat food hunter dan food lover Malaysia. Sempena 10/10 ini pelbagai promosi makanan telah di sebarkan dan ini adalah kompilasi makanan dengan harga promosi terhebat bagi bulan Oktober 2019.

IKEA FAMLIY 10.10

Di IKEA promosi makanan 10.10 selama satu hari diadakan khas untuk ahli keluarga IKEA. Pada 10 Oktober ini yang jatuh pada hari khamis, IKEA Malaysia menawarkan harga promosi untuk makanan popular di IKEA dan ianya eksklusif untuk ahli IKEA FAMILY. Wow!

Foto – IKEA

Menerusi kad ahli IKEA FAMILY, pemegang kad dapat menikmati 10 ketul bebola daging Swedish dengan harga RM3 di restaurant IKEA dan manakala untuk pencuci mulut pula satu cawan yogurt sejuk di jual pada harga RM1 sahaja di IKEA Bistro.

Foto – IKEA Yogurt
Foto – IKEA Coklat Bar

Bukan itu saja, ahli IKEA FAMILY juga dapat membeli 3 bar IKEA Chocolate Tablets di Swedish Food Market  dengan hanya RM10 dan nikmati coklat bar tersebut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan dengan gembira.

McDonald’s McDelivery Flash Sale 10.10

McDonald’s tampil dengan promosi McDelivery Flash Sale 10.10 yang bermula dari 7 Oktober sehingga 16 Oktober 2019. Tawaran promosi yang hebat ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati RM10 diskaun semasa membeli 2x set McChicken, Fillet-O-Fish, Big Mac, Ayam Goreng McD atau mana-mana 7 pilihan makanan lain dan pelanggan akan menikmati RM10 diskaun!

Foto – McDonald’s Malaysia

Jadi jangan lepaskan promosi hebat ini, apa yang perlu anda lakukan adalah mula memesan makanan secara dalam talian dengan segera dan pilih mana-mana pilihan 2 set makanan  yang di minati dan diskaun sebanyak RM10 akan di tolak kemudian tunggu makanan sampai di rumah! Mudah bukan.

KFC 10.10

KFC kini menyemarakan lagi bulan Oktober ini dengan promosi makanan 10.10, di mana promosi yang dilakukan oleh KFC hanya untuk sehari sahaja! KFC bakal berikan tawaran terhebat dengan menawarkan snack plate atau kombo 2 ketul ayam dengan hanya RM10.

Foto – everydayonsales.com

Tawaran yang berlangsung untuk satu hari ini sahaja, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk dapatkan KFC 10.10 ini pada hari khamis ini nanti. Untuk menikmati tawaran promosi yang diadadakan apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah.

  1. Muat turun aplikasi KFC di telefon bimbit pintar.
  2. Pilih menu Snack Plate atau kombo 2 ketul ayam di dalam aplikasi.
  3. Masukan kod promosi “Tentastic” semasa hendak checkout.
  4. Selesai dan nikmati ayam goreng dengan gembira!
Foto – KFC Delivery

Untuk makluman, promosi KFC pada 10 Oktober 2019 ini hanya boleh digunakan menerusi aplikasi KFC sahaja jadi, jangan lepaskan peluang. Muat turun aplikasi KFC hari ini dan dapatkan promosi ayam goreng KFC esok!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk serbu promosi-promosi gempak dan berbaloi ini pada 10 Oktober 2019 ini dan dapatkan menu makanan yang di gemari dengan potongan harga yang sangat murah!

The post Kompilasi Promosi Makanan 10/10 Yang Wajib Kamu Serbu! appeared first on Wanista.com.

Menjijikkan, Peminat Tak Boleh “Brain” Halsey Makan Sandwich Peanut Butter + Jelly

$
0
0

Penulis terbaca satu artikel berkisarkan tentang penyanyi Halsey yang terkesan dengan beberapa peminat yang mempertikaikan cara dia makan sandwich Peanut Butter bersama Jelly.

Foto – Meal

Menerusi satu tweet Halsey menceritakan keadaannya yang jet lag dan sempat makan sandwich Peanut Butter + Jelly. Simple sahaja tweet-nya tapi siapa sangka tabiat Halsey mendapat respon kurang memuaskan peminat yang rata-rata meninggalkan reaksi “eiuwww”.

Peminat sama sekali tidak boleh “brain” cara Halsey makan sandwich peanut butter dan jelly dalam satu masa, mereka merasakan ia tersangatlah jijik dengan kombinasi yang tidak sesuai dan penuh rasa manis gula semata-mata.

Anda pernah makan kombinasi sandwich seperti yang dibuat Halsey? Penulis jujurnya tidak menggemari mentega kacang jadi penulis tidak pasti bagaimana rasanya, tapi yang pasti punya rasa lemak dan gula. So not for me!

Foto – Twitter
Foto – Twitter
Foto – Twitter
Foto – Twitter

Halsey punyalah terasa hati sampai tweet imej gif yang menunjukkan mentega kacang dan jelly berpegangan tangan dengan gembiranya. Aduhai kenapa comel sangat Halsey…

Aduhai macam-macam peminat ni… Tapi seronok pula lihat Halsey dan peminat sakan berbalah dengan pendapat masing-masing. Nak tanya korang pernah makan sandwich peanut butter dan jelly? Sedap tak?

The post Menjijikkan, Peminat Tak Boleh “Brain” Halsey Makan Sandwich Peanut Butter + Jelly appeared first on Wanista.com.

Kamu Patut Guna Minyak Masak Yang Sihat Untuk Makanan Bergoreng

$
0
0

Kamu gemar memasak dan seorang foodie sejati. Kamu patut tahu jenis-jenis minyak masak kesihatan yang bagus dan sesuai untuk memasak makanan bergoreng. Tidak dapat dinafikan dengan pelbagai rangkaian dan keluaran minyak masak yang terdapat di pasaran terlalu banyak dan memeningkan kepala untuk mencari minyak masak yang menyihatkan dan sesuai digunakan untuk menggoreng makanan.

Hal berkaitan dengan pemilihan minyak masak harus dititikberatkan kerana minyak yang digunakan akan memasuki ke dalam tubuh badan melalui makanan yang di masak. Jika minyak masak yang kamu gunakan adalah tidak menyihatkan, ia akan memberi kesan ke atas kesihatan diri kamu dan keluarga.

Foto – NBC News

Oleh itu, dengan menggunakan jenis minyak masak yang terbaik dan menyihatkan ia akan membuatkan makanan yang dimasak dibekalkan dengan kandungan nutrisi dan vitamin yang bagus ke dalam makanan yang dimasak.

Jika kita lihat di daerah Mediterranean, diet pemakanan mereka menggunakan minyak zaitun untuk ke semua perkara. Dan ada juga yang menggunakan minyak avokado serta minyak kelapa. Sukar untuk dinyatakan minyak masak yang mana satu yang betul untuk kamu gunakan.

Foto – BBC

Tetapi apa yang boleh kita rumuskan adalah, bukan semua jenis minyak sesuai untuk digunakan untuk menggoreng makanan baik secara deep-frying atau pan-frying mahupun secara memanggang. Minyak yang sihat untuk menggoreng, memfokuskan kebolehan lemak asid untuk bertahan dalam suhu yang tinggi semasa menggoreng.

Jenis Lemak Asid Yang Sesuai Untuk Memasak

Untuk memasak apa yang perlu di beri perhatian adalah kandungan jenis lemak yang terdapat di dalam minyak masak. Minyak masak dengan kadar asap yang tinggi lebih stabil dan lebih sihat untuk digunakan daripada minyak masak yang mengeluarkan kadar asap yang rendah.

Kestabilan minyak masak bergantung kepada betapa likat dan kuatnya lemak asid. Ini kerana lagi kuat lemak asid tersebut, semakin sukar untuk minyak terputus apabila dipanaskan.

Foto – indiamart.com

Lemak saturated (lemak tepu)  dan monounsaturated ((lemak mono tidak tepu), kedua-dua jenis lemak asid ini lebih stabil dan sesuai digunakan untuk memasak. Lebih tinggi tahap lemak tepu di dalam minyak, lebih tinggi ia untuk bertahan dengan proses pengoksidaan di mana ia akan menyebabkan minyak terputus-putus.

Manakala lemak polyunsaturated (lemak tidak tepu) yang terdapat di dalam minyak masak biasa akan menyebabkan minyak mudah terputus apabila dipanaskan dan akan mengeluarkan tiga radikal bebas.

Lemak asid sebegini yang terdapat di dalam minyak ianya sesuai untuk digunakan sebagai dressing makanan.

Minyak Yang Sihat Untuk Deep-Frying

Foto – Ginny’s

Satu kajian mendapati bahawa minyak kelapa dan minyak zaitun dara merupakan minyak yang paling stabil. Para pengkaji memanaskan tiga liter minyak untuk menggoreng secara deep-frying pada suhu 356°F atau 180°C selama enam jam. Dan mendapati kedua-dua minyak ini sesuai digunakan untuk menggoreng secara deep-frying.

Minyak Zaitun

Foto – rasa.my

Minyak zaitun mempunyai sifat anti-keradangan, kaya dengan antioksidan dan lemak asid yang tinggi di mana ia menjadikan minyak masak yang stabil apabila berada di suhu yang tinggi.

Minyak Kelapa

Foto – tribunnews.com

Minyak kelapa pula memiliki kandungan minyak tepu sebanyak 92% dan ia dapat menahan proses pengoksidaan dan membuatkan minyak masak stabil. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukan bahawa minyak kelapa masih lagi stabil selepas lapan jam memasak secara deep-frying.

Tetapi minyak kelapa ini di sarankan menggunakan minyak ini secara sedarhana, kerana kajian mendapati minyak kelapa ini memiliki kedua-dua kebaikan dan keburukan paras kolestrol. Kebaikan minyak yang dikenali high-density lipoprotein (HDL) dan manakala keburukan dikenali low-density lipoprotein (LDL).

Minyak Yang Sihat Untuk Pan-Frying

Foto – Irish Times

Untuk menggoreng makanan secara pan-frying, minyak yang sihat dan sesuai untuk digunakan adalah minyak kelapa, minyak zaitun, minyak avokado, minyak matahari dan minyak kanola.

Minyak Avokado

Foto – saludinteligente.info

Minyak avokado mengandungi lemak mono tidak tepu yang sangat tinggi dan ini bermakna ia merupakan minyak yang stabil apabila berada dalam suhu yang tinggi. Minyak avokado mempunyai tahap kolestrol yang bagus dan baik untuk tubuh badan. Selain itu, minyak avokado juga mengandungi vitamin E di mana ia kaya dengan antioksidan yang dapat membantu menurunkan radikal bebas di dalam tubuh badan.

Minyak Matahari

Foto – IDN Times

Minyak matahari sesuai untuk menggoreng makanan secara pan-frying. Ia mempunyai tahap asap yang tinggi dan minyak ini juga mempunyai sumber vitamin E yang bagus.

Tambahan lagi, minyak matahari ini juga memiliki tahap omega-6 yang tinggi. Tetapi kamu harus ingat lemak asid omega-6 boleh menyebabkan keradangan di dalam tubuh badan, oleh itu, gunakan minyak matahari secara berserdahana.

Minyak Kanola

Foto – Kompas Lifestyle

Minyak kanola juga sangat sesuai untuk menggoreng makanan secara pan-frying kerana ia menghasilkan tahap asap yang tinggi menjadikan ia sesuai untuk memasak secara pan-frying.

Minyak Masak Yang Sihat Untuk Memanggang

Foto – aboutislam.net

Biasanya untuk memanggang makanan, minyak apa yang kamu gunakan di rumah. Adakah kamu menggunakan minyak yang betul untuk memanggang. Jika kamu berasa ragu-ragu atau tidak tahu untuk memilih minyak yang sesuai untuk memanggang makanan, kamu boleh gunakan minyak ini.

  • Minyak Kelapa
  • Minyak Kacang
  • Minyak Matahari
Foto – Paleo Leap

Jika kamu gemar menggunakan minyak zaitun atau minyak avokado, kamu harus memanggang makanan dengan suhu yang rendah iaitu 374°F atau 190°C. Kerana minyak zaitun dan minyak avokado akan menghasilkan asap yang rendah semasa proses pemanggangan berlaku. Jadi jika kamu ingin gunakan salah satu minyak ini, pastikan kamu memanggang makanan pada suhu yang rendah daripada 374°F atau 190°C.

Jadi pilih minyak masak yang sihat untuk membekalkan masakan bergoreng yang sihat dan kekal dengan nutrisi yang baik ke dalam tubuh badan kamu.

 

Rujukan: 1, 2, 3, 4

The post Kamu Patut Guna Minyak Masak Yang Sihat Untuk Makanan Bergoreng appeared first on Wanista.com.

Beli Burger Serendah RM1 Guna Touch ‘n Go eWallet

$
0
0

Pengguna Touch ‘n Go eWallet kini dapat menikmati burger dan sate dengan harga yang sangat murah! Bersempena dengan kempen Jom Makan, Touch ‘n Go menampilkan lebih daripada 137 gerai burger dan sate yang terpilih. Pengguna boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk membeli burger biasa dengan hanya RM1 untuk setiap satu.

Bukan itu saja, pengguna juga dapat menikmati dua cucuk sate secara percuma dengan setiap pembelian tiga cucuk sate. Apa yang perlu pengguna lakukan adalah pamerkan kod QR di gerai-gerai yang mengambil bahagian untuk menikmati promosi ini.

Foto – Wanista

Team Satay, Jom Makan!Enjoy 2 FREE satay ayam 🍢 🍢 on us when you buy 3 satays 🍢 🍢 🍢 with Touch ’n Go eWallet at…

Posted by Touch ‘n Go eWallet on Thursday, 17 October 2019

Kempen Jom Makan ini memperluaskan promosinya ke Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Johor! Pastinya kempen makanan sebegini sangat disukai oleh penggemar makanan!

Tawaran istimewa pembelian burger dan sate menerusi Touch ‘n Go eWallet ini adalah sebahagian daripada usaha utama untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat pembayaran secara digital dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Kaki-kaki burger jom unite! 🍔🤩🍔 Get your burger biasa at RM1 ONLY when you pay with Touch ‘n Go eWallet at selected…

Posted by Touch ‘n Go eWallet on Thursday, 17 October 2019

Di masa akan datang pengguna Touch ‘n Go eWallet bakal menyaksikan lebih banyak pengguna yang aktif menggunakan eWallet di setiap negara dan dapat menikmati kemudahan hanya di hujung jari bagi menjalani kehidupan harian,bayaran dan urus niaga.

Touch ‘n Go eWallet sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet terkemuka di Malaysia kini telah mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna berdaftar dengan lebih daripada 80,000 lokasi jualan. Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk mencapai 100,000 lokasi jualan menjelang penghujung tahun ini nanti.

Foto – sea.mashable.com

Layari maklumat terkini di laman web Touch ‘n Go mengenai promosi, terma, syarat dan senarai penuh peniaga yang mengambil bahagian dalam promosi burger dan sate yang sedang berlangsung. Atau anda boleh melihat di Facebook Touch ‘n Go untuk melihat promosi terkini. Bagi yang tidak memiliki Touch ‘n Go eWallet, anda hanya perlu muat turun aplikasi di Google Play dan Apple App.

The post Beli Burger Serendah RM1 Guna Touch ‘n Go eWallet appeared first on Wanista.com.

Subway Buat Promosi Beli 1 Percuma 1, Sempena Hari Sandwich Sedunia

$
0
0

Sempena menyambut Hari Sandwich Sedunia, Subway Malaysia membuat promosi beli 1 percuma 1 pada 31 Oktober 2019. Peminat roti Subway pastinya tertunggu-tunggu apa lagi promosi gempak yang bakal dibuat oleh Subway bukan, dan setiap kali promosi yang dijalankan diumumkan pastinya ramai peminat roti Subway mula membanjiri outlet Subway di seluruh negara!

Subway yang menawarkan pelbagai rangkaian roti kesihatan dengan diet pemakanan yang seimbang ini sangat popular di Malaysia terutama di kalangan yang menjaga diet pemakanan sihat.

Foto – Saving Kaki

Pada penghujung bulan Oktober ini, Subway menawarkan roti sandwich secara percuma apabila pelanggan membeli mana-mana set 6″ inci roti sandwich dan air minuman 22oz di mana-mana cawangan Subway di seluruh Malaysia.

Foto – KL Foodie

Hari Sandwich Sedunia yang jatuh pada 3 November pada setiap tahun ini, membuatkan kedai-kedai roti di seluruh dunia menawarkan promosi pembelian roti dengan tawaran promosi yang murah dan menjimatkan.

Foto – wesellrestaurants.com

Begitu juga dengan Subway Malaysia, di mana promosi ‘Buy 1 Free 1’ atau ‘Beli 1 Percuma 1’ ini akan membuatkan pencinta roti tak sabar untuk menyerbu outlet Subway pada 31 Oktober 2019 ini nanti!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan roti sandwich Subway menerusi promosi hangat ini. Pastinya tidak rugi membeli dan pelanggan juga dapat berkongsi nikmat makanan lazat ini bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Simpan tarikh keramat 31 Oktober 2019, beli mana-mana set 6″ inci roti sandwich Subway berserta air minuman 22oz dan dapatkan satu roti sandwich subway secara percuma!

 

Rujukan

The post Subway Buat Promosi Beli 1 Percuma 1, Sempena Hari Sandwich Sedunia appeared first on Wanista.com.

Banyak Garam Sebab Gula-Gula “Himalaya Salt” Tak Bagus Untuk Kesihatan

$
0
0

Anda mesti pernah merasai gula-gula “Himalaya Salt Sports Candy” ini bukan?

Gula-gula ini terlampau popular sehinggakan wujud pengeluaran palsu dan kebaikannya dipertikaikan. Gula-gula ini diinfus dengan khasiat garam gunung asli dan dikhabarkan mampu meningkatkan stamina bagi yang gemar bersukan juga! Jadi kerana itu namanya dipanggil “Himalaya Salt Sports Candy”.

Foto – Facebook/Big Foot Malaysia

Baca : Ini Perbezaan Gula-Gula Himalaya Salt Sports Candy Yang Asli Dan Tiruan

Gula-gula unik ini mengandungi lebih 80 kandungan mineral asli termasuklah potassium, magnesium dan kalsium yang sangat dibutuhkan tubuh badan manusia. Tetapi sayangnya baru-baru ini tular cerita keberkesanan gula-gula Himalaya Salt dipertikaikan.

Baca : Korang Wajib Cuba Rasa Gula-Gula Garam Gunung “Himalaya Salt Sports Candy” Ni!

Kenapa Tidak Boleh Makan Sembarangan?

Walaupun salah satu bahan yang terkandung dalam gula-gula ini adalah garam Himalaya, ia tetap sodium dan kandungan garamnya tetap sama dengan garam biasa. Anda tidak boleh menambahkan pengambilan sodium secara berlebihan setiap hari.

Makanan yang anda makan setiap hari sudah mengandungi banyak kandungan garam, dan ia bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan anda jika anda menambahkannya lagi melalui gula-gula ini.

Foto – The Vocket

Menurut Persatuan Jantung Amerika, mereka mencadangkan untuk setiap individu agar mengambil tidak lebih daripada 2,300 milligram garam setiap hari. Jika anda mengambil terlalu banyak kandungan garam setiap hari, buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan lebihan sodium dalam tubuh. Garam yang banyak di dalam darah akan menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa cecair dengan berkesan.

Kami juga tidak mengatakan bahawa gula-gula biasa lebih sihat. Jika sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula. Kedua-duanya mempunyai mudarat jika anda memakan secara berlebihan.

Dah jelaskan. Bukan tidak boleh makan tapi berpadalah dan ambil dalam jumlah kuantiti yang sedikit.

The post Banyak Garam Sebab Gula-Gula “Himalaya Salt” Tak Bagus Untuk Kesihatan appeared first on Wanista.com.

5 Sebab Wanista Suka Produk Thermomix TM6, Menyenangkan Wanita Memasak!

$
0
0

Thermomix TM6 merupakan mesin memasak yang berkonsepkan tentang gaya masakan untuk makanan yang bersih dan sihat, rendah kalori, diet yang seimbang dengan menggunakan Thermomix TM6. Penghasilan makanan yang sihat adalah bermula dengan penggunaan barangan memasak yang sesuai dan kena dengan gaya masakan sihat yang ingin di masak di dapur.

Kini tugas memasak di dapur akan menjadi licin dengan bantuan Thermomix TM6 di mana para wanita memasak dengan mudah dengan menggunakan produk berteknologi tinggi ini di rumah. Dengan Thermomix TM6 ini, wanita dapat menggunakan pelbagai fungsi masakan seperti menggoreng, masakan stim, bercampur dan sebagainya dapat dilakukan secara serentak.

Fungsi Masakan 20 Dalam 1

Alat memasak ini mempunyai fungsi 20 dalam 1 di mana sekaligus menjadikan Thermomix TM6 sebagai pembantu dapur yang sempurna baik bagi yang wanita yang gemar memasak ataupun yang ingin belajar memasak buat pertama kali! Jadi dengan mengunakan alat ini, tugas anda di dapur akan lebih mudah tanpa perlu risau tidak cukup kaki tangan.

Foto – Arkib Wanista

Fungsi Memasak Thermomix TM6:

  • Menggaul
  • Stim
  • Mengacau
  • Timbang berat
  • Mengadun
  • Mereneh
  • Mengisar
  • Kaedah enjut
  • Mengemulsi
  • Menguli
  • Memasak
  • Memotong
  • Setting memasak pada suhu tinggi untuk memasak ikan, daging, ayam dan sebaginya
  • Teknik masakan secara perlahan/lambat
  • Fungsi sous vide untuk lembutkan daging, ikan, sayur dan buah-buahan
  • Fungsi penapaian
  • Pra-pembersih
  • Cerek
  • Teknik mengacum secara automatik

Panduan Memasak Yang Mudah Diikuti

Foto – Arkib Wanista

Tidak sah jika mesin memasak yang berteknologi tinggi tidak mempunyai buku panduan memasak bagi yang membeli Thermomix TM6 ini. Buku panduan memasak yang disertakan dapat membantu wanita untuk menggunakan mesin memasak ini dengan lebih mudah. Malah panduan serta langkah-langkahnya juga mudah diikuti dan di fahami dengan arahan yang jelas yang terteran di skrin akan membantu menyenangkan tugas memasak di dapur!

Jamin Selamat Untuk Digunakan

Foto – Arkib Wanista

Bagi wanita aspek keselamatan amat penting terutamanya di dapur di mana segala kerja-kerja memasak dilakukan dengan pernuh teliti dan berhati-hati. Thermomix TM6 ini memiliki sistem penguncian secara automatik mengikut kelajuan pisau yang di pilih dan pengguna akan mendapati arahan amaran berdasarkan warna yang dipamerkan pada skrin mesin. Jadi para wanita tidak perlu risau kerana mesin ini di jamin selamat untuk digunakan!

6 Aksesori Menjadi Milik Anda

Foto – Arkib Wanista

Setiap pembelian barangan elektronik memasak yang bermutu tinggi pastinya ditemani oleh aksesori tambahan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk tersebut. Begitu juga dengan Thermomix TM6 ini, pelanggan akan memiliki enam aksesori yang sangat-sangat berguna untuk memasak seperti:

  • Varoma – Mempunyai kapasiti 3.31 untuk digunakan bagi memasak kaedah stim
  • Butterfly – Digunakan untuk mengadun
  • Lid – Merupakan mangkuk berpenutup bersama cawan penyukat di dalam
  • Cawan Penyukat – Memudahkan untuk menyukat dan kurang bunyi, saiz yang sepadan pada penutup tersebut
  • Spatula – Senduk yang lembut dan fleksibel
  • Basket – Memudahkan urusan mereneh

Jenama Terkemuka Dengan Anugerah Hebat

Foto – Arkib Wanista

Biasanya produk-produk elektronik yang dihasilkan untuk masakan pastinya menarik perhatian ramai pengguna dan Thermomix TM6 sendiri telah dipercayai serta diyakini akan keberkesanan produk masakannya sehingga mendapat anugerah Cookidoo dengan menawarkan perkongsian resepi platform Cookidoo secara global dan resepi tersebut terdapat di dalam Thermomix TM6.

Jadi tidak hairanlah semakin ramai wanita menggunakan Thermomix TM6 sebagai pembantu setia mereka di dapur. Thermomix TM6 ini dijual pada harga RM7,188 dan boleh didapati di cawangan Thermomix Malaysia. Manakala bagi yang ingin membeli secara pra-pesanan, Thermomix TM6 akan dijual pada harga RM6,888.

Layari laman web Thermomix untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini.

The post 5 Sebab Wanista Suka Produk Thermomix TM6, Menyenangkan Wanita Memasak! appeared first on Wanista.com.


Penjelasan Sains Kenapa Ramai Orang Benci Daun Ketumbar

$
0
0

Daun ketumbar atau dalam English coriander.

Pasti ramai tidak menyukai bau dan rasanya, bukan? Cepat mengaku?

Penulis mengaku, penulis sendiri tidak menyukai malah membencinya. Memikirkan daun ketumbar sahaja buat penulis rasa pening dan loya apatah lagi jika makan secara tidak sengaja.

Dalam masakan, daun ketumbar sering digunakan dalam bentuk segar atau dimasak terlebih dahulu. Daun ini ditemui secara meluas dalam masakan Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, Mexico dan Rusia. Hampir semua jenis masakan Thai menggunakan daun, batang dan akar sebagai rempah.

Ramai Benci Hingga Wujud Komuniti Di Media Sosial

Rupa-rupanya bukan penulis seorang sahaja yang tidak menggemarinya. Sebelum ini ada laporan lebih daripada 240,000 orang berkumpul dalam komuniti Facebook yang dipanggil ‘I Hate Coriander‘, di Twitter juga telah wujud hashtag #Ihatecoriander. Sampai begitu sekali kebencian orang ramai pada daun ketumbar ini ye…

Bagi yang tidak menyukainya merasa daun ketumbar seperti sabun pahit. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput! Walhal jangan tidak tahu, daun ketumbar mengandungi antioksidan dan antibakteria.

 

View this post on Instagram

How to correctly prepare Coriander 🚮 #ihatecoriander #inthebin

A post shared by IHC (@i.hate.coriander) on

Tahukah sains ada menjelaskan kenapa ramai orang benci daun ketumbar.

Penjelasan Sains…

Bau ketumbar dipengaruhi oleh kompaun kimia yang digelar linalool. Daun ini sebenarnya memberikan persepsi bau dan rasa yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar dan mempunyai rasa sitrus.

Ini adalah kerana daun ketumbar mengandungi kompaun aldehid tinggi yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal. Aldehid merupakan zat kimia yang menyebabkan daun ketumbar beraroma khas.

Foto – Health

Ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mempengaruhi persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.

Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid. Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.

Jadi anda tergolong dalam gen yang mana?

RUJUKAN : 1234

The post Penjelasan Sains Kenapa Ramai Orang Benci Daun Ketumbar appeared first on Wanista.com.

5 Sebab Wanista Suka Snek Amazin’ Graze Terbaru Ini!

$
0
0

Sambutan hari natal atau krismas semakin mendekati kita semua dan pastinya ramai yang sedang membuat persiapan awal bagi menyambut hari natal yang bakal menjelang tiba bukan? Dalam sedang sibuk mencari barang-barang dekorasi, adakah kamu telah mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada yang tersayang?

Jika belum, nah Wanista berikan idea baru untuk kamu. Baru-baru ini Amazin’ Graze baru sahaja mengeluarkan tiga snek makanan terbaru dan popular yang di bungkus dalam pek bungkusan hadiah yang cantik-cantik!

Snek Amazin’ Graze Koleksi Edisi Terhad Discover Magic Christmas 2019

Jubilee Apple Crumble Granola

Frosted Cinnamon Nut Mix

Chocolate Peanut Butter Fudge Bites

Di dalam bungkusan tersebut mengandungi tiga jenis perisa snek yang baru dan yang popular, sesuai untuk kamu berikan kepada yang tersayang sempena hari natal yang bakal menjelang tiba ini nanti.

Nak tahu apa yang membuatkan Wanista suka terhadap produk snek makanan harian daripada Amazin’ Graze ini, jom lihat di bawah!

Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Yang Teristimewa

Foto – Amazin Graze

Sesuai dengan kempen yang dijalankan oleh Amazin’ Graze iaitu “Say Thank You” dengan objektif menggalakan pelanggan membuat kebaikan dan menunjukan rasa berterima kasih kepada yang tersayang.

Dengan mempamerkan rasa sayang dan terima kasih kepada yang tersayang, Amazin’ Graze dapat merapatkan hubungan diantara kamu dan ahli keluarga, sahabat sandai dan jiran tetangga.

Rasa Snek Yang Lazat

Tambahan lagi, dengan hadiah snek makanan sebegini pasti sesiapa sahaja yang menerimanya akan berasa gembira! Siapa yang tidak suka snek bukan? Nak-nak snek berjenama yang sangat-sangat sedap dan lazat ini! Aumm.

Snek Yang Tinggi Nutrisi

Foto – myculturedpalate.com

Selain itu, snek yang kamu hadiahkan ini bukan sahaja sedap dan lazat. Malah ia juga mempunyai nutrisi yang bagus. Sambil dapat menjamu keenakan snek ia juga memberikan kebaikan nutrisi kepada tubuh badan. Wah, memang bagus betul ada snek macam ni.

Ilustrasi Bungkusan Yang Menarik Dan Cantik!

Foto – Amazin’ Graze

Wah, cantik betullah ilustrasi pada bungkusan snek Amazin’ Graze ni. Ilustrasi yang menggambarkan suasana hari natal yang indah dan penuh magikal ini membuatkan mata tidak berhenti berkedip!

Dengan warna-warna yang terang sesuai dengan ilustrasi yang dihasilkan pada bungkusan untuk dijadikan hadiah istimewa sempena hari natal hujung tahun ini nanti.

4 Jam Penghantaran Last-Minute!

Foto – livemint.com

Pada bulan Disember ini, Amazin’ Graze merancang untuk membuat empat jam penghantaran saat akhir bagi pembeli yang ingin menghantar hadiah kepada yang tersayang di sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan ini akan bermula pada 1 Disember sehingga 24 Disember 2019 menerusi laman web Amazin’ Graze. Jadi bagi pelanggan yang ingin mencari hadiah di saat-saat akhir, kamu mencari pelbagai produk yang terdapat di Amazin’ Graze.

The post 5 Sebab Wanista Suka Snek Amazin’ Graze Terbaru Ini! appeared first on Wanista.com.

Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat Walaupun Ambil Makanan Tinggi Karbohidrat

$
0
0

Tahukah, Jepun dikenali sebagai negara yang terkenal dengan disiplin dan pola hidup yang sihat. Beberapa kajian kesihatan menunjukkan penduduk Jepun mempunyai angka harapan hidup yang tinggi.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh National Center for Global Health and Medicine di Tokyo, mereka yang mematuhi garis panduan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun mempunyai 15% lebih sedikit untuk mengalami kematian atas pelbagai sebab.

Agaknya apa rahsia mereka hidup lebih lama dan lebih sihat walhal makanan ruji mereka sushi, udon, nasi atau ramen – antara jenis-jenis makanan yang tinggi karbohidrat. Kerana gaya hidup orang Jepun sangat teratur dan menyihatkan.

Orang Jepun Makan Tidak Sampai Kenyang

Orang Jepun dikatakan tidak makan sampai kekenyangan. Salah satu garis panduan makan mereka menurut adalah ‘hara hachi bu’, ertinya makanlah sampai perutmu penuh 8/10 bahagian. Makan perlahan akan membuat makanan lebih mudah dicerna dan perut kenyang. Inilah yang membuatkan mereka langsing dan sihat.

Foto – Live Japan

Baca : Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Banyak Makan Ikan

Orang Jepun makan ikan sehingga 100 gram sehari. Mereka mendapat pengambilan asid lemak omega 3 yang lebih banyak. Tak hairan mereka mempunyai kulit yang berkilat dan awet muda. Asid lemak omega 3 juga merupakan lemak yang sihat bagi kesihatan. Orang Jepun gemar memakan makanan laut yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 dan kurang mengambil makanan yang telah diproses.

Foto – Gurunavi

Beras Perang Lebih Baik

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah membuat satu penambahbaikan terhadap garis panduan tersebut pada tahun 2010. Memandangkan rakyat Jepun lebih banyak memakan beras putih sebagai makanan ruji mereka, kementerian telah mencadangkan agar setiap individu hanya mengambil 50 ke 65 peratus karbohidrat sahaja setiap hari dan cuba mempelbagaikan hidangan nasi dengan penggunaan bijirin penuh seperti beras perang.

Foto – Kitchen

Banyak Berjalan

Ini kebiasaan mereka sehinggalah ke hari ini. Di sana kebanyakan mereka berjalan kaki daripada naik kenderaan sendiri. Selain pemakanan, orang Jepun juga lebih aktif berbanding penduduk negara lain. Secara puratanya, setiap penduduk Jepun akan berjalan sebanyak 7,000 langkah setiap hari.

Foto – Pinterest

Saintis dalam bidang kardiovaskular, James DiNicolantonio menyatakan, penduduk Jepun mempunyai kombinasi unik yang menggabungkan makronutrien yang membuatkan mereka terselamat daripada mendapat obesiti dan penyakit metabolik. Menurut DiNicolantonio, penduduk Jepun cenderung untuk makan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan sayur-sayuran, tetapi mengambil lemak dengan kandungan yang rendah.

Disebabkan faktor-faktor seperti pemakanan rendah lemak, kurang pengambilan makanan diproses dan gaya hidup yang aktif, maka rakyat Jepun kekal sihat dan tidak gemuk walaupun mengambil makanan yang tinggi karbohidrat.

Wanista harap anda dapat mengikuti panduan pemakanan orang Jepun supaya hidup lebih sihat dan bahagia hendaknya.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat Walaupun Ambil Makanan Tinggi Karbohidrat appeared first on Wanista.com.

Minuman Krismas Edisi Terhad Serius Sedap Hanya Di Coffee Bean!

$
0
0

Siapa di sini memilih The Coffee Bean & Tea Leaf berbanding jenama lain?

Baiklah sempena Krismas yang mendatang, The Coffee Bean & Tea Leaf mencetuskan kempen ‘Gifting Grateful’,  di mana sebuah idea usaha amal dalam membantu orang lain yang kurang bernasib baik, dari menjadi seorang sukarelawan kepada kutipan dana; selama bertahun-tahun CB&TL telah menjual Tag Hadiah ‘Caring Cup’ (RM2 setiap satu, RM8 satu set) bagi membantu komuniti yang memerlukan, selain projek tahunan yang menyokong usaha murni.

Minuman Serba Baru Edisi Terhad

Untuk itu, CB&TL menyajikan menu edisi terhad menampilkan gabungan keseronokan baharu bersama dengan kegemaran klasik. Pencinta kopi boleh memilih daripada minuman Ice Blended Salted Popcorn atau Double Chocolate Peppermint (kecil RM16.50, sederhana RM18), juga tersedia dalam minuman latte panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45). Terdapat juga Holiday Blend istimewa (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) atau, untuk minuman yang lebih kuat lagi menyelerakan, cubalah Peppermint Nitro Latte (RM15.95)!

Foto – Arkib Wanista

Bagi mereka yang lebih suka untuk pilihan yang berbeza, Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet tersedia dalam Ice Blended (kecil RM16.50, sederhana RM18) atau minuman koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45).

Pilihan Hadiah

Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, peminat kini boleh membeli Sampler Gifting Grateful dengan lebih mudah, cara terbaik untuk berkongsi dan menunjukkan rasa penghargaan buat mereka yang tersayang dengan seleksi Classic Winter Log, Jolly Breadman, Tat Strawberi dan Comet’s Choc Cheesecake, semuanya hadir dengan saiz kecil yang senang dimakan, hanya RM99 untuk pek 20 keping!

Foto – Arkib Wanista

Di samping itu, seleksi hadiah yang boleh anda berikan: serbuk kopi Holiday Blend dengan tiga panggangan berbeza (RM39 satu pek atau RM118 untuk Set Hadiah); set Hadiah Espresso (RM88); serbuk edisi terhad (RM40 setin); dan cawan dengan rekaan perayaan (RM48) serta botol tumbler (RM138).

Untuk ini lanjut, boleh rujuk Facebook [SINI], Instagram [SINI] atau laman web [SINI].

The post Minuman Krismas Edisi Terhad Serius Sedap Hanya Di Coffee Bean! appeared first on Wanista.com.

Bukan Biasa-Biasa, 5 Sebab Manisan Big Cookie Theory Sangat Istimewa!

$
0
0

New cake shop in town!

Pernah dengar tentang “Big Cookie Theory”? Jika anda mencari aneka manisan seperti kek, cookies, macarons, pergi sahaja ke Big Cookie Theory, serius anda tidak akan menyesal sama sekali. Berpeluang merasai manisan Big Cookie Theory, ternyata rasanya boleh tahan, sesuai dengan tekak dan tidak terlalu manis (memandangkan penulis bukanlah peminat manisan) jadi penulis agak cerewet. 

Baiklah, Big Cookie Theory ditubuhkan pada tahun 2012 sebaik sahaja pengasasnya, YM Puteri Khalisah Adila tamat belajar dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara. Selepas itu beliau mula serius membakar kek sehingga terjadi Big Cookie Theory.

Pengasas Big Cookie Theory, YM Puteri Khalisah Adila. Foto – Facebook

Utuh meraikan tahun ketujuhnya, Big Cookie Theory mempunyai kelompok pengikut yang setia bersama. Apa kelebihan Big Cookie Theory sehingga bertahan sehingga hari ini walhal mereka tidak mempunyai kedai? Jom kita selidik!

Pengasas Sangat Passion Dengan Big Cookie Theory

Asas kepada kejayaan Big Cookie Theory tentu sahaja pada YM Puteri Khalisah Adila. Pada awalnya beliau sekadar suka-suka membakar untuk keluarga, kenalan, bahkan majlis-majlis biasa. Tetapi siapa sangka manisannya menjadi bualan ramai dan popular, serta mendapat permintaan untuk tempahan ke peringkat yang lebih komersil. Pengeluarannya secara semula jadi bertambah dengan peningkatan permintaan sehingga ke hari ini.

Tempahan hari jadi – kek cip coklat ditaburi popcorn garret dan nutella. Foto – Facebook

“I’m the happiest when creating new recipes and seeing the delight on everyone’s faces when I serve them my bakes” – YM Puteri Khalisah Adila

Resepi Asli Yang Diolah Kreatif

Big Cookie Theory menawarkan pelbagai manisan seperti biskut, brownies, kuih muih, puding, tart, kek, pizza dan pai – yang dibuat dari adunan kuih dan adunan brownie dengan sentuhan ajaib.

Setiap resepi yang terhasil adalah ilham ketika melancong dengan melawat tempat orang, menonton dan belajar daripada pakar yang luar biasa, bahkan eksperimen sendiri, sehingga dapat menghasilkan pelbagai hidangan lazat untuk memenuhi selera pencinta manisan.

Gambar Bikin Telan Air Liur

Inilah cara nak pikat pelanggan. Cara Big Cookie Theory nak mendapatkan gambar yang betul-betul menaikkan selera pelanggan, dengan selalu menggunakan cahaya semulajadi. Ambil gambar berhampiran jendela supaya dapat memanfaaatkan cahaya yang ada.

Andes Mint Machine Brownie Cake. Foto – Facebook

Luangkan masa anda dalam memilih arah cahaya yang terbaik. Dan snap seberapa banyak yang anda boleh, supaya anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih nanti. Sentiasa pastikan pilih sudut terbaik untuk menyerlahkan kek!

YM Puteri Khalisah Adila juga kerap menonton video di Youtube untuk mendapatkan lebih banyak idea agar gambar tidak sama dan bosan.

Harga Berpatutan

Big Cookie Theory hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti, segar dan terbaik sahaja.

Harga untuk brownie dan biskut bermula dari RM150 dan boleh naik setinggi RM500 (untuk tempahan kek khas yang mempunyai kira-kira 3-5 tier). Malah harga biskut seperti red velvet, chocolate chip dan sebagainya hanya RM35 untuk satu balang.

Biskut cip coklat, M&M. Foto – Arkib Wanista

Mudah Didapati

Buat masa ini mereka selesa dengan bekerja di studio home, mempunyai kelonggaran pada waktu kerja dan tiada kekangan. Terdiri daripada empat orang ahli yang bersedia memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan, sekaligus menghantar tempahan di depan pintu rumah sekitar Lembah Klang.

Menurut YM Puteri Khalisah Adila, impiannya sekarang untuk meletak manisan Big Cookie Theory di setiap rak peruncit agar dapat diakses sepanjang masa. Beliau juga bercita-cita untuk berkembang di luar Malaysia.

Milo Dinosaur Brownie Cake. Foto – Arkib Wanista

Jadi, kepada anda yang ingin membuat tempahan, pergi sahaja ke Facebook [SINI] dan Instagram [SINI].

Memang berbaloi tau, servis cepat dan rasa pun sedap!

The post Bukan Biasa-Biasa, 5 Sebab Manisan Big Cookie Theory Sangat Istimewa! appeared first on Wanista.com.

Viewing all 696 articles
Browse latest View live